Jul 21

Honda Malaysia Lancar City Sport Hybrid i-DCD – RM89,000!

Dalam satu pengumuman yang mengejutkan Honda Malaysia telah menambah satu lagi varian hibrid di pasaran tempatan pada tahun ini iaitu Honda City Sport Hybrid i-DCD.

Varian terbaru Honda City itu sudah ditempah dan pelancaran ini sekali lagi menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun menawarkan model hibrid selepas Honda Jazz Hybrid.

Honda City ternyata digemari rakyat Malaysia apabila model rupa baharu dilancarkan pada Mac lalu telah mencatat jualan sebanyak 12,000 unit! Secara keseluruhannya jualan Honda City (generasi keempat) sudah melebihi 115,800 unit sejak dilancarkan pada Mac 2014.

Di bawah ialah ciri-ciri Honda City Sport Hybrid i-DCD:

Nadi kuasa

  • Enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Integrated High Power Motor
  • Gabungan enjin dan motor menghasilkan kuasa 137 PS dan tork 170 Nm – setara kuasa enjin 1.8L
  • Menggunakan bateri Lithium ion (Li-ion) yang lebih tahan dan berkapasiti tinggi
  • Transmisi tujuh kelajuan berkembar (DCT) dengan tukaran elektronik (shift by wire)
  • Penggunaan minyak 3.9L/100 km – keputusan ujian UN R101

Dalaman

  • Dilengkapi paddle shift
  • Meter 3D dengan pelbagai maklumat seperti Energy Flow, Sport Meter, Fuel Economy, Drive Info dan indikator ECO
  • Skrin multimedia dengan skrin 6.8 inci
  • Panel penyaman udara digital
  • Lampu DRL, lampu belakang LED
  • Roda aloi 16 inci dua tona 16
  • Saiz but yang besar iaitu 536L walaupun dibawahnya terdapat bateri Intelligent Power Unit (IPU)

Keselamatan

  • Empat beg udara, ABS, VSA, ESS
  • Kamera undur

Warna

  • Tiga pilihan warna iaitu Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl

Waranti dan harga

  • Lima tahun tanpa had perjalanan dan selang servis setiap 10,000 km
  • Lapan tahun untuk bateri hibrid
  • RM89,200 tidak termasuk insurans

Sasaran jualan Honda City Hybrid ialah sebanyak 250 unit sebulan dan untuk mereka yang berminat, model ini hanya boleh dilihat dan dipandu uji di pengedar terpilih seluruh negara bermula pertengahan Ogos. Honda Jazz Hybrid pula mula dipamerkan dan sedia untuk dipandu uji bermula 20 Julai 2017.

Silakan kongsi:

Kata Anda//