NAP: TIADA PEMERIKSAAN PUSPAKOM!

DAN10

Keputusan untuk mewajibkan kereta berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan Puspakom sekali setahun kini ditarik balik kerajaan.

“Langkah itu jelas tidak popular. Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat, dan pada masa yang sama kita juga akan tetap mengutamakan keselamatan rakyat.” Umum Menteri Perdagangan Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamad.

Untuk itu, MITI akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] bagi mencari jalan bagaimana untuk memastikan kereta-kereta tersebut dipastikan selamat di atas jalan raya tanpa membebankan pengguna.

P1190414

Keputusan yang dibuat MITI ini memang tepat kerana dengan keadaan ekonomi sekarang  pastinya rakyat akan berkira untuk mengeluarkan kos bagi perkara yang mereka rasakan tidak perlu. Selain dari itu fasiliti Puspakom sediada memang tidak mencukupi untuk menampung ledakan bakal-bakal kereta ‘lama’ dan jika ini berlaku pastinya rakyat akan marah berganda.

Kereta yang berusia 10 tahun ke atas saja ada 2.7 juta unit, kalau kita fikir logik pun boleh jadi pelik, maknanya dalam sebulan Puspakom kena periksa paling kurang pun katalah 100 ribu unit. 100 ribu unit dibahagi dengan 26 hari maknanya 3846 buah kereta sehari kena periksa di seluruh negara. Saya tak pasti pula ada berapa Puspakom di seluruh negara sebab laman web Puspakom tak boleh diakses semalam. Itu saya tak kira terperinci lagi tapi senang kata mustahil kalau nak periksa semua kereta-kereta tu.

Cuma satu hal lagi ialah jika kereta-kereta ‘lama’ ini tidak diwajibkan pemeriksaan mandatori pun bagaimana  pula dengan survival bilamana import alatganti terpakai diharamkan? Sebabnya kereta lama ni datang dengan pakej, kalau dah berusia perlukan alat ganti, alat ganti baru untuk kereta lama memang susah nak cari, sebab itu banyak kedai jual yang terpakai, kalau nak buat yang baru pun dah tidak ekonomikal. Kalau ada yang baru pun tidak ekonomikal juga sebab pastinya mahal dan tak padan dengan kereta. Tak kan Proton Saga harga RM5 ribu nak tukar kotak gear yang berharga RM5 ribu juga?

Boleh jadi, barang ‘baru’ dari China pula yang akan membanjiri pasaran.

Apapun saya nak ucapkan terima kasihla kepada Tok Pa dan diharapkan Tok Pa dapat kaji juga dasar alatganti terpakai tersebut, sekurang-kurangnya benarkan import alatganti yang mahal nak dibuat dan tiada kilang tempatan yang mampu buat.

Semoga pasukan bolasepak negeri Tok Pa juga menang esok.

🙂

-Mak Uia-

Muhammad

42 Comments

  1. assalamualaikum.klo tgk pn yg byk xcident kete bru. klo pkai 86, 32,33, s13,s14,fd,fc, NSX, jza80 dan yg seangkatan nye xpo la kaya.tp mcmana yg pkai saga lama,b11,ae80,ke70 dan yg seangkatan dgn nya?xke mnyusahkan?xkan nk pkai cherry?baik jln kaki dr pkai cherry……… lps ni brtambah kaya lg puspakom dan brtambah miskin golongan brpendapatan rendah……pikir la…… san kyuuuuuuu

  2. Gua 1st ke? haha.. Bagus la macam tu. Keputusan yang tidak popular. perkataan “keputusan popular” iitu sendiri dahulunya pernah diperhangatkan di era PRU dahulu..eheh.. Banyak lagi yang perlu dikaji berkenaan dengan DAN/NAP ini. Kebanyakkannya serba tak kena dengan taraf kehidupan kita sekarang.

  3. Kyuu juu nana
    Ws. Apa kena pula ni? Baca ke tidak artikel saya, kan dah kata Tok Pa dah batalkan dasar tu. Haih.

    Prodigy
    Iye betul, saya harap yang alatganti tu kena kaji balik. Memang industri automotif penting tapi pada masa yang sama kena pastikan kalau betul nak guna alatganti baru biar harga dia murah macam barang terpakai. Saya rasa tak mustahil sebab harga mahal kerana margin untung yang tinggi.

  4. bagos la ditarik balik dasar tuh..
    cuma jangan la industri halfcut pun nak dikacau sekali..

  5. tau jugak kerajaan, rakyat marah….
    btw,ayat terakhir mak uia tu manisnye…. ade ape-ape ker???
    hehehe…..

  6. betul gak ckp ko sal estimation puspakom kne cek kete…. klu x menangis la diorang kne bt kje haha ;p … masalah gak klu halfcut kne kacau..

  7. MUJUR LA KRAJAAN TARIK BALIK…KLU TAK MAU TERCABUT KPALA BAPAK GUA NAK MEMIKIRKN TIAP2 TAHUN KENA ANTAR KETA DIA G CEK PUSPAKOM…

  8. dan aku harap tokei2 halfcut pasni akn insap..kalo xde kita2 yg nk bela halfcut,kompom la 2-3thn pasni tokei halcut dah kena plan nk wat bisnes apa lak..

    tp pasal insuran…sapa2 ada info?? kn bising pasal insuran xnk cover keta yg umo 10thn dan keatas..dan guna 3rd party punya insuran??

    kalo still nk pakai..kena menajalani ujian puspakom jugak..bila lulus baru bleh proceed.kalo btul la yg aku dengar…pi mai..pi mai tang tu jugak..apa2 pn still kena masuk puspakom jugak..

  9. ok le takde pemeriksaan,takat jln2 kat kg,tak masuk longkang ok le…tapi dah bile takde alat ganti kedai potong,maknanya lepas ni dah rosak kena buang je le…ape2 pun kena ganti keta lama ngan baru,cuma cepat ngan lambat je…

  10. kereta nasional;
    Aku pun dgr mcmtu gak.. emmm

    Bagus la.. satu bab dah selesai… tggl satu bab lagi.. bab barang terpakai… emmm.

  11. Haaaaa?????? Batal?????????

    Gua baru cadang nak jual cucur udang masa orang dok ramai-ramai beratur tunggu kat puspakom.

    Hah, rosak habis plan geliga gua!

  12. gua pun sama mcm matpon..baru plan nak jual air jagung.. hampeh.. (inilah kerajaan..suka sgt buat keputusan tak konsisten..)

  13. ok la tak konsisten asalkan yang untungnya orang bawahan.
    jangan tak konsisten menyusahkan.

    macam dulu, kata tak naik minyak, sekali naik kaw-kaw.

    kucar-kacir satu malaysia.
    stesyen minyak beratur panjang macam ada minyak free.

  14. 2 la buat benda x pikir rakyat..dah org bantah br kelam kabut..
    nampak sangat masa buat dasar 2 x fikir dalam2…takut la tuuu…

  15. ni la dia… buat dulu baru kaji… ape la.. nak tunggu org marah dulu baru nk kaji balik… tak paham denyutan nadi rakyat langsung…
    harap2 tokey halfcut wat demo lawan dasar haramkan halfcut.. tokey cina ramai tu.. MCA/Gerakan harap ambil perhatian

  16. aku dalam dilema dinegara sendiri….macam2 ada…barang naik x reti nak turun2…puspakom la…insuranla….kenapa…mengapa?sebab kita xdapat kemudahan percuma…

  17. mase buat dasar terburu2 tanpa kajian…biler rakyat da mengamuk tarik balik dasar..sesuke hati diorang jer..diorang x pikir ke perkara2 sensitif mcmni akan menaikan kemarahan rakyat.buat dasar harini besok tarik balik..lusa umum buat blk..tah hape2 tah…tgk la mcmne isu minyak kt diperbodoh2kn..mase umum myk nk naik rm1.75..bile time tarikh naik rm1.80…lepas ni tah ape pulak yg diumumkn…rakyat kite ni sentiase dikejutkn dgn kejutan2 yg menyentak jiwa rakyat…pastu kat parlimen ramai2 sebut SUPPPRRRIIIISSSEEEE……..!!!hahahaha

  18. [img]http://img.alibaba.com/photo/101597246/Toyota_Halfcut_Engine_And_Parts_.jpg[/img]

    dimana ku ingin mencarimu selepas 2011…

  19. mcm april fool la plak,buat org glabah je….tak gitu advan_gsr,so mari le ramai2 sebut SUPPPRRRIIIISSSEEEE,muahahaha

  20. emmm masa mula2 dgr kabar knderaan yg lbih 15thn kena bt pemeriksaan,aku dah dpt pkir ramai yg tak stuju…lu dpt pkir tak matpon dak2 sekolah lama mcm aku akan bt ape klu keta lebih 15 thn kena bt pmeriksaan??? jeng jeng huahuahua…

  21. skang mintak2 la kensel pasal import alat ganti plak. Bapak gua pakai lagi merc c200 taun 95. kalu rosak pape kan naya tu..

  22. downg yg kayo2 buleh la nk ckp itu ini, golongn yg sderhana nie?? jd ape sey kalo spare part import kne blok…. hmmm… hope phak krjaan prtmbngkn la bnde2 nie…..

  23. pergh… nasib baik x jd dasar ni.. mls gua nk anta iswara jongkit motosepot gua g puspakom. hahahahahahancing!

  24. Half cut batal sbb nk paksa pengeluar2 besar buat@manufacture parts kat Malaysia. Tp, nk kena fikir gak. Mana nak carik parts2 utk kereta2 lama? So cadangan teman, tukarkan halfcut jadi macam junkyard kat negara2 maju tu.

  25. snng hati ku. nnti x yah nk pk2 tukar2 keta lg
    blh lh upgrid enjin plk ps ni
    vtec selama2nya

  26. kalo tukar lagi dasar automotif ni, mari kita sama2 benam mereka ke dasar yang sebenar..

    biar mereka rasa apa itu suara rakyat!!

  27. naik kan jgk pendapatan rakyat..
    asyk brg ja naik..
    hapuskan brg tiruan..
    brg halfcult lg bgus sbb kita tau dah dia punya status..hahaha

  28. Cuba kita baca betul2 sbb apa gov batalkan cadangan ni.. sbb TAK POPULAR… ini je yang gov pentingkan.. POPULAR.. tak popular maknanyer undi kurang, mcm mana nak kekal berkuasa kat Putrajaya..
    Bukan sbb keperihatinan untuk rakyat sebenarnye..
    Jd marilah kita tunjukkan kat diorang, langkah menyekat kemasukan half cut juga adalah langkah yang TAK POPULAR.. Payah dpt gov mind mcm artis ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *