Category: Penulis GT

Selingan Mata [15]

Saja je gua kasi nampak nama, gua jadi pemurah hari ni ok. -Matpon-

F1: GP Australia 2010: Jenson Button Juara!

Hari yang biasa-biasa untuk Lotus Racing di perlumbaan F1 Australia apabila Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke 13 dan sekali lagi di hadapan tim-tim baru. Walaubagaimanapun Jarno Trulli gagal untuk berlumba apabila menghadapi masalah hidraulik pada saat-saat akhir di grid perlumbaan.

Continue reading

Takuma Sato & Lotus IndyCar

Dalam entri Lotus IndyCar baru-baru ini, kita tak dapat tengok gambar kereta Lotus yang dah siap, saya hanya paparkan gambar virtual sahaja. Semalam masa saja-saja layari laman web Lotus terjumpa pula poster Taku dengan Lotus IndyCar. Ada 4 keping sahaja, tapi ok lah dari tiada langsung. Warna Lotus IndyCar ini memang skema sekolah lama!

Continue reading

Dato’ Sri Tony Dapat Ijazah Doktor Kehormat Dari UTM!

Dato’ Sri Tony Fernandes dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Inovasi Bisnes daripada Universiti Teknologi Malaysia sempena Majlis Konvokesyen ke 44 di Skudai, Johor pada Sabtu. Ijazah yang julung kali diwujudkan ini disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, YMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kerana sumbangan Tony kepada negara, kecemerlangan akademik dan masyarakat. Universiti memuji peranannya …

Continue reading

F1: Shell Taja Ferrari Sampai 2015!

Ferrari tiada bajet promosi untuk iklan komersil skala besar di media cetak dan elektronik sebab duit yang ada dibelanjakan untuk sukan permotoran dan itulah definisi promosi untuk Ferrari. Dan di belakang Ferrari ada Shell. Gandingan kedua-dua firma tersebut dibantu faktor-faktor lain menjadikan keduanya gergasi yang dihormati dalam bidang masing-masing. Pada Khamis lepas, Ferrari mengumumkan penyambungan …

Continue reading

Video: Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni

httpv://www.youtube.com/watch?v=LxQ7GP3Q49c Video kedua untuk hari ini adalah Motortrend memandu uji Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni. Wajib tonton, pure hardcore dan tak puas tengok! Sumber: Youtube/MotorTrend -Mak Uia-

Tanner Foust: Street Drift Mulholland

httpv://www.youtube.com/watch?v=5Kaj0QyAUoo Saya agak sibuk sebenarnya hari ini, tiada entri seperti biasa tapi saya gantikan dengan 2 video yang agak berbaloi untuk ditonton. Video pertama adalah Tanner Foust mengapungkan kereta Scion V8 [!] di Mulholland. Biasa layan drift Jepun kali ini kita layan Mat Saleh pula. Tapi… kalau AS maknanya efek suntingan mesti wajib. Sumber: Youtube/TannerFoustRacing …

Continue reading

LUXGEN Lagi Laku Dari Hyundai!

Ingat lagi entri LUXGEN, jenama Taiwan yang saya paparkan baru-baru ini? Sedikit perkembangan untuk sekutu, jualan LUXGEN MPV di Taiwan telah mengatasi jualan keseluruhan pelbagai kenderaan Hyundai. Sangat impresif memandangkan LUXGEN hanya ada 1 model sahaja. Sumber: Newspress -Mak Uia-