PROTON MEMPERBAHARUI PERJANJIAN KOLEKTIF BERSAMA PIHAK KESATUAN PEKERJA

Proton Holdings

PROTON Holdings Bhd telah memperbaharui perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) bersama ahli-ahli kesatuan di majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor.

Perjanjian itu ditandatangani dan diputuskan pada 19 Ogos 2016 antara YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan Presiden Kesatuan, En. Mohd Azmi Abu Bakar yang mewakili kakitangan kesatuan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan En. Ferdaus Mohni, Presiden Kesatuan yang mewakili pekerja kesatuan PROTON Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB). Majlis itu telah disaksikan oleh pengerusi PROTON, YBhg Dato’ Sri Syed Faisal Albar dan Mr. Fong Khei Por, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani itu adalah bagi menggantikan perjanjian sedia ada yang telah tamat pada Disember 2015. Penjanjian ini boleh diperbaharui sekali setiap 3 tahun. Dengan semangat “Pemikiran Satu Syarikat” dan “Pengurusan Kesatuan yang saling bermuafakat” perjanjian yang telah diperbaharui itu menandakan kerjasama yang baik dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

Perjanjian bersama yang dibuat ini menyediakan beberapa penambahbaikan untuk pekerja antaranya termasuk pelarasan perintah gaji minimum baharu, insurans pekerja bagi kemalangan diri, sepanjang hayat, insurans perubatan dan faedah kematian. Selain daripada melaksanakan segala usaha untuk pemulihan Syarikat bagi mencapai keuntungan, Dato’ Fuaad berkata,

“Melihat kepada kemampuan kami, PROTON sentiasa mengutamakan kebajikan dan faedah-faedah kepada para pekerja. Syarikat memahami bahawa untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam sesuatu perniagaan, syarikat itu sendiri perlu mendalami pekerjanya agar pekerjanya dapat berkhidmat dengan baik kepada para pelanggan”.

“Kejayaan kebiasaannya diukur melalui kerjasama antara pasukan, memanfaatkan kelebihan dan kepakaran masing-masing untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dan lebih baik untuk Syarikat.” tambah Dato’ Fuaad.

Perjanjian yang diperbaharui antara pihak pengurusan dan kesatuan ini merupakan kali ke-10 bagi PONSB dan kali ke-4 buat PTMSB.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.