Tag: Honda

Honda Wave Dash Fi Baharu kini di pasaran – Tiga varian termasuk edisi Repsol

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave Dash Fi Baharu. Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy.

Jualan Honda City cecah 250 ribu unit – Honda Malaysia rai pemilik

Honda Malaysia telah mencatat kejayaan mengagumkan pada bulan ini apabila jualan Honda City telah mencecah 250,000 unit sejak generasi kedua kereta penumpang segmen B itu dilancarkan 16 tahun lepas. Pencapaian itu adalah bukti sambutan baik pasaran dan terakui apabila Honda City rupa baharu (facelift) telah ditempah sebanyak 2,000 unit dalam masa 10 hari selepas dilancarkan …

Continue reading

Honda City terima sambutan luar jangka – 2 ribu tempahan dalam masa 10 hari!

Honda City facelift 2017

Honda City rupa baharu (facelift) yang baru saja dilancarkan pada 2 Mac lepas telah menerima sambutan di luar jangkaan Honda Malaysia apabila kereta itu telah ditempah sebanyak 2,000 unit dalam masa sepuluh hari sahaja.

Pandu Uji Honda Civic 1.5L VTEC Turbo – Kereta keluarga rekabentuk futurustik dan berprestasi!

Honda Civic 1.5 VTEC Turbo

Honda Civic adalah model yang sangat penting untuk Honda. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1972 dalam bentuk badan hatchback dua pintu. Jika ada anugerah model kereta paling ‘berdrama’ sekali dalam dunia, Honda Civic boleh disenarai pendek untuk anugerah tersebut. Civic dipasarkan mengikut apa yang Honda fikir rasa sesuai atau menerajui kehendak peminatnya.

Honda Civic Hatchback 1.5 VTEC Turbo dijual secara rasmi di Thailand

Honda Civic Hatchback Thailand

Dari segi luaran, Honda Civic Hatchback mempunyai identiti tersendiri berbanding Honda Civic Sedan. Paling jelas ialah bampar depan dan belakang dengan gayaan yang lebih sporti manakala beberapa identiti utama seperti lampu utama, cermin sisi dan garis badan yang merupakan identiti Civic dikekalkan.

Honda City facelift – Perbezaan di antara tiga varian S, E dan V

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift (rupa baharu) yang dilengkapi ciri-ciri seperti kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B. Walaupun dengan penambahan kelengkapan tetapi harganya kekal dan turun untuk varian S. Harga Honda City facelift varian E dan V sama seperti model sebelumnya iaitu RM84,600 dan RM92,000 manakala harga Honda City varian …

Continue reading

Honda City facelift kini dilancarkan – Harga bermula dari RM78.3K hingga RM92K

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift (rupa baharu) yang dilengkapi pelbagai ciri ‘premium’ yang ada pada kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B.

Honda tambah pusat penukaran inflator beg udara Takata – Kini di stesen minyak PETRONAS terpilih

Inflator Beg Udara Takata

Untuk memudahkan lagi pelanggan yang terlibat dengan penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia kini bekerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di mana beberapa stesen minyak PETRONAS terpilih telah pun memulakan operasi penggantian sejak 9 Februari 2017. Lokasi stesen minyak PETRONAS tersebut ialah di Ampang, Selangor, Skudai, Johor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah. …

Continue reading