Honda RS150R 2017 Tampil Dengan 3 Warna Baharu

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS150R 2017 dengan warna dan jalur baharu. Tiga warna baharu tersebut ialah Edisi Trico, Merah ‘Candy (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), selain warna ekskulsif sedia ada, Edisi Repsol.

Motosikal yang dilancarkan setahun lalu ternyata mendapat sambutan hangat dengan purata jualan lebih dari 2,000 unit RS150R setiap bulan.

Gayaan badan agresif, bentuk muka dan lampu tajam, rangka badan berlapis dilihat berjaya menambat hati pasaran termpatan.

Enjin versi 2017 kekal sama iaitu DOHC 150cc satu silinder, penyejukan cecair yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan. Output kuasa ialah 15.4 hp pada 9,000 rpm dengan tork 13.5Nm pada 6,500 rpm.

Berat badan RS150R adalah 123kg. Ia mempunyai tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang.

Harga yang disyorkan bermula dari RM 8,478.94 (Merah ‘Candy’ dan Biru Mutiara) ke RM 8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol), termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Spesifikasi Teknikal Honda RS150R Baharu

Model RS150R
Engine Type / Jenis Enjin 149.16cc Liquid-Cooled 4-stroke, DOHC / 149.16cc Penyejuk Cecair, 4 Kitaran, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 57.3mm x 57.8mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 11.3:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 11.5kW @ 9,000 rpm
Max.Torque / Tork Maksimum 13.5Nm @ 6,500 rpm
Clutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate / Multi Plat Basah
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual  / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2,025 x 725 x 1,105
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,276
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 123kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(?) 4.5Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: Telescopic / Teleskopik
Rear: Monoshock / Monosok
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 90/80-17M/C (46P)
Rear:  120/70-17M/C (58P)
Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.