Amid: Perang Toyota!

Toyotawars00

Ni bukan cerita perang jualan kereta antara Toyota dengan pesaing-pesaing dia. Tapi pada tahun 1987, telah meletus perang antara negara Libya dan Chad. Negara-negara ni kalau korang nak tau terletak kat utara benua Afrika.

Konflik meletus apabila Libya cuba menakluki bahagian utara Chad pada tahun 1983 bagi menggulingkan Presiden Hissenne Habre dan menyokong puak yang digelar GUNT bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru. Presiden tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Libya yang sebenarnya mahu mengekalkan pengusaannya di utara Chad dengan bantuan puak GUNT. Bagaimanapun, Perancis telah datang membantu pihak Chad dan tentera Libya hanya berjaya menakluki kawasan utara Chad yang rata-rata tidak berpenghuni.

Toyotawars01

Bagaimanapun, pada tahun 1986, pihak GUNT telah berpaling tadah dan menyerang tentera Libya dan kesempatan ini diambil kerajaan Chad untuk menakluk semula kawasan yang diceroboh Libya.

Pada tahun 1987, bermulalah satu fasa perang yang digelarkan “Perang Toyota”. Nama ni diberi sebab tentera Chad yang kebanyakkannya hanya menggunakan trak Toyota Hilux yang dipasang dengan senjata berat seperi mesingan dan pelancar peluru berpandu anti-armor jenis MILAN.

Tentera Libya di utara Chad ketika itu ada mempunyai 8,000 askar, 300 buah kereta kebal, sejumlah besar pelancar roket berganda, helikopter tempur jenis Mi-24 dan 60 pesawat pejuang. Kalau nak kira, memang lingkup la tentera Chad. Tapi lain pulak jadi dia.

Tentera Chad yang hanya menaiki Toyota Hilux telah berjaya menewaskan tentera Libya, terima kasih kepada kelincahan Hilux di medan perang dan taktik perang ala-gerila. Beratus-ratus kereta kebal, meriam dan pesawat Libya telah dimusnahkan dan ini memberi kejutan besar kepada Presiden Muamar Ghaddafi, pemimpin nombor satu Libya.

Toyotawars02

Kemusnahan tentera Libya di sini membuatkan tentera Chad telah menyerang dan menakluk sebuah bandar di sempadan utara Libya-Chad bernama Aouzou. Libya kali ini telah menukar strategi perang mereka dan meniru apa yang tentera Chad lakukan – pakai jugak pikap Hilux untuk serangan balas. Serangan balas ini yang diterajui oleh pikap Hilux dan mendapat bantuan jet pejuang telah berjaya menghalau semula tentera Chad dari bandar berkenaan.

Pada tahun 1988, gencatan senjata telah dilakukan dan kes tuntutan bandar Aouzou dan seluruh kawasan utara Chad telah diserahkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 1990. Pada tahun 1994, mahkamah telah menyerah bandar tersebut kepada Chad.

Oleh sebab tu aku memang respek dengan pikap Toyota ni walaupun orang kata tak cantik, tak power dan tak best. Sebenarnya, sampai sekarang puak-puak pemberontak atau tentera negara dunia ketiga masih gunakan trak Toyota sebagai kenderaan pengangkut senjata dan askar.

Sumber Hilux: Netcarshow.com Sumber Peta Chad: Wikipedia Sumber Heli Mi-24: Wikipedia keduanya dengan lesen ini

Amid-

Silakan kongsi:

36 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 09/11/2009 at 7:40 AM
    • Reply

    ya… aku suka toyota..

    • kete kite on 09/11/2009 at 8:27 AM
    • Reply

    Kalo mcmtu angkatan tentera kita kena beli banyak2 pickup toyota.. bleh jimat kos.. hummer pun kalah ahak3..

    • zulkim on 09/11/2009 at 8:27 AM
    • Reply

    uihh. jd hilux nih lebih kuramg cam hummer la kan.

    • lesen_L on 09/11/2009 at 8:27 AM
    • Reply

    dlm top gear pun dah iktiraf hilux sbg “tak boleh dimusnahkan”…hebat tu….

    • dedi on 09/11/2009 at 8:38 AM
    • Reply

    aku pun teringin pakai gak 4×4 nih…

  1. oh…..

    • carragher27 on 09/11/2009 at 9:00 AM
    • Reply

    skali arini belaja sejarah pulak.. cayalah amid

    • strokeboi on 09/11/2009 at 9:19 AM
    • Reply

    peace… no war

    • Han on 09/11/2009 at 9:28 AM
    • Reply

    toyota tetap di hati..

    (model2 yang lama la, Yang baru cam hampeh)

    • on 09/11/2009 at 9:30 AM
    • Reply

    kete_hitam
    Ah Toyota? Amid like Toyota, I like Lada Niva.

    kete kite
    Lu ada kena mengena ke dengan kete hitam? Nama nak sama? Adik beradik ke? Gua tak kenal Mat Kacau.

    zulkim
    Salah, Hummer ada 8 tayar. CSI eksyen je tu.

    lesen_L
    Ish ni gua rasa nak stat kuliah agama ni.

    dedi
    Tak yah, ini semua propaganda Amid. Dia suka Toyota.

    Firza
    Oh la la. Minat Kru ke?

    carragher27
    Ok. Besok gua bukak kelas ERT. Ekonomi Rumah Tangga.

    strokeboi
    Yesss.. Make Cinta No War!
    Asta la vista bebeh!

    • natubaik on 09/11/2009 at 9:57 AM
    • Reply

    wa ade gak toyota

    • avtomat kalashnikov on 09/11/2009 at 10:21 AM
    • Reply

    toyota…. i like….
    mat pon bile nk review lexus LF4 plak?

    • kete kite on 09/11/2009 at 12:45 PM
    • Reply

    kete_hitam dgn aku satu keturunan dr nabi adam… Ko matpon dr nabi adam gak ke??? ahak3

    • kete_hitam on 09/11/2009 at 1:05 PM
    • Reply

    huh.. betul.

  2. seb baik bapak ako beli satu…

    • kete_hitam on 09/11/2009 at 3:20 PM
    • Reply

    buat g perang jugak ker?

  3. ah…lu yg minat kata gua plak…..skang masyarakat dh bijak…mereka tahu…..

  4. hebat2 hilux..timakasih amid bg knowledge br..xdela kna kelepet..hari ini dalam sejarah 2..proton saga pn ada sejarah gak..jd radiocar buat tangkap p.kalimuthu…

    • on 09/11/2009 at 6:16 PM
    • Reply

    atoyot…

    • lancer ck2 on 09/11/2009 at 6:30 PM
    • Reply

    kat msia hilux pun bawak g berperang… perang poster masa pilihan raya…hahaha

  5. jeremy clarkson pun dah sampai kutub utara naik hilux jer..

    • tambest on 09/11/2009 at 8:56 PM
    • Reply

    sekali belajar sejarah daa…mujur tak bg soalan sekali..mau parah nak bagi lulus nih..kuikuikui

    • najeep on 09/11/2009 at 9:57 PM
    • Reply

    huhu Vote for Hilux…

  6. Hilux memang power..dulu masa muar banjir, jalan semua tenggelam. banyak jugak kereta tersadai sebab tak lepas redah air paras bonet..ada 1 hilux tu sempoi je lalu.. bila dah lepas kawasan banjir, semua tepuk tangan..haha

    • seandexter on 10/11/2009 at 8:53 AM
    • Reply

    Hummer dah tak kebal…haha

  7. Hummer tak praktikal sebab besar sangat. Balak kat hutan Malaysia ni besar2 dan rapat2. Kalau besar sangat macamana nak lalu? Lainlah klu struktur geografi kita ni byk padang/gurun jewr mcm kat negara2 arab tu. Tu pon senang nak tembak sebab besar…

    • exJAVANESE on 10/11/2009 at 7:45 PM
    • Reply

    Hilux best kalo lowered, rim 22inch… perghh..
    Tpi,gua xmpu.. Huhuhu

    • rik hanz on 10/11/2009 at 8:31 PM
    • Reply

    tengok kat siam diaorg bikin hilux gile2! Bkn hilux je, sume 4×4 diaorg bantai mods.

    • kacang on 12/11/2009 at 10:02 AM
    • Reply

    patut ambulans pun pkai hilux gak sng msk kg…

    • on 12/11/2009 at 3:42 PM
    • Reply

    Prodigy : bro mase peristiwa di muar tu berlaku bro ade x?bro tepuk tgn skli ke?hahaha..jgn mare bro gurau aje

    • pelug on 12/11/2009 at 7:11 PM
    • Reply

    keliru gua ngan artikel panjang2
    cuba lu orang summerise kat sikit

    • palancyborg on 14/11/2009 at 4:56 AM
    • Reply

    ambulans kena pakai bas ekspres bru bleh bwk ramai org sakit…
    pasai selalu exsiden

    • palancyborg on 14/11/2009 at 4:57 AM
    • Reply

    ambulans kena pakai bas ekspres bru bleh bwk ramai org sakit…
    pasai selalu exsiden…mat kacau pun bleh tumpang blk kg

    • azwan nbs on 21/11/2009 at 9:03 PM
    • Reply

    toyota tu ape ye..??????

    • Gt-Apex on 08/01/2010 at 9:46 PM
    • Reply

    keta toyota terbukti kemanpuannya sama ade di bawa resing ,offroad,( tutup jalan) mahupun dibawa perang ….

    • wakaka on 08/01/2010 at 9:47 PM
    • Reply

    toyota terbaik jo.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.