Video: Honda Civic Baru?

Baru-baru ini masa saya lepak minum teh [saya minum epal sebenarnya] dengan Baii dia ada cakap yang model gantian terbaru Honda Civic memang dirahsiakan betul oleh Honda. Rahsia sulit. Dan rasanya kita pun tak sedar yang Honda Civic dah nak sampai ke penghujung kitaran.

Tapi itulah dia, perisik kereta sekarang ini memang ramai dan memang pembuat tak boleh nak buat apa, saya juga syak kadang-kadang pembuat pun ambil kesempatan untuk menarik perhatian umum dengan menayangkan kereta mereka sebabnya dapat promosi percuma.

Video diatas katanya adalah model gantian Civic. Tapi tak pasti yang ini model Eropah atau Asia.

-Mak Uia-

Popularity: 29% [?]

Paris: Mazda Pamer 3 Kereta

Mazda2.03

Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik.

Beberapa bulan lepas Mazda2 telah diperkenalkan di tempat kita tetapi macam biasalah, model hatchback tak laku berbanding versi sedan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 28% [?]

KEPUTUSAN: Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010!

Raya-Pennzoil-GT-2010

Peraduan Raya GSR Pennzoil – GearTinggi 2010 kelmarin mendapat sambutan hangat. Penyertaan pertama diterima seawal pukul 8.13 pagi dan berterusan hingga lewat petang.

Kepada yang gagal, anda menjawab dengan betul cuma agak terlewat dari pemenang lain. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana berminat dan berusaha untuk turut serta dalam peraduan ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 28% [?]

VW Race Touareg 3: Buat Rali Dakar!

VW Race Touarage 3.04

VW telah memperkenalkan kepada umum jentera rali Dakar terbarunya iaitu Race Touarag 3 menggantikan Race Touareg 2 yang dua kali menjadi juara pada tahun 2009 dan 2010 dan juga kenderaan diesel pertama menjadi juara. Model terbaru Touareg 3 dikatakan lebih pantas dan efisien di samping mengekalkan kekukuhan dan ketahanan model lama.

Ujian terowong angin banyak mempengaruhi perubahan pada bahagian gentian kaca dan kevlar badan kereta dengan fokus untuk memperbaiki sistem penyejukan pada bumbung dan meminimumkan gangguan aliran udara pada kelajuan tinggi. Ini juga menjadikan Touareg terbaru tampil dengan gayaan lebih segar seperti lampu LED, jeriji, garisan tingkap, bahagian belakang dan rim.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 26% [?]

RTWORKS: Cadillac Calais Ni Boh!

cadillac

“Gapo dio ni?”… ramai yang terpegun dan terlopong tatkala kereta ini memasuki Litar Go-Kart SC-TMKC, Gunong, Bachok Kelantan pada 23 Julai lalu sempena AWOKITO DRIFT CHALLENGE. Antik, besar, cantik dan pelik… umpama model fesyen sedang catwalk di atas pentas, semua mata terpaku menyaksikan kereta pelik ini. Masing-masing tertanya kereta apakah ini???

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 40% [?]

TAMAT: Peraduan Raya GSR Pennzoil-GearTinggi 2010!

Raya Pennzoil GT 2010.00

Kemaskini 26/8: Peraduan sudah ditutup, keputusan akan dikeluarkan pukul 12 tengahari hari ini.

Iya, untuk sekutu yang dihormati Peraduan Raya GSR Pennzoil-GearTinggi kembali lagi, seperti tahun lepas sekali lagi Pennzoil berbesar hati untuk menaja peraduan ini bahkan hadiahnya lebih besar iaitu lima pakej servis kereta balik kampung dan paling istimewa ialah kelas pemanduan berhemah oleh juara rali Malaysia dan juga prinsipal GSR-Pennzoil Racing Team iaitu Encik Gunaseelan Rajoo.

Untuk menikmati hadiah-hadiah tersebut senang sahaja, sekutu hanya perlu menjawab 4 soalan mudah. Tanpa berlengah lagi soalannya ialah:

Ooppss! Rilek ar brader, kasi klik dulu – Matpon >>

Popularity: 26% [?]

10 Penumpang Tak Boleh Blah!

382943_200810conti_sleeper

Hampir 4 juta pemandu di UK tak berapa selesa dengan penumpang mereka dan lebih selesa memandu berseorangan mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Continental Tyres. Kajian tersebut juga mendapati bila kita makin tua kita makin tak selesa dengan orang yang menumpang.

Yela bila dah tua-tua ni kita tak berapa selesa nak bagi orang tumpang, kadang-kadang kita perlukan ruang sendiri dalam kereta, nak smart-smart depan cermin atau nak buka radio kuat-kuat. Nak musim raya ni bila balik kampung nanti mungkin ada kawan-kawan yang menumpang balik sama tapi sebelum tu saya tuliskan dulu ringkasan jenis penumpang hasil kajian Continental Tyres. Mana tau boleh dijadikan panduan ke.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 41% [?]

Hadiah Istimewa Untuk Sekutu GT!

Raya Pennzoil GT 2010.05

Sejak GT mula dilayarkan dalam alam maya lebih dari setahun lepas boleh kata selalu juga kami beri penghargaan secara nyata pada sekutu. Secara nyata atau fizikal ini merujuk kepada hadiah percuma sebagai penghargaan kerana sentiasa menyokong GT. Bermula dari pelekat percuma kepada Peraduan GSR Pennzoil – GearTinggi Taxi Ride dan juga Peraduan Raya GSR Pennzoil GearTinggi. Tapi sejak kebelakangan ini GT dah agak kurang memberi…[kenapa ek?]

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 30% [?]

Jualan Gudang Pennzoil!

JualanGudangPennzoil.02

Bila musim nak raya ni memang banyak jualan murah, sana-sini menawarkan diskaun habis-habisan untuk pengguna. Tapi itu untuk kelengkapan raya, macamana pula dengan kenderaan anda? Tak ada jualan murah untuk kereta?

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Popularity: 32% [?]

Proton PERT Dalam Kenangan!

Proton PERT.06

Kalau sekutu minat rali dari zaman kanak-kanak riang ria mesti kenal sangat dengan Karamjit Singh. Beliau berlumba dari zaman saya kecil sampailah sekarang ini dan kalau tanya sesiapa pun pasal rali perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah Karamjit. Bukan nak puji melangit tapi beliau yang membawa rali ke setiap rumah dan saya rasa itulah jasa beliau untuk sukan ini.

Selain dari Karam, perkara kedua mengingatkan kita pasal rali ialah barisan jentera rali yang digunakannya, dari Saga ke Iswara, Wira, Waja dan Evo. Semua beliau dah lanyak termasuklah juga Satria Neo S2000. Dan untuk pengetahuan sekutu kebanyakan kereta lagenda tersebut masih lagi wujud, tersimpan di Hicom Glenmarie.

Dan untuk entri ini saya terbitkan kepada anda sebahagian koleksi Proton PERT!

Klik untuk gambar >>

Popularity: 49% [?]