Sepang 1K KM: Ultra Racing Juara!

winner class 2

Membuktikan kuasa bukanlah segalanya dalam perlumbaan tahan lasak, tim Ultra Racing memenangi edisi kedua Perlumbaan Endurance Sepang 1000 km di Litar Antarabangsa Sepang [SIC] malam tadi, tim menang bergaya menggunakan kereta Toyota Levin 1600cc mengalahkan kereta 1800cc yang lebih berkuasa.

Memandu Levin tersebut ialah Kenny Lee, Christopher John O’Shannessy dan Hsiao Tung Wei, tim mengambil masa 8 jam 32 minit dan 1.455 saat menghabiskan 181 pusingan bagi menghabiskan 1000 km yang diperlukan.

winner class 1

Di tempat kedua pula ialah Boy Wong, Soh Kee Koon dan Tek Kean Kang dengan kereta Honda Civic EK9. Di tempat ketiga pula ialah tim ST Wangan daripada Singapura yang dipandu oleh Aloysius Lek, Teh Kian Boon dan Desmond Soh juga dengan kereta Honda Civic EK9.

Dalam Kelas 1 untuk kereta 1601cc dan 1900cc, S.Velumani dan warga Australia, Kosi Kalaitzidis dengan kereta Proton Satria GTi. Mereka menamatkan perlumbaan 3 pusingan di belakang tim Ultra Racing. Di tempat kedua ialah Goi Chun Kiat, Philip Pang Peng Ngiap dan Mohd. Nizam Yazet manakala di tempat ketiga pula ialah Leong Chun Kee, Leong Chun Kok dan Admi Shahrul Ahmad Saffian dengan kereta Proton Satria GTi.

press conference sepang 1000km

Diperkenalkan pada tahun lepas dan dipisahkan dari Perlumbaan Tahan Lasak Merdeka Millenium [MMER], perlumbaan ini dilepaskan oleh Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir pada pukul 12 tengahari kelmarin dengan 56 kereta bertanding berbanding 52 kereta tahun lepas.

Keputusan Perlumbaan Tahan Lasak Sepang 1000 km:

181 pusingan [5.543 km]

  1. Kenny Lee/Christopher John O’Shannessy/ Hsiao Tung Wei [Toyota Levib] 8:32.01.455
  2. Boy Wong Yew Choong/ Soh Kee Koon/ Tek Kean Kang [Honda Civic]
  3. Aloysius Lek/ Teh Kian Boon/ Desmond Soh [Honda Civic]
  4. S. Velumani/ Kosi Kalaitzidis [Satria GTi]
  5. Kenny Chua Chee Hou/ Khamil Hyder/ Kevin Tan Hwee Lan [Honda Civic]

Foto: SIC/Jerry Ch’ng

-Mak Uia-

Ps: Enjin EK Faidzil pecah!

Muhammad

8 Comments

  1. pantai timur ramai lagi kaki resing bai…pahang,terengganu,kelantan….mari2…buat ujibakat…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *