SHELL ADVANCE LANCAR MINYAK ENJIN PEK EDISI TERHAD

shell-advance-2016-01

Shell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan pembeli memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.

Menurut Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pelancaran pek edisi terhad Shell Advance, dengan empat reka bentuk baru untuk menguja penunggang motosikal, bertujuan untuk memperlihatkan kepimpinan teknologi Shell dan pembabitannya dalam perlumbaan motosikal dunia.

“Pelancaran siri edisi terhad Shell Advance ini sesungguhnya mengingatkan pengguna kepada inovasi berterusan Shell sebagai pemimpin pasaran memandangkan pada tahun ini kami merayakan ulang tahun ke-125 kami memacu kemajuan negara.  Secara khusus, reka bentuk minyak enjin motosikal utama kami, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, memberi penghargaan kepada pakatan kami selama 18 tahun dengan Ducati di litar lumba. Pemilik motosikal, tanpa mengira jenis dan model, boleh merasai keseronokan setiap tungggangan kerana setiap botol Shell Advance membawakan teknologi pelincir yang paling canggih di dunia,” katanya.

shell-advance-2016-02

Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran hari ini dengan minyak asas ultra bersih yang diperbuat daripada gas asli.

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses gas-kepada-cecair (GTL) serba baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal. Minyak asas GTL digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik untuk memberikan tahap pembersihkan lebih tinggi dan perlindungan daripada kehausan dan kakisan dengan lebih hebat.

Shell Malaysia sekali lagi akan menjadi penaja nama Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan datang.  Tajaan tahun kedua kerturut-turut ini akan mengukuhkan lagi penglibatan syarikat yang sekian lama berada di barisan depan perlumbaan motosikal dunia.

Tajaan nama Grand Prix Motosikal Malaysia adalah sangat penting, kerana ia menyediakan pentas global untuk Shell memperlihatkan produknya yang inovatif termasuk Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang paling sesuai untuk menarik penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

Silakan kongsi:

Galeri Gambar Honda Accord 2016 Facelift

honda-accord-facelift-2016-01

Baru-baru ini Honda Malaysia telah melancarkan Honda Accord 2016 Facelift. Accord yang meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun ini telah terjual lebih dari 75,000 unit di pasaran tempatan dan ia kekal menjadi sedan eksekutif kegemaran sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

Menariknya kesemua varian Accord 2016 Facelift didatangkan dengan enam beg udara. Malah harga varian 2.4 VTi-L turun RM5 ribu kepada RM172,800 susulan pengurangan sistem navigasi. Berikut ialah 22 gambar Honda Accord 2016 Facelift.

Silakan kongsi:

Volvo S60 T6 Kini Diberi Status EEV – RM42 Ribu Lebih Rendah!

Volvo S60 T6 GT.2016.07

Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa Volvo S60 T6 diberi status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan. S60 T6 kini termasuk di dalam barisan EEV Volvo lain seperti XC60 dan V40 T5 Drive-E dengan harga yang lebih rendah.

Status EEV itu adalah refleksi kepada keupayaan nadi kuasa baharu Drive-E Volvo yang menjanjikan peningkatan kuasa tanpa mengorbankan penggunaan bahan api dan kenaikan emisi berbahaya.

S60 T6 mempunyai prestasi mengagumkan di dalam kelasnya dengan keupayaan memecut 0-100km/j dalam 5.9 saat. Kuasa itu dibekalkan oleh gabungan supercaj dan pengecas turbo yang dizahirkan secara bersahaja dengan kuasa tork tinggi pada serakan yang lebih luas.

Enjin T6 pada S60 berkuasa 306hp pada 5,600 rpm dengan tork maksimum 400 Nm di antara 2,100 hingga 4,800 rpm. Kuasa itu dibahagikan oleh transmisi 8 kelajuan automatik dengan 2 overdrive yang mampu menjimatkan bahan api dalam kelajuan konsisten.

S60 T6 juga mempunyai keupayaan dinamik yang ditambah baik berbanding model dahulu di mana kini ia lebih responsif tanpa mengabaikan keselesaan pemanduan.

Harga dengan CBP tanpa insurans Volvo S60 T6 ialah RM238,888, penurunan sebanyak RM42 ribu berbanding RM280,888 sebelum mendapat status EEV.

Klik pautan ini untuk mengetahui laporan pandu uji Volvo S60 T6.

Silakan kongsi:

DRB-HICOM DAN PROTON MENGHADIAHKAN KERETA KEPADA JUARA SUKAN OLIMPIK MALAYSIA DI RIO 2016

Proton Hadiahkan Kereta Kepada Pemenang Olimpik Rio

Sebagai tanda penghargaan di atas pencapaian yang dicatatkan oleh kontinjen Olimpik Malaysia baru-baru ini di acara sukan Olimpik Rio, DRB-HICOM dan PROTON Holdings Bhd menghadiahkan sebanyak lapan buah kereta kepada wira-wira negara yang telah berjaya memperoleh pingat untuk negara.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, diiringi Chef-de-Mission kontinjen Olimpik Malaysia, YBhg Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi PROTON, Dato’ Sri Syed Faisal Albar.

Sebuah Proton Perdana dihadiahkan kepada Datuk Lee Chong Wei bagi pencapaiannya di Sukan Olimpik yang juga menjadikannya atlet Olimpik Malaysia paling berjaya dalam sejarah dengan pungutan tiga pingat perak. Pencapaian pingat perak yang pertama telah diperolehi dari Sukan Olimpik Beijing 2008 diikuti dengan pingat perak kedua dari Sukan Olimpik London 2012 dan pingat perak ketiga dari Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini.

Bagi pemenang pingat perak yang lain, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong (10m platform seirama wanita), Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (Beregu Campuran Badminton), dan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (Beregu Lelaki Badminton) masing-masingnya dihadiahkan Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium.

Azizulhasni Awang, pelumba Malaysia pertama yang memenangi pingat di Sukan Olimpik tersebut, yang juga lebih dikenali sebagai Azizul the Pocket Rocket, menerima Proton Persona serba baharu yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas, untuk pencapaian gangsanya.

“Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan juga pada hari Malaysia yang akan diraikan tidak lama lagi, mereka yang telah berjuang bersungguh-sungguh pada Olimpik Rio 2016 baru-baru ini memberikan inspirasi kepada kita. Demi menghargai pengorbanan mereka ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan kereta-kereta nasional kepada atlet-atlet kita untuk meraikan kemenangan mereka pada pencapaian mereka di tahap yang tertinggi,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi PROTON.

Beliau menambah “Kami berharap agar dengan rekod pencapaian yang telah dicatatkan di Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini, akan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghasilkan pencapaian yang lebih membanggakan.”

DRB-HICOM dan PROTON mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara.

Silakan kongsi:

PROTON MEMPERBAHARUI PERJANJIAN KOLEKTIF BERSAMA PIHAK KESATUAN PEKERJA

Proton Holdings

PROTON Holdings Bhd telah memperbaharui perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) bersama ahli-ahli kesatuan di majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor.

Perjanjian itu ditandatangani dan diputuskan pada 19 Ogos 2016 antara YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan Presiden Kesatuan, En. Mohd Azmi Abu Bakar yang mewakili kakitangan kesatuan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan En. Ferdaus Mohni, Presiden Kesatuan yang mewakili pekerja kesatuan PROTON Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB). Majlis itu telah disaksikan oleh pengerusi PROTON, YBhg Dato’ Sri Syed Faisal Albar dan Mr. Fong Khei Por, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani itu adalah bagi menggantikan perjanjian sedia ada yang telah tamat pada Disember 2015. Penjanjian ini boleh diperbaharui sekali setiap 3 tahun. Dengan semangat “Pemikiran Satu Syarikat” dan “Pengurusan Kesatuan yang saling bermuafakat” perjanjian yang telah diperbaharui itu menandakan kerjasama yang baik dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

Perjanjian bersama yang dibuat ini menyediakan beberapa penambahbaikan untuk pekerja antaranya termasuk pelarasan perintah gaji minimum baharu, insurans pekerja bagi kemalangan diri, sepanjang hayat, insurans perubatan dan faedah kematian. Selain daripada melaksanakan segala usaha untuk pemulihan Syarikat bagi mencapai keuntungan, Dato’ Fuaad berkata,

“Melihat kepada kemampuan kami, PROTON sentiasa mengutamakan kebajikan dan faedah-faedah kepada para pekerja. Syarikat memahami bahawa untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam sesuatu perniagaan, syarikat itu sendiri perlu mendalami pekerjanya agar pekerjanya dapat berkhidmat dengan baik kepada para pelanggan”.

“Kejayaan kebiasaannya diukur melalui kerjasama antara pasukan, memanfaatkan kelebihan dan kepakaran masing-masing untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan lebih baik untuk Syarikat.” tambah Dato’ Fuaad.

Perjanjian yang diperbaharui antara pihak pengurusan dan kesatuan ini merupakan kali ke-10 bagi PONSB dan kali ke-4 buat PTMSB.

Silakan kongsi:

Honda Accord 2016 Facelift Kini Di Pasaran. Harga Dari RM145K – RM173K

Honda Accord 2016 Facelift

Honda Malaysia menetapkan satu penanda aras baharu bagi sedan eksekutif menerusi pelancaran Accord Baharu. Accord Generasi ke-9 yang telah direka semula itu menawarkan nilai pakej yang hebat. Pada masa yang sama, ciri-ciri premium dikekalkan pada semua variannya.

Accord yang meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun ini merupakan model utama (flagship model) Honda. Di Malaysia, lebih 75,000 unit Accord sudah berada di atas jalan raya dan ia kekal menjadi sedan eksekutif kegemaran sejak diperkenalkan pada tahun 2001, hasil daripada DNA kualiti, kehalusan buatan dan premium yang sedia ada.

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Katsuto Hayashi berkata, “Berdasarkan data kami, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dari Januari hingga Ogos tahun ini jatuh sebanyak 15% berbanding tempoh sama tahun lalu. Dengan jualan keseluruhan bermula Januari hingga Ogos 2016 mencecah 55,751 unit, kami berjaya mengekalkan posisi No.1 dalam segmen kenderaan Bukan-Nasional. Dalam tempoh yang sama, perkongsian pasaran kami adalah sebanyak 15%, sekali gus mengekalkan Honda No.2 dalam kedudukan keseluruhan TIV.”

Honda Accord 2016 Facelift

“Sepanjang tempoh yang mencabar ini, para pelanggan akan lebih berhati-hati dengan perbelanjaan mereka. Jadi, mereka mahukan sebuah kenderaan yang bukan sahaja bernilai, malah memiliki pakej keseluruhan terbaik dari segi jualan dan selepas jualan. Kami juga mendapati pengguna di Malaysia masih gemarkan sedan berbanding jenis kenderaan yang lain. Jadi, adalah penting buat kami untuk menawarkan satu siri model sedan yang lengkap kepada pelanggan. Accord Baharu jelas menawarkan satu tahap ekspektasi yang baru ke atas sebuah sedan eksekutif. Ia juga melengkapkan tawaran siri sedan kami yang terdiri daripada City, Civic dan Accord di Malaysia,” jelas Encik Hayashi lagi.

Accord Baharu ditawarkan dalam tiga varian; 2.0VTi (RM142.8K), 2.0VTi-L (RM153.8K) dan 2.4VTi-L (RM172.8K). Varian paling tinggi dikuasakan oleh enjin “Earth Dreams Technology” Honda yang revolusionari demi menawarkan pengalaman pemanduan lebih mengujakan dan menjimatkan bahan api. Accord Baharu telah direka semula untuk menawarkan penampilan luaran yang lebih sofistikated dan maskulin menerusi rekaan bampar hadapan baru. Di samping itu, lampu utama LED penuh gaya pada bahagian hadapan dan belakang serta rim dua tona berwarna hitam dan perak melengkapkan lagi penampilan dinamiknya. Bagi memenuhi keperluan gaya hidup ekskutif moden, Accord Baharu dilengkapi unit Paparan Audio Skrin Sentuh Bersaiz Tujuh inci bersama i-MID yang serasi dengan Apple CarPlay dan ia juga serasi dengan Android Auto apabila ia dilancarkan nanti. Ciri Telefon Bebas Tangan Dengan Pengecaman Suara dan MirrorLink pula pasti memudahkan lagi urusan berkomunikasi dan hiburan ketika memandu.

Honda Accord 2016 Facelift

Tahap premium yang ditawarkan oleh Accord kepada para pelanggannya dapat dilihat melalui ciri-ciri yang satu kelas lebih tinggi daripadanya. Terutama varian 2.0 VTi, ia kini hadir dengan ciri-ciri seperti Kemasukan Pintar, Butang Penghidup Enjin dan Kawalan Jelajah yang biasanya boleh didapati pada varian tinggi 2.0L. Pada masa sama, varian tinggi 2.0VTi-L yang merupakan varian paling laris dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan seperti Honda LaneWatch, Cermin Pandang Belakang Auto Malap, Penggilap Cermin Automatik, Tempat Duduk Berkuasa untuk Penumpang Hadapan, Beg Udara Sisi dan Beg Udara Jenis Curtain Sisi. Ciri-ciri varian 2.4VTi-L juga telah ditingkatkan lagi untuk memberi lebih nilai kepada para pelanggan.

Memandangkan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda, ketiga-tiga varian Accord kini dilengkapi enam beg udara, selain Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Multi-Angle Rearview Camera dan ISO Fix. Dengan sasaran jualan sebanyak 500 unit sebulan, sedan eksekutif yang anggun dan premium ini dijangka dapat membantu Honda Malaysia mencapai sasaran jualan 90,000 unit kenderaan pada tahun ini. Honda Malaysia yakin bahawa pengalaman pemanduan premium bersama pakej luar biasa yang ditawarkan oleh Accord Baharu mampu membuatkannya kekal popular dalam segmen D.

Accord Baharu yang dilengkapi pelbagai ciri lebih baik ini merupakan model pertama Honda yang ditawarkan dengan warna baharu iaitu Biru (Obsidian Blue Pearl). Warna-warna baru lain yang ditawarkan pada rangkaian Accord Baharu ialah Putih (White Orchid Pearl) dan Perak (Lunar Silver Metallic). Accord Baharu juga boleh didapati dalam warna Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam (Crystal Black Pearl).

Bagi memberi lebih nilai dan kemudahan kepada pelanggan, Accord Baharu hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama selang servis setiap 10,000km.

Silakan kongsi:

Trak Iron Knight Volvo dan Teknologi I-Shift Dwi-Klac Kini Trak Terpantas Dunia – Catat Kelajuan 276km/j

T2016_0320

Iron Knight milik Volvo Trucks kini adalah trak terpantas di dunia di dalam dua kategori. Ia telah menewaskan rekod kelajuan dalam kategori 500-meter dan 1000-meter dengan permulaan pegun. Trak pemecah rekod tersebut dibina khas dari semua aspek kecuali enjin dan transmisi I-Shift Dwi-Klac.

Trak Iron Knight Volvo Trucks yang dipandu oleh Boije Ovebrink kini merupakan pemegang rasmi rekod kelajuan dalam kategori jarak 500- dan 1000-meter. Sepanjang tempoh pembinaan, sekumpulan pakar dari Volvo Trucks menggunakan kaedah yang inovatif bagi menggabungkan teknologi dan rekabentuk trak tersebut.

“Ini menunjukkan bahawa transmisi I-Shift Dwi-Klac kami mempunyai potensi yang amat besar dan ia tidak akan menghampakan anda di dalam keadaan ekstrem. Kotak gear yang digunakan di dalam trak tersebut merupakan kotak gear yang turut digunakan di dalam trak siri FH Volvo dan ini adalah satu yang amat kami banggakan,” kata Claes Nilsson, Presiden dan Ketua Operasi Volvo Trucks.

Dengan kelajuan purata 169 km/jam dan catatan masa sebanyak 21.29 saat, Iron Knight telah menewaskan rekod kelajuan antarabangsa bagi kategori jarak 1000 meter dari permulaan pegun. Ia turut menewaskan rekod sama bagi kategori jarak 500 meter, dengan kelajuan purata 131.29 km/jam dengan catatan masa 13.71 saat. Larian tersebut dijalankan di sebuah litar ujian tertutup di utara Sweden. Pada masa penerbitan artikel ini, rekod yang dicatat sedang dikaji semula oleh persatuan sukan permotoran antarabangsa FIA.

T2016_0323

“Pakar-pakar dari beberapa jabatan Volvo Trucks telah bekerjasama dengan rapat untuk membangunkan trak dengan prestasi yang tiada tandingannya. Selain enjin dan transmisi dari Volvo Trucks yang merupakan nadi Iron Knight, kami telah membina trak tersebut dari awal menggunakan tangan. Kejayaan kami dalam mendapatkan bukan hanya satu tetapi dua rekod adalah pencapaian yang menakjubkan,” kata Olaf Johanssn, juruteknik di Volvo Trucks.

Pemandu trak Iron Knight ialah Boije Ovebrink, yang memiliki lebih dari 30 tahun pengalaman dalam perlumbaan kereta dan trak. Beliau sebelum ini telah menewaskan lima rekod kelajuan dan telah dinobatkan sebagai juara European Truck Racing pada tahun 1994.

“Iron Knight Volvo Trucks boleh dirumuskan dengan satu perkataan: kesempurnaan. Ia kelihatan menawan dan kuasa yang dimilikinya tiada tandingan bila anda memijak pedal pemecut. Ini merupakan trak pemecah rekod ketiga yang pernah saya pandu, dan ini trak susulan yang lebih baik daripada Wild Viking dan Mean Green,” kata Boije Ovebrink.

Bagaimana ujian rekod tersebut dijalankan

Ujian tersebut dijalankan di “Skellefteå Drive Center”, iaitu bekas lapangan terbang berdekatan Skellefteå di utara Sweden. Rekod kelajuan diawasi dan diluluskan oleh persatuan sukan permotoran antarabangsa FIA. Ujian trak tersebut melalui dua arah laluan. Berdasarkan kedua-dua larian, masa purata dan kelajuan dikira. Keputusan rekod yang dikeluarkan oleh FIA adalah kelajuan purata dari kedua-dua larian tersebut.

T2016_0324

Trak Pemecah Rekod Volvo Trucks:

  • 2007: ‘Wild Viking’ (1600 kuasa kuda) menewaskan rekod dunia untuk jarak 0-1000 m dengan permulaan pegun, dengan kelajuan purata 158.8 km/jam.
  • 2010: Rekod bagi jarak yang sama ditewaskan oleh ‘NH D16’ (1800 kuasa kuda) yang mencatat kelajuan purata 166.7 km/jam.
  • 2011: Trak hybrid ‘Mean Green’ (gabungan enjin diesel dengan 1800 kuasa kuda dan motor elektrik dengan 300 kuasa kuda), mencatat rekod baru bagi jarak 0-500 dan 0-1000 meter dengan permulaan pegun, masing-masing dengan kelajuan purata 115.3 km/jam dan 152.2 km/jam.
  • 2012: ‘Mean Green’ bertanding dalam kategori 1000 meter dari kelajuan perlahan dan mencatat rekod baru dengan kelajuan purata 236.6 km/jam.

Fakta Trak Iron Knight Volvo:

  1. Dengan 2400 kuasa kuda, tork sebanyak 6000 Nm dan berat sebanyak 4.5 tan, trak Iron Knight mempunyai nisbah kuasa-kepada-berat melebihi 0.5 hp/kg.
  2. Enjin kedudukan tengah yang digunakan merupakan unit D13 yang telah diubahsuai dengan ketara, dengan ‘intercooler’ yang disejukkan dengan air dan empat ‘turbocharger’.
  3. Transmisi I-Shift Dwi-Klac mengekalkan penghantaran tork ketika pertukaran gear. Selain klac yang diperkuatkan (cakera dan plat tekanan diperbuat dari bahan tersinter/Terkumpul atau tertimbunnya zarah-zarah logam dengan memanaskannya ke suhu yang menghampiri titik leburnya.), Iron Knight menggunakan kotak gear sama yang dipasangkan kepada trak siri Volvo FH.
  4. Perkakasan elektronik dikurangkan sebanyak mungkin untuk mengurangkan berat kenderaan.
  5. Perisian trak telah diprogram semula bagi membolehkan prestasi yang tinggi.
  6. Aerodinamik bahagian kabin telah dioptimumkan yang diperbuat dari gentian kaca. ‘Side-skirt’ yang digunakan mempunyai ruang pengambilan udara yang besar untuk membekalkan enjin dengan udara sejuk.
  7. Semasa ujian pecutan, Iron Knight mencapai kelajuan tinggi sebanyak 276 km/jam.
Silakan kongsi:

Proton Persona Standard, Executive dan Premium: Varian Mana Yang Patut Saya Pilih?

Proton Persona.2016.26

Proton Persona 2016 sudah pun dilancarkan pada 23 Ogos 2016. Sedar tidak sedar rupa-rupanya model generasi pertama sudah 9 tahun berada di pasaran apabila dilancarkan pada tahun 2007. Slogan iklan Our Pride and Joy masih jelas di dalam ingatan dengan iklan komersil televisyen yang ringkas dan malar segar.

Proton Persona 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti Persona 2007 apabila mengguna semula platform model tersedia, jika dahulu ubahsuai dari Gen.2, kali ini dari Iriz pula. Nampak seperti kerja mudah namun hakikatnya banyak perubahan yang dilakukan di mana Persona disesuaikan untuk kegunaan yang lebih versatil dan setara sebagai sebuah kereta keluarga.

Berdasarkan pengalaman pandu uji singkat di litar ujian Proton, Shah Alam baru-baru ini karakter pemanduan dan pengendalian Persona 2016 lebih bersahaja berbanding Iriz yang lebih sporti. Tindak balas nadi kuasa iaitu enjin dan transmisi CVT lancar ibarat kereta import terkenal manakala suasana kabin lebih senyap dan terkawal. Tidak hanya mengitar semula interior Iriz, pereka dalaman telah merias semula tona warna dan merombak binaan kerusi belakang supaya lebih sesuai dengan fungsi kereta penumpang. Walaupun saiz fizikal Persona 2016 lebih kecil berbanding model sebelumnya namun isi ruang but belakang lebih besar iaitu 510 liter atau peningkatan sebanyak 40 liter. Sama seperti kenderaan moden Proton yang lain, ciri-ciri keselamatan diberi perhatian besar dan hasilnya dapat dilihat melalui ujian pelanggaran Asean NCAP yang mencatat skor 5 bintang.

Proton Persona.2016-tile

Dari segi susunan varian pula, Persona ringkas ditawarkan melalui 3+1 varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium Bodykit. Untuk harga, Persona dijual dari RM46.3k hingga RM59.8k di mana saingan terdekat di dalam lingkungan harga yang sama ialah Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi 1.5 Advance iaitu dari RM49.9k hingga RM58.3k. Lebih menarik perhatian apabila harga Perodua Bezza 1.3 Advance ialah RM51k.

Kepada mereka yang tercari-cari perbezaan kelengkapan Persona 2016, berikut ialah perbandingan empat varian yang ditawarkan Proton.

1. Proton Persona 1.6 VVT Premium Bodykit – RM60,800

Proton Persona 1.6 CVT Premium Bodykit merupakan varian paling mahal model ini. Ianya dilengkapi kit badan dan berharga RM60,800 (di atas jalan). Varian dengan ciri-ciri yang paling lengkap seperti senarai di bawah:

Enjin

  1. 1.6L 4 Silinder DOHC 16V VVT
  2. Penggunaan minyak dengan ECO Drive Assist – 6.1 L/100km

Transmisi

  1.   Automatik CVT

Luaran

  1. Lampu kabus depan
  2. Lampu kabus belakang
  3. Nyalaan lanjutan (follow me home)
  4. Lampu utama nyalaan automatik
  5. Sensor depan
  6. Sensor belakang
  7. Kit badan
  8. Spoiler belakang
  9. Cermin boleh lipat elektrik

Interior

  1. Dua tona dengan kemasan krom titanium
  2. Kerusi balutan kulit
  3. Stereng dengan kawalan audio
  4. Radio Double DIN dengan skrin sentuh
  5. Pengecas USB belakang
  6. Kerusi belakang pisahan 60:40

Kelengkapan

  1. Lampu utama larasan elektrik
  2. Punat tekan bukaan but pada kunci
  3. Punat tekan henti-mula
  4. Sistem masuk tanpa kunci pasif
  5. Radio/CD/MP3
  6. USB/AUX Jack/Keupayaan WiFi
  7. 4 Pembesar suara
  8. Sambungan Bluetooth
  9. Eco Drive Assist
  10. Pemain DVD
  11. Sistem navigasi

Keselamatan

  1. ABD dengan EBD
  2. Brake Assist
  3. Electronic Stability Control
  4. Traction Control
  5. Hill-hold Assist
  6. Beg udara depan
  7. Beg udara sisi
  8. Beg udara tabir
  9. ISOFIX dan Top Tether
  10. Tali pinggang keledar Dual Pre-Tensioner
  11. Pelumpuh enjin (Immobilizer) dengan sistem penggera
  12. Kamera undur

Continue reading

Silakan kongsi: