Author's posts

Peugeot 107: Keciknyeeee!

Peugeot yang kecil dengan bumper depan pelik semacam yang sekutu tengok ini namanya 107 Millesim. Rasanya kereta ni spesis Kelisa, buat jalan bandar dan masuk autoshow sekali sekala. Enjin dia 1.0 liter 12V saja dan walaupun kecil tapi jangan main-main dia punya senarai barang standard memang buat kereta lagi besar tersipu-sipu malu. Dia ada ABS, …

Continue reading

Suzuki Swift Baru ni Jo!

Suzuki dengan hati yang riang ria merilis imej pertama dan info serba sedikit mengenai Swift generasi ketiga, model terbaru yang akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini. Suzuki mempertonton kereta ini buat pertama kalinya semalam jauh di benua Eropah iaitu di kilang Magyar Suzuki Corporation di Esztergom, Hungary. Swift serba serbi baru ini …

Continue reading

Stim!

Ini satu lagi kerja Matpon, saya cari balik artikel ini lebih dari sejam baru jumpa. Gambar yang Matpon post pada Mac lepas ialah kereta stim. UK memang mempunyai sejarah permotoran yang panjang menjadikan negara tersebut mempunyai koleksi kenderaan yang pelbagai.

Continue reading

Proton & VW: Tak Jadi Jo!

Semalam masa lepak minum dengan Baii kitaorang bercerita pasal kerjasama Proton dengan VW mungkin langgar dinding. Dan nampaknya berita itu betul, pagi tadi Proton umum diaorang tak jadi nak berkerjasama. Nampaknya VW kena cari kilang lain, Proton pula kena cari jenama kereta lain kalau nak rebadge atau kongsi platform. -Mak Uia-

WRC Portugal 2010: Citroen Sapu Bersih!

Untuk kali kedua musim ini selepas Rali Mexico, Citroen sekali lagi skor podium 1 – 3 dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC] di Portugal hujung minggu lepas. Pemandu Citroen Junior Team, Sebastien Ogier dan Julien Ingrassia mengetuai Sebastien Loeb dan Daniel Elena di tempat kedua manakala Dani Sordo dan Marc Marti di tempat ketiga. Kimi Raikkonen …

Continue reading

STE SUZUKA 2010: Petronas Juara Lagi!

Berita ini lambat seminggu. Tapi bak kata Mat Saleh, better late than never, kalau terjemah bahasa Melayu maknanya Encik Matpon kita memang lambat hilang tak tahu ke mana. Pada hujung minggu lepas, tim Petronas Syntium sekali lagi memenangi pusingan Super Taikyu Endurance Series [STE] dan kali ini kemenangan berganda dengan podium 1 – 2 di …

Continue reading

Sepang 1K KM: Ultra Racing Juara!

Membuktikan kuasa bukanlah segalanya dalam perlumbaan tahan lasak, tim Ultra Racing memenangi edisi kedua Perlumbaan Endurance Sepang 1000 km di Litar Antarabangsa Sepang [SIC] malam tadi, tim menang bergaya menggunakan kereta Toyota Levin 1600cc mengalahkan kereta 1800cc yang lebih berkuasa. Memandu Levin tersebut ialah Kenny Lee, Christopher John O’Shannessy dan Hsiao Tung Wei, tim mengambil …

Continue reading

Lotus Exige: 3.0 V6?

Awal minggu ini saya baca dan tengok gambar risikan Lotus Exige warna Hijau British dengan wheel arches lebar gila. Dengar kata Lotus tengah uji Exige/Elise 3.0 V EnamSilinder. Tak pasti betul ke tidak tapi kalau betul memang terbang lah Exige/Elise tu. Enjin EnamSilinder tu sama macam yang Lotus guna pada Evora. Enjin Toyota. Foto: Lotus …

Continue reading