Lexus LC 500 Kini Di Pasaran – 10 Unit Sahaja, RM940K

Lexus Malaysia telah melancarkan model baharu LC 500 dengan jumlah sepuluh unit terhad pada harga RM 940,000 (tidak termasuk insurans). 

Model coupe mewah itu adalah cerminan kepada dedikasi Lexus dalam menghasilkan kereta yang mengujakan dengan rekaan yang beremosi dan nadi kuasa berprestasi.

Di Jepun, LC 500 mendapat sambutan mengalakkan apabila jumlah sasaran jualan tahunan sebanyak 600 buah sudah pun melebihi tiga kali ganda. Walaupun begitu, Lexus Malaysia tetapi diberi peruntukan untuk menawarkan coupe hebat itu di sini.

LC 500 dibina berasaskan model konsep LF-LC yang pertama kali dipamerkan pada tahun 2012 dan proses pembangunannya diselia rapat oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda di mana beliau sendiri turut mencuba versi prototaip kereta ini.

LC500 dikuasakan oleh enjin 5.0 liter V8 Petrol dengan output kuasa 470 PS dan tork 540 Nm. Ia dipadankan bersama transmisi Direct Shift 10 kelajuan dengan nisbah rapat (close ratio) yang pertama seumpamanya untuk sebuah kereta penumpang premium.

Lexus menggunakan platform baharu untuk model ini dikenali sebagai GA-L (Global Architecture-Luxury) yang turut menjadi asas kepada model LS generasi baharu. Ia turut terbuka untuk digunakan bagi model-model Lexus yang menggunakan enjin di hadapan dengan pacuan belakang generasi akan datang.

Kepada mereka yang berminat, Lexus LC500 ditawarkan dalam 11 pilihan warna dengan tiga tema warna pilihan untuk interior. Coupe mewah ini didatangkan bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan atau 100,000 km, yang mana dahulu. Servis berjadual turut diberikan percuma kepada pemilik.

Lexus mempunyai tujuh pusat servis di serata negara iaitu Mutiara Damansara, Sungai Besi, Ipoh, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kuching. Kesemua pusat servis ini memiliki peralatan diagnosis untuk kegunaan LC dan juga juruteknik yang dilatih khusus untuk mengendalikannya.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.