Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS150R 2017 dengan warna dan jalur baharu. Tiga warna baharu tersebut ialah Edisi Trico, Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), selain warna ekskulsif sedia ada, Edisi Repsol.
Category: Muhammad
Aug 01
Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Terima Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma
Honda Malaysia telah menyerahkan Jazz Sport Hybrid i-DCD kepada pembeli pertama, Puan Aneesa Binti Abdul Rashid yang bertempat di Honda Global Amity di Bangi.
Jul 29
Toyota C-HR Bakal Dipamer Secara Rasmi Bermula Ogos ini
UMW Toyota Motor sudah pun mula membuka pendaftaran kepada mereka yang berminat dengan Toyota C-HR beberapa hari lepas di laman web Toyota. Ini pula makluman dari UMW Toyota Motor bahawa mereka akan mula mempamerkan secara rasmi SUV kompak terhangat itu di beberapa lokasi terpilih.
Jul 26
Honda CBR650F dan CB650F 2017 Hadir Dengan Naiktaraf dan Warna Baharu
Motosikal middleweight Honda CBR650F dan CB650F 2017 kini ditawarkan dalam spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu. Honda CBR650F dan CB650F ini lebih berkuasa iaitu 67kW @ 11,000rpm berbanding model 2016. Peningkatan itu adalah susulan penggunaan peredam bunyi lebih pendek yang menambah baik kemasukan dan pengurusan aliran ekzos.
Jul 26
Lexus LC 500 Kini Di Pasaran – 10 Unit Sahaja, RM940K
Lexus Malaysia telah melancarkan model baharu LC 500 dengan jumlah sepuluh unit terhad pada harga RM 940,000 (tidak termasuk insurans). Model coupe mewah itu adalah cerminan kepada dedikasi Lexus dalam menghasilkan kereta yang mengujakan dengan rekaan yang beremosi dan nadi kuasa berprestasi.
Jul 22
Rebat Sehingga RM10K Untuk 3 Model Mitsubishi Terpilih
Bermula 21 Julai hingga 31 Ogos 2017, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan rebat khas untuk tiga model iaitu Outlander, Triton dan ASX. Tawaran itu sempena bulan kemerdekaaan negara.
Jul 22
VW Passat PLUS – Varian Baharu Passat Dengan Pakej Menarik
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini varian segmen D melalui dua varian baharu iaitu Trendline PLUS dan Comfortline PLUS.
Jul 21
Honda Malaysia Lancar City Sport Hybrid i-DCD – RM89,000!
Dalam satu pengumuman yang mengejutkan Honda Malaysia telah menambah satu lagi varian hibrid di pasaran tempatan pada tahun ini iaitu Honda City Sport Hybrid i-DCD. Varian terbaru Honda City itu sudah ditempah dan pelancaran ini sekali lagi menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun menawarkan model hibrid selepas Honda Jazz Hybrid.