Tag: Honda

Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

Continue reading

Honda CB500XA 2017 Tampil Dengan Peredam Bunyi dan Warna Baharu

Model CB500XA 2017 dilengkapi dengan selongsong peredam bunyi baharu dan ditawarkan dalam tiga warna baharu iaitu Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red and Pearl Horizon White (baharu untuk CB500XA)

Peledak Beg Udara Honda: 59.5% Bahagian Penumpang Sisi Selesai, Stok Kini 100 % Tersedia

Honda Malaysia adalah pengeluar yang aktif dalam proses penggantian peledak beg udara Takata sejak tahun 2014 lagi. Sehingga Ogos 2017, kadar penukaran peledak bahagian pemandu telah mencecah 81.2 peratus manakala penumpang sisi pula sebanyak 59.5 peratus.

Honda RS150R 2017 Tampil Dengan 3 Warna Baharu

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS150R 2017 dengan warna dan jalur baharu. Tiga warna baharu tersebut ialah Edisi Trico, Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), selain warna ekskulsif sedia ada, Edisi Repsol.

Continue reading

Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Terima Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma

Honda Malaysia telah menyerahkan Jazz Sport Hybrid i-DCD kepada pembeli pertama, Puan Aneesa Binti Abdul Rashid yang bertempat di Honda Global Amity di Bangi.

Continue reading

Honda CBR650F dan CB650F 2017 Hadir Dengan Naiktaraf dan Warna Baharu

Motosikal middleweight Honda CBR650F dan CB650F 2017 kini ditawarkan dalam spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu. Honda CBR650F dan CB650F ini lebih berkuasa iaitu 67kW @ 11,000rpm berbanding model 2016. Peningkatan itu adalah susulan penggunaan peredam bunyi lebih pendek yang menambah baik kemasukan dan pengurusan aliran ekzos.

Continue reading

Satu HATI. Honda Team Asia Sertai Perlumbaan Suzuka 8 Hours – Dibarisi Ahli Pasukan Warga Tempatan

Satu HATI Honda Team Asia (Kiri ke kanan) - Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada.

Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 bakal dilangsungkan dari 28 hingga 30 Julai depan. Perlumbaan itu dilihat dapat mengangkat nama Boon Siew Honda (BSH) di persada antarabangsa memandangkan beberapa ahli pasukan seperti pengurus, pelumba dan staf teknikal adalah warga tempatan.

Continue reading

Honda Malaysia Lancar City Sport Hybrid i-DCD – RM89,000!

Dalam satu pengumuman yang mengejutkan Honda Malaysia telah menambah satu lagi varian hibrid di pasaran tempatan pada tahun ini iaitu Honda City Sport Hybrid i-DCD. Varian terbaru Honda City itu sudah ditempah dan pelancaran ini sekali lagi menjadikan Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun menawarkan model hibrid selepas Honda Jazz Hybrid.

Continue reading