F1: GP Australia 2010: Jenson Button Juara!

Lotus Racing

Hari yang biasa-biasa untuk Lotus Racing di perlumbaan F1 Australia apabila Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke 13 dan sekali lagi di hadapan tim-tim baru. Walaubagaimanapun Jarno Trulli gagal untuk berlumba apabila menghadapi masalah hidraulik pada saat-saat akhir di grid perlumbaan.

www.hoch-zwei.net

Nico Rosberg dari tim Mercedes GP Petronas di tempat kelima, keputusan yang konsisten sejak dari Bahrain. Michael Schumacher pula mendapat tempat kesepuluh [macam yang dia selalu sebut dalam iklan radio].

Seperti yang dimahukan ramai peminat, mereka mahukan lebih drama dan itulah yang berlaku di GP Australia. Grid dilepaskan dengan litar basah dan drama bermula apabila Jenson Button terlanggar Fernando Alonso dan kemudian terlanggar pula Michael Schumacher memaksa beliau ke pit untuk menukar sayap depan. Drama diteruskan dengan beberapa insiden lain seperti kemalangan yang melibatkan Kamui Kobayashi, Nico Hulkenberg dan aksi potong-memotong Alonso dan Schumacher dari kedudukan belakang.

Sebelum perlumbaan tamat terdapat satu lagi babak drama berlaku apabila Mark Webber melanggar Lewis Hamilton menyebabkan kedua mereka terbabas, Hamilton mendapat tempat keenam manakala Webber jatuh ke tempat kesembilan.

Perlumbaan tamat dengan Jenson Button sebagai juara manakala Robert Kubica dan Felipe Massa masing-masing di podium kedua dan ketiga.

Dalam masa beberapa hari lagi kesemua tim akan tiba di Sepang untuk GP Malaysia.

Keputusan F1 Australian GP, Melbourne 2010:

  1. Jenson Button – McLaren
  2. Robert Kubica – Renault
  3. Felippe Massa – Ferrari
  4. Fernando Alonso – Ferrari
  5. Nico Rosberg – Mercedes GP Petronas
  • 10. Michael Schumacher – Mercedes GP Petronas
  • 13. Heikki Kovalainen – Lotus Racing
  • Jarno Trulli – Lotus Racing: DNS

Sumber Gambar: Lotus Racing & Daimler

Muhammad

10 Comments

  1. Ok la bagi Team Lotus…Tp takleh dinafikan enjin Cosworth tak cukup power daaa….

  2. x juga, kadang2 joki handal, tp kejuruteraan pada kereta kurang sedikit …
    cuba joki yg last pakai ferari, yg 1st pakai kete yg last skali.. mungkin akan berubah gak

  3. aku rase hamilton ngan webber mesti bertumbuk tepi trek. webber bikin hal laa. nak potong tapi tak reti.

  4. MotoGP ada zulfahmi khairuddin..
    ada org malaysia mesti akan ada drama pny..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *