VW Passat PLUS – Varian Baharu Passat Dengan Pakej Menarik

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini varian segmen D melalui dua varian baharu iaitu Trendline PLUS dan Comfortline PLUS

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini varian segmen D melalui dua varian baharu iaitu Trendline PLUS dan Comfortline PLUS.

Passat sedia ada mempunyai kelengkapan standard seperti Fungsi start/stop, regenerative braking, lampu kabus dengan fungsi nyalaan sewaktu pembelokan, parkir brek elektronik dengan fungsi auto hold, penyaman udara 3 zon, enam beg udara dan sistem amaran pemandu.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini varian segmen D melalui dua varian baharu iaitu Trendline PLUS dan Comfortline PLUS

Varian PLUS tampil dengan beberapa perubahan luaran dan dalaman seperti di bawah:

VW Passat Trendline PLUS:

  • Kerusi balutan kulit
  • Roda aloi Istanbul 17 inci baharu
  • Filem penebat haba
  • Naik taraf ini bernilai RM8,000
  • Harga: RM144,990

VW Passat Comfortline PLUS:

  • Roda aloi Monterey 18 inci baharu
  • Filem penebat haba
  • Naik taraf ini bernilai RM12,000
  • Harga: RM169,980

VW Passat dikuasakan oleh enjin 1.8L Turbo TSI dengan transmisi tujuh kelajuan DSG. Output kuasa enjin itu ialah 180 PS dan tork 250Nm di antara 1,250 rpm hingga 5,000 rpm. VW Passat didatangkan bersama lima tahun waranti dengan had perjalanan 75,000 km (yang mana dahulu).

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.