BAJET 2010: Apa Faedahnya Pada Industri Otomotif?

Bajet2010

Seperti yang kita sedia maklum, Jumaat lepas Dato’ Seri Mohd Najib telah mengumumkan beberapa polisi yang melibatkan industri automotif negara. Antaranya ialah mekanisma baru pengagihan subsidi minyak. Buat masa ini, kesemua golongan pendapatan sama ada tinggi atau rendah menikmati subsidi yang sama.

Polisi kedua ialah penstrukturan semula premium insurans. Saya harap penstrukturan semula ini mengambila kira tahap keselamatan yang dipasang pada kereta. Contohnya kereta yang dipasangkan sistem penggera canggih tidak perlulah dikenakan premium tinggi sepertimana yang dipraktikkan di negara maju di mana rebat premium akan diberikan kepada pengguna sistem penggera yang telah diperakui berkesan. Bukan jenis penggera standard apabila keluar sahaja bilik pameran, penyamun sudahpun ada kod untuk memecah masuk kereta dan kemudian dibawa lari ke negara jiran atau timur tengah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [5]

Selinganmata005

Kereto gapo dio ni?

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Honda Stream RST!

httpv://www.youtube.com/watch?v=GeqybAuLolw

Honda Stream RST ini bakal dilancarkan sedikit hari lagi di negara kita. Mungkin esok, mungkin lusa atau bila-bila sahaja. Tiada perubahan ketara sangat cuma model ini nampak lebih resing.

Saja je saya letak video dalam bahasa Jepun, saya pun tak faham sepatah haram. Kalau ada yang reti cakap Jepun mintala kongsi sama-sama.

Untuk gambar, klik: Honda Stream tapi nampak resing! dan sini!

Gambar pun cakap Jepun juga.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Produk: Suspensi RCS! Terbaik Jo!

RCS2001

P.Nandakumar, bekas Jurutera Lotus dan pemandu rali baru-baru ini telah melancarkan produk automotifnya sendiri. Radical Chassis Solutions atau RCS adalah suspensi boleh laras yang ditala khas untuk kegunaan harian seperti di jalanraya dan situasi mencabar seperti perlumbaan rali dan trek. Pendek kata, dengan pengalaman luas beliau sebagai Jurutera dan pemandu rali, membuat suspensi mengikut citarasa tempatan pastinya tiada masalah.

Untuk membuktikan suspensi buatannya berkesan dan bukan cakap kosong beliau telah menjemput jagoan rali tempatan seperti Karamjit Singh, Rozali Abdullah, pihak media dan orang ramai untuk merasai sendiri ‘kesedapan’ suspensi RCS di Tanamera, Sungai Buloh.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Panas: Perodua Savvy!

DSC00296

Gua dulu ada juga dengar ura-ura Proton nak bergabung dengan Perodua. Gua syak ni projek pemanas badan kedai bodykit. Awal-awal lagi dah standby.

Bila masa Perodua keluar Savvy pulak ni?

-Guasenyumdalamhati-

-Matpon-

Silakan kongsi:

F1: Confirmed: Lotus F1 Team runs by 1Malaysia F1!

7.45 PM: We’re the 1st to report about this [in the world, perhaps] earlier today and it is now confirmed that Malaysia will have its F1 entry next year. The team will be lead by Dato’ Tony Fernandes, CEO of Malaysian Low Cost Carrier – Air Asia.

Watch out for our full article.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: Panas: Air Asia mungkin taja pasukan F1 Litespeed Lotus!

Mak UIA dengan suara termengah-mengah dalam telefon pukul 9 pagi tadi bagitau tentang khabar angin yang baru diterima. Air Asia mungkin akan menaja pasukan F1 terbaru, pasukan Litespeed Lotus pada musim perlumbaan akan datang.

Air Asia pada masa kini adalah penaja Williams.

-Amid-

Silakan kongsi: