Category: Muhammad

VPCM Lancar Akademi Automotif Volkswagen Pertama

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi. Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.

Continue reading

Perolehan Geely Auto Meningkat 118% Untuk 6 Bulan Pertama 2017

Geely Auto

Geely Auto (HK 0175) telah mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama yang menunjukkan pertumbuhan hasil kukuh. Pendapatan Geely Auto untuk separuh tahun pertama 2017 mencapai RMB 39.424 bilion (RM 25.3 bilion), naik 118% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Continue reading

Demak Meterai Kerjasama Dengan Motul – Pilihan Minyak Pelincir Motosikal Demak di Sri Lanka

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Demak Sales and Services Sri Lanka pada 14 Ogos telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di  Sri Lanka.

Continue reading

VW Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 Kini Di pasaran

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada acara Volkswagen Fest 2017 yang julung kali diadakan memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60. 

Continue reading

Honda CB500XA 2017 Tampil Dengan Peredam Bunyi dan Warna Baharu

Model CB500XA 2017 dilengkapi dengan selongsong peredam bunyi baharu dan ditawarkan dalam tiga warna baharu iaitu Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red and Pearl Horizon White (baharu untuk CB500XA)

Peledak Beg Udara Honda: 59.5% Bahagian Penumpang Sisi Selesai, Stok Kini 100 % Tersedia

Honda Malaysia adalah pengeluar yang aktif dalam proses penggantian peledak beg udara Takata sejak tahun 2014 lagi. Sehingga Ogos 2017, kadar penukaran peledak bahagian pemandu telah mencecah 81.2 peratus manakala penumpang sisi pula sebanyak 59.5 peratus.

Mitsubishi Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX Terlibat Dalam Panggilan Semula

Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi memaklumkan bahawa tiga model iaitu Pajero Exceed, Pajero Sport dan ASX terlibat dalam program panggilan semula untuk gantian peralatan secara percuma.

Continue reading

Perodua Axia Kini Sudah Lebih Dari 250K Unit Di atas Jalan!

Puan Isma Nurul Farhana binti Ishak, (31), tidak menyangka bahawa tempahan Perodua Axia dua minggu lalu adalah yang ke 250,000 unit yang dijual di Malaysia. Dalam upacara ringkas pada 5 Ogos 2017 lalu, Puan Isma bersama suaminya, Encik Ismail Din (42), dan anak mereka, Isma Abdul Hadi Ismail (4 tahun) telah menerima replika kunci, sejambak …

Continue reading