Category: Berita

Volkswagen anjur Projek Polo P bagi mendidik pemegang lesen baharu

Projek Polo P VW 2017

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan projek Polo P khusus untuk mendidik pemegang lesen baharu dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan supaya selamat di atas jalan raya. Projek Polo P akan dianjurkan di institut pengajian tinggi terpilih pada hujung minggu.

Volvo S90 dan V90 kini di pasaran – Sedan dan Wagon premium berharga RM389K dan RM394K

Volvo V90 T5

Selepas kejayaan Volvo XC90 T8 Twin Engine, Volvo Car Malaysia melancarkan model baharu S90 sedan dan V90 wagon. Kedua-dua kereta premium itu dibina menggunakan pelantar Scalable Product Architecture (SPA) dan mewakili fasa kedua program transformasi Volvo.

Kia Grand Carnival kini di pasaran – RM154K, RM166K dan RM186K

Kia Grand Carnival

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia telah melancarkan MPV yang dinanti-nantikan iaitu Grand Carnival serba baharu. Kia Grand Carnival tampil dengan tiga varian yang menawarkan harga menarik sesuai untuk pelbagai kategori pengguna.

Honda Wave Dash Fi Baharu kini di pasaran – Tiga varian termasuk edisi Repsol

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave Dash Fi Baharu. Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy.

Jualan Honda City cecah 250 ribu unit – Honda Malaysia rai pemilik

Honda Malaysia telah mencatat kejayaan mengagumkan pada bulan ini apabila jualan Honda City telah mencecah 250,000 unit sejak generasi kedua kereta penumpang segmen B itu dilancarkan 16 tahun lepas. Pencapaian itu adalah bukti sambutan baik pasaran dan terakui apabila Honda City rupa baharu (facelift) telah ditempah sebanyak 2,000 unit dalam masa 10 hari selepas dilancarkan …

Continue reading

Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S kini di pasaran – Harga bermula dari RM530K dan RM700K

Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Malaysia telah melancarkan dua model baharu iaitu 718 Cayman dan 718 Cayman S.

Porsche Centre Penang kini dibuka – Pusat 3S bernilai RM15 Juta untuk pasaran Utara

Porsche Centre Penang

Sime Darby Auto Performance (SDAP) kini secara rasminya membuka Porsche Centre Penang. Pusat Jualan, Servis dan Alat ganti itu terletak di Seberang Perai dan dibangunkan dengan kos RM 15 juta.

Lexus IS rupa baharu (facelift) kini dipasaran – Harga bermula dari RM 306K

Lexus IS 200t F SPORT 2017

IS adalah model utama buat Lexus iaitu pengeluar kenderaan premium dari Jepun. Suatu yang istimewa, IS dipacukan oleh roda belakang (FR) yang  kini hanya digunakan oleh beberapa pengeluar kereta dunia sahaja. IS pertama kali dibina pada lewat 90 an untuk menyaingi BMW 3 Series. Bapa pembangunan IS ialah Nobuaki Katayama yang merupakan seorang jurutera Toyota dan juga …

Continue reading