Category: Berita

Honda City terima sambutan luar jangka – 2 ribu tempahan dalam masa 10 hari!

Honda City facelift 2017

Honda City rupa baharu (facelift) yang baru saja dilancarkan pada 2 Mac lepas telah menerima sambutan di luar jangkaan Honda Malaysia apabila kereta itu telah ditempah sebanyak 2,000 unit dalam masa sepuluh hari sahaja.

GO AUTO LANCAR MINYAK PELINCIR SINTETIK – KHUSUS UNTUK KENDERAAN HAVAL

Go Auto, pengedar eksklusif kenderaan Haval di Malaysia memperkenalkan minyak pelincir Go Auto Fully Synthetic SAE 5W-40 SN yang dirumus khas dengan teknologi hijau dan boleh mencapai perbatuan sejauh 15,000km.

Honda Civic Hatchback 1.5 VTEC Turbo dijual secara rasmi di Thailand

Honda Civic Hatchback Thailand

Dari segi luaran, Honda Civic Hatchback mempunyai identiti tersendiri berbanding Honda Civic Sedan. Paling jelas ialah bampar depan dan belakang dengan gayaan yang lebih sporti manakala beberapa identiti utama seperti lampu utama, cermin sisi dan garis badan yang merupakan identiti Civic dikekalkan.

Lexus Malaysia perbaharui NX dan perkenal NX Special Edition – RM 318K hingga RM 409K

Lexus NX200t

Setelah dua tahun berada dalam pasaran, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan beberapa naik taraf peralatan dan varian baharu NX Special edition yang menjadikan enam varian NX secara keseluruhannya.

Harga Volkswagen Polo 1.6 kini turun RM7K untuk tempoh terhad

Volkswagen Polo Malaysia

Volkswagen Polo 1.6 Hatchback kini boleh didapati pada harga RM 69,888 untuk tempoh masa terhad. Harga baharu tersebut berkurangan sebanyak RM 7,000 dari sebelum ini iaitu RM 76,888.00.

PEUGEOT 3008 menang Anugerah Kereta Tahunan (COTY) 2017 di Geneva!

Peugeot 3008

PEUGEOT 3008 memenangi COTY 2017 dengan 319 poin mengalahkan dua lagi finalis yang hebat iaitu Alfa Romeo Giulia dengan 296 mata dan Mercedes E-Class dengan 197 mata.

Usahawanita menang Mercedes-Benz C200 sempena Peraduan FUSO Diamond!

Peraduan FUSO Diamond 2017

Tahun ini merupakan tahun ke-4 Peraduan FUSO Diamond dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV), pengedar sah trak FUSO di Malaysia. Peraduan ini membabitkan cabutan mini yang diadakan pada bulan Julai 2016, yang menerima 885 penyertaan, dan berakhir dengan Cabutan Pusingan Akhir, yang menerima 1,478 penyertaan lagi.

Selepas dipilih secara rambang daripada penyertaan yang terdiri daripada pelanggan FUSO di seluruh negara, Puan Noraini Binti Abdul Haris telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama FUSO Diamond 2016.

VPCM umum penerima angpow bernilai RM66,888 – Pemenang mahu tunai Umrah bersama keluarga

Lucky winner En. Sohaimi and Roland Ooi, Marketing & Sales Director of VPCM

Rezeki menyebelahi En. Syed Mohammed Sohaimi, 53, dari Kuantan apabila beliau diumumkan sebagai pemenang angpow paling besar iaitu berjumlah RM66,888. Beliau memenangi angpow tersebut sempena peraduan ‘the Biggest Angpow of the year’ yang dianjurkan Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) bermula 1 Januari hingga 15 Februari lepas sempena Tahun Baru Cina. Beliau layak menyertai peraduan tersebut …

Continue reading