Mar 28

Dato’ Sri Tony Dapat Ijazah Doktor Kehormat Dari UTM!

Tony Fernandes - Team Principal-6862a0ee

Dato’ Sri Tony Fernandes dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Inovasi Bisnes daripada Universiti Teknologi Malaysia sempena Majlis Konvokesyen ke 44 di Skudai, Johor pada Sabtu. Ijazah yang julung kali diwujudkan ini disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, YMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kerana sumbangan Tony kepada negara, kecemerlangan akademik dan masyarakat. Universiti memuji peranannya dalam merubah industri penerbangan dan memberi faedah kepada pelancong dan ekonomi setempat dan di rantau ini. Tambahan pula, penglibatan Tony dalam F1 dengan penubuhan Lotus Racing menunjukkan inovasi dengan kelas berlainan.

Naib Canselor UTM, Professor Datuk Ir Dr. Zaini Ujang pula berkata, “Kami menganugerahkan Dato’ Sri Tony dengan ijazah kedoktoran ini kerana pencapaiannya dengan AirAsia, pelopor tambang murah di Malaysia. Beliau dengan jayanya menukar syarikat penerbangan yang bermasalah kepada keuntungan dan menjadikan syarikat tambang murah terkenal di dunia melalui kepimpinan berwawasan dan pendekatan bisnes inovatif. Kami juga memujinya kerana menjadi penyumbang pembangunan akademik di UTM, melalui penglibatan beliau dalam Global Outreach Program, menyediakan graduat kepada pendedahan akademik termasuklah latihan dan peluang penyelidikan di luar negara.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

3 comments

    • jelapangPadi on March 28, 2010 at 8:54 am
    • Reply

    gua first-first…

    errr…nk puji ke x,nk puji ke x,argghhh…puji je la..

    tahniah ye dato tony…

    • on March 29, 2010 at 9:04 am
    • Reply

    Tan Sri Senator Dr.Jins Samsudin pun dpt doktor falsafah gak…

    • basikal on March 29, 2010 at 10:13 am
    • Reply

    tahniah…sib baik dato sri buat airasia..ble la gua balik kg dr sabah ke kl selalu..kalo tak de tambang murah ..kuuuyyyaaakkkk kawan jo!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.