Usahawanita menang Mercedes-Benz C200 sempena Peraduan FUSO Diamond!

Peraduan FUSO Diamond 2017

Tahun ini merupakan tahun ke-4 Peraduan FUSO Diamond dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV), pengedar sah trak FUSO di Malaysia. Peraduan ini membabitkan cabutan mini yang diadakan pada bulan Julai 2016, yang menerima 885 penyertaan, dan berakhir dengan Cabutan Pusingan Akhir, yang menerima 1,478 penyertaan lagi.

Selepas dipilih secara rambang daripada penyertaan yang terdiri daripada pelanggan FUSO di seluruh negara, Puan Noraini Binti Abdul Haris telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama FUSO Diamond 2016.

Beliau yang pertama kali membeli jenama FUSO telah membawa pulang Hadiah Utama berupa sebuah Mercedes-Benz C200, lawatan ke Jepun serta kunjungan ke Kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kawasaki FUSO di Jepun, dan baucar servis bernilai RM6,000.

“Setiap hari, pelanggan kami meletakkan kepercayaan mereka terhadap kenderaan FUSO untuk membantu menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Peraduan FUSO Diamond merupakan cara kami mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepercayaan, kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Untuk peraduan 2016/2017, kami menerima 2,363 penyertaan dan kami amat gembira dengan sambutan pelanggan yang memberangsangkan. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap untuk terus memuaskan pelanggan dengan membekalkan trak yang boleh dipercayai dan kualiti perkhidmatan yang tiada tandingan,” kata Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles, En. Albert Yee.

Peraduan FUSO Diamond 2017

Puan Noraini yang menguruskan perniagaan logistik bersama suaminya, agak terkejut tetapi gembira dengan hadiah lumayan yang dimenangi berkat keputusannya untuk membeli trak FUSO yang pertama sembilan bulan lepas. “Sebagai pelanggan FUSO baru, kami tidak menjangka akan terpilih sebagai Pemenang Hadiah Utama daripada semua peserta. Perniagaan kami terlibat dalam pengangkutan barangan berasaskan perkhidmatan sewa. Kami memerlukan trak kami untuk berada dalam keadaan baik pada setiap masa dan sebab itulah kami yakin menggunakannya berasaskan rekod pencapaian FUSO,” kata Puan Noraini.

“Kami memilih trak FUSO atas sebab nilai untuk wang dan kami percaya perkhidmatan lepas jualannya mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Secara peribadi saya rasa perkhidmatan lepas jualan sangat penting untuk memaksimumkan masa operasi perniagaan. Kami berharap untuk menambah bilangan trak kami jika ada rezeki,” kata Puan Noraini dengan penuh harapan.

Seramai 26 lagi pemenang bertuah juga membawa pulang hadiah menarik di majlis makan malam gala dan penyampaian hadiah FUSO Diamond.

Pemenang hadiah pertama, kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima ganjaran lawatan ditanggung sepenuhnya ke Jepun serta kunjungan ke Kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kawasaki FUSO,  dan juga baucar servis bernilai RM5,000, RM4,000, RM3,000 dan RM2,000.

Di samping itu, seramai 10 pelanggan bertuah FUSO memenangi hadiah sagu hati berupa baucar servis bernilai RM2,000 setiap satu, manakala 12 lagi pelanggan bertuah FUSO masing-masing menerima baucar servis bernilai RM1,000.

MBM CV memenuhi keperluan pasaran kenderaan komersial julat sederhana dengan trak FUSO yang termasuk trak tugas ringan, sederhana dan berat.

Trak tugas ringan FUSO (FE71PB, FE83PE, FE83PG, FE85PG, FG83PE [4X4]) biasanya digunakan untuk penghantaran jarak dekat, pengangkutan logistik antara negeri dan operasi jongket, manakala trak tugas sederhana (FM65FJ, FM65FN) digunakan sebagai trak pemampat, trak gelungsur, lori tangki dan untuk logistik jarak jauh. Trak tugas berat FUSO (FN62FM) biasanya digunakan di tapak kuari dan sebagai lori jongket.

Walaupun menghadapi suasana pasaran yang mencabar, MBM CV mencatatkan prestasi yang mantap, dengan jualan berjumlah 2,612 kenderaan pada 2016, yang terdiri daripada trak tugas ringan dan berat FUSO dan juga trak dan van Mercedes-Benz.

Disokong oleh rangkaian 55 pengedar FUSO dan 45 kemudahan servis FUSO, MBM CV dan rakan pengedarnya terus memberikan ketenangan fikiran dan kemudahan kepada pelanggannya di seluruh negara.

Peraduan FUSO Diamond 2016/2017 menerima penyertaan daripada pemilik trak  FUSO bagi kenderaan yang berdaftar antara 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. Sejak dimulakan pada 2006, MBM CV telah menerima lebih 8,000 penyertaan bagi Peraduan FUSO Diamond.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.