WRC Portugal 2010: Citroen Sapu Bersih!

367376_60756-a-cit_3770

Untuk kali kedua musim ini selepas Rali Mexico, Citroen sekali lagi skor podium 1 – 3 dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC] di Portugal hujung minggu lepas. Pemandu Citroen Junior Team, Sebastien Ogier dan Julien Ingrassia mengetuai Sebastien Loeb dan Daniel Elena di tempat kedua manakala Dani Sordo dan Marc Marti di tempat ketiga. Kimi Raikkonen pula di tempat kesepuluh.

Menarik di Portugal ialah Ogier yang berjaya menewaskan seniornya, Loeb. Mendahului pelumba lain dari penghujung SS3, Ogier memulakan Leg 3 dan hari terakhir perlumbaan dengan jarak 21.1 saat di hadapan Loeb. Senior beliau tidak mudah menyerah bahkan mencatat masa terpantas di beberapa SS, pada SS terawal Loeb menjarakkan jurang dengan Ogier sebanyak 10.1 saat.

367367_60755cit_3767

Pada SS 16 Ogier berjaya mengikut rentak Loeb dengan defisit 0.6 saat dan pada SS 17 sebanyak 1.8 saat. Memasuki Super Special Stage yang diadakan dalam stadium dengan jarak 2 km Ogier masih berjaya mengekang masa Loeb, beliau menang dengan kelebihan 7.7 saat untuk keseluruhan rali dan menjadi juara Rali Portugal. Keputusan ini adalah suatu yang manis buat Ogier kerana buat pertama kalinya beliau menjadi juara pusingan WRC.

WRC 2010

Tim Ford Abu Dhabi pula tidak berapa menjadi, keputusan paling bagus untuk tim mereka dicatat oleh Mikko Hirvonen dan Jarmo Lehtinen di tempat keempat.

Keputusan Rali New Zealand 2010:

1. S Ogier/J Ingrassia, Citroen C4

2. S Loeb/D Elena, Citroen C4

3. D Sordo/M Marti, Citroen C4

4. M Hirvonen/Jarmo Lehtinen, Ford Focus RS

5. P Solberg/Mills, Citroen C4

Foto: Newspress, Citroen, Ford

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. baca pasal rally ni buat gua rasa ghairah pulak nak “naik teksi” minggu depan..

  2. CaparZo
    gua tak kisah..janji “naik teksi” ni tak payah bayar tambang.. haha

  3. Yeah yeah yeah, gua ingat bola je dalam stadium. kete pun dalam stadium. gua nak cadang convert stadium jadi trek ok. sekali masuk bayar gua 10. Darab 3000 banyak gak tu kan kan kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *