Range Rover Piet Boon, Edisi Terhad Dengan Tempahan Khas – RM1.29 Juta

limited-edition-piet-boon-designed-range-rover-2016-03

Bagi meraikan kerjasama yang berkekalan selama 10 tahun bersama Land Rover, pereka gaya hidup dari Belanda dan antara pereka terkenal dunia, Piet Boon baru-baru ini memperkenalkan Range Rover edisi terhad beliau dengan sentuhan peribadinya di Malaysia.

Kerjasama unik antara Land Rover dan Piet Boon bermula dari tahun 2006, di mana Studio Piet Boon telah dipilih berdasarkan falsafah reka bentuk yang mementingkan keseimbangan fungsi, ciri-ciri estetik dan sentuhan peribadi yang merupakan ciri-ciri sesuai dengan nilai jenama, prestasi, kemewahan dan kecemerlangan Land Rover.

Boon menubuhkan studio yang telah memenangi pelbagai anugerah di Amsterdam pada tahun 1983 itu berkata, “Kerjasama dengan Land Rover memang tidak ditelan zaman kerana ia telah berkekalan sehingga satu dekad pada tahun ini. Saya juga gembira melihat revolusi dalam rekaan dan ciri-ciri yang saya perkenalkan untuk Range Rover Sport.”

“Perkara penting yang menjamin kejayaan kerjasama dengan Land Rover adalah nilai yang sama, kepercayaan, persahabatan dan komitmen untuk melahirkan produk dengan kualiti yang terbaik,” tambah pereka yang berpengalaman selama 30 tahun ini.

“Dalam kerjasama khas dengan Piet Boon ini, kami bersetuju untuk Piet Boon memberi sentuhan peribadinya agar ia serasi dengan rekaan produk kami. Seperti yang anda lihat daripada rekaan kereta yang dimiliki oleh Selangor Properties Berhad dan AIRA Residence, satu gabungan harmoni telah dibentuk,” jelas Datuk Aishah Ahmad, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia Sdn Bhd.

Sejak kali pertama bekerjasama dengan kereta jenama British ini, Piet Boon telah mereka dan melancarkan lebih daripada 10 rekaan edisi terhad untuk model-model seperti Range Rover, Defender dan Range Rover Sport serta Evoque. Rekaan yang terkini adalah ‘Last Defender by Piet Boon’.

Selain kerjasama dengan Land Rover, Piet Boon turut bekerjasama dengan jenama lain seperti Miele dan Bang & Olufsen untuk mereka memberikan pengalaman komprehensif serta projek yang mempunyai tarikannya tersendiri. Piet Boon turut mempunyai persetujuan perlesenan dengan 11 rakan kongsi dan antaranya adalah Moooi, Formani, Bod’or dan Warendorf.

limited-edition-piet-boon-designed-range-rover-2016-02

“Dalam usaha untuk terus mencabar status quo dan memberi definisi baharu kepada istilah kemungkinan tanpa batasan, saya mempunyai kepercayaan bahawa kerjasama yang betul membolehkan sifat ingin tahu, yang merupakan elemen penting dalam memastikan proses pembelajaran dapat dipenuhi,” jelas Boon.

Pakar rekaan ini mempunyai portfolio yang luas dengan konsep dan rekaan peribadi untuk hotel, kediaman, ruang pejabat, restoran, bangunan apartmen dan kejiranan di hamper 40 buah negara di seluruh dunia.

Pencapaiannya di seluruh dunia semakin diperluaskan dengan Piet Boon kini membawa sentuhannya ke Malaysia dengan kolaborasi bersama Selangor Properties Berhad (SPB), sebuah syarikat pemaju terkemuka di Malaysia, untuk mereka kondominium mewah AIRA Residence.

Selangor Properties Berhad mempunyai matlamat untuk menyediakan gaya hidup mewah melalui AIRA Residence, dan ia berjaya dicapai dengan sentuhan Piet Boon dan dua pereka terkemuka di dunia, Franklin Po dari Tierra Design untuk seni bina landskap; dan Alen Nikolovski dari Aedas untuk rekaan seni bina.

Turut memberi penjelasan tentang karyanya untuk AIRA Residence, Boon menjelaskan, “Saya berjaya menggabungkan konsep gaya hidup Timur-Asia yang melibatkan penyelidikan mendalam tentang budaya, gaya hidup serta adat masyarakat Malaysia.”

“Seperti kerjasama dengan Land Rover, matlamat saya adalah untuk menyediakan rekaan dan penyelesaian yang mempunyai ciri-ciri fungsi dan estetik, malah saya gembira kerana berjaya melakukannya, pada masa yang sama mengekalkan identiti Selangor Properties Berhad,” tambah pereka tersebut.

Melalui inspirasi daripada Shelby Super Snake Mustang tahun 1967, rekaan eksklusif Range Rover 5.0 liter Supercharged oleh Pien Boon ini dipamerkan di galeri pemasaran AIRA Residence. Ia turut direka khas untuk Selangor Properties Berhad dan berharga RM1.29 juta.

Buat masa ini, satu-satunya cara untuk memiliki kereta edisi terhad ini adalah melalui tempahan khas. Pembeli diberikan peluang untuk melengkapi kereta ini dengan sentuhan peribadi, menjadikan setiap unit sungguh eksklusif daripada segi rekaan, ciri-ciri dan harga Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Sime Darby Auto Connection, pengedar sah kenderaan Jaguar Land Rover di Malaysia, di talian 03-27181780.

limited-edition-piet-boon-designed-range-rover-2016-01

Mengenai Piet Boon Studio

Studio Piet Boon di Amsterdam telah ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Piet Boon sendiri untuk mengubah serta memajukan standard industri yang diceburinya. Terkenal di seluruh dunia kerana kemahiran, kualiti dan visinya, studio ini memberikan konsep rekaan peribadi di seluruh dunia untuk hotel, kediaman peribadi, ruang pejabat, bangunan apartmen dan kawasan kejiranan. Studio ini turut menghasilkan koleksi perabot mewah dan bahan-bahan rekaan dalaman.

Silakan kongsi:

ETCM Perkenalkan DVR RM1.00 Dengan Pembelian Nissan Almera Dan Promosi RM1.00 Untuk Aerokit NISMO atau Navigasi Multimedia 6.5″

nissan-dvr-2016-02

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan Perakam Video Pemanduan (DVR) serba baharu yang ideal dan direka bagi menawarkan versatiliti serta mudah digunakan untuk merakam perjalanan anda. Perakam Video Pemanduan serba baharu ini boleh didapati pada semua model Nissan.

Menampilkan sudut pandangan 150° dan lensa 6 lapisan, kamera ini mampu merakam video HD 1296 piksel berkualiti tinggi. Malah sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehkan pemandu merakam video dengan jelas.

Mudah untuk dioperasi, DVR juga hadir bersama ketersambungan tanpa wayar dengan telefon pintar. Ia kemudian disambung dengan peranti IOS atau Android menerusi aplikasi (TCAT DVR) yang membolehkan pemandu untuk melakukan konfigurasi, penstriman, memuat turun dan berkongsi video mereka.

nissan-dvr-2016-01

DVR ini dipasang dengan kemas pada cermin pandang belakang untuk kemudahan pemandu. Peranti ini akan dihidupkan secara automatik dan mula merakam sebaik sahaja enjin dihidupkan.

Alat pengesan graviti binaan dalam DVR mengesan perubahan pergerakan graviti, impak dan akan mengaktifkan mode rakaman jika kenderaan terlibat dalam pelanggaran, menukar arah dengan tajam atau menekan brek kecemasan. Aspek ini penting bagi melindungi rakaman yang mengandungi maklumat penting daripada terpadam.

DVR didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Kami sedar bahawa semakin ramai pemilik kenderaan mula memasang perakam video sebagai satu aksesori untuk membantu mengenal pasti sebarang insiden sepanjang perjalanan mereka, serta punca kemalangan. Kami di ETCM percaya bahawa kami mampu memenuhi keperluan tersebut dengan memperkenalkan DVR serba baharu ini yang direka berdasarkan kepada syarat OEM. Ia juga dapat memenuhi ekspektasi pelanggan berpotensi dan sedia ada kami,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng.

Sempena kempen akhir tahun Nissan, ETCM menawarkan pelanggan tawaran hebat DVR serba baharu atas pembelian Nissan Almera dengan penambahan RM1 sahaja (tertakluk kepada terma), selain promosi RM1.00 untuk Aerokit NISMO atau Navigasi Multimedia 6.5″ yang sedang berlangsung sekarang.

Nissan Almera NISMO 2013.01

Untuk memeriahkan kempen pada Oktober ini, ETCM sekali lagi melancarkan Kempen “Millionaire Drive”. Sepanjang Oktober, pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan mereka berpeluang memenangi sebahagian daripada 2,000,000 AirAsia BIG Points. Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Ketiga masing-masing akan membawa pulang 300,000, 200,000 serta 150,000 BIG Points yang membolehkan mereka terbang ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara.

Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima 50,000 BIG Points yang boleh menerbangkan mereka ke pelbagai destinasi dalam negara atau dua keping tiket ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai.

AirAsia BIG Points sah selama tiga tahun. Penebusan mata untuk penerbangan AirAsia berdasarkan kepada jualan tiket AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points. Sekali gus membolehkan pelanggan menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.

Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 turut ditawarkan kepada model-model terpilih Nissan. Sebagai tambahan, “Promosi RM1” yang popular akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober.

pakej-promosi-nismo-2016

Silakan kongsi:

Ganjaran Miliki Proton Saga Lebih Dari 30 Tahun – Pesara Menang Proton Saga 2016

proton-saga-orion-1985-04

PROTON Holdings Berhad mengumumkan pemenang bagi Peraduan Proton Search 2016 . Mohd Isa bin Ibrahim Shah, 85, seorang bekas kakitangan kerajaan, yang sebelum ini bekerja di RISDA, memenangi Hadiah Utama iaitu sebuah Proton Saga baharu, berdasarkan kenangan yang menyentuh hati mengenai Proton Saga manual yang dimiliki beliau sejak 1985 memberikan kegembiraan dan sangat bermakna kepada keluarganya.

Proton Saga yang dimiliki Mohd Isa banyak berjasa bukan hanya kepada keluarganya, tetapi turut banyak membantunya dalam kerja-kerja amal bersama penduduk orang asli sehingga ke hari ini. 10 hadiah sagu hati yang lain telah dimenangi; Abdul Razak bin Ahmad, Azizah binti Junid, Ishrat Banu binti Hassan, Mohd Jamil Chew bin Abdullah, Mustapa bin Kassim dan Wong Sok Kim @ Wong Sok Kum (pemilik kereta tahun 1985); Govindarajoo a/l Periasamy, Mohd Tajuddin bin Idris, Samian bin Sawiyo dan Thangaras a/l Doraisamy (pemilik kereta tahun 1986).

Peraduan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung selama 13 minggu, dari 8 Mac hingga 8 Jun 2016, dan menerima sebanyak 866 penyertaan dari semua kaum di seluruh negara. Penyertaan merangkumi pemilik kereta Proton dari tahun 1985 hingga 2012, dari generasi pertama iaitu Saga sehinggalah Exora. Peraduan ini diadakan bertujuan untuk mencari pemilik tunggal kereta Proton paling lama di Malaysia, dengan keadaan kereta yang baik serta masih digunakan sehingga kini. Para peserta juga dikehendaki berkongsi kenangan manis mengenai kereta mereka dalam bentuk karangan atau video ringkas.

proton-saga-orion-1985-01

Peraduan dianjurkan bersempena pelancaran kempen “The New PROTON” (atau PROTON Baharu) pada Februari tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Pelanggan Diutamakan? dalam menyediakan perkhidmatan dan pengalaman yang lebih baik kepada pemilik Proton. Peraduan ini juga dilihat sebagai satu cara untuk Syarikat menunjukkan komitmennya bagi membina dan mengekalkan hubungan dengan pelanggannya serta memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia.

“Kami amat terharu dengan penyertaan yang sangat menggalakkan dari para pelanggan setia kami. Ianya juga sesuatu yang sangat menggembirakan kami apabila mendapati banyak lagi Proton Saga tahun 1985 yang masih dipandu di atas jalan raya. Ini jelas menunjukkan yang kereta Proton benar-benar kukuh dan telah banyak memainkan peranan dalam memperkayakan kehidupan seharian pemilik-pemilik ini dengan pelbagai kenangan dan detik-detik yang tidak boleh dilupakan bersama kereta-kereta mereka,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Beliau turut menambah, “Peraduan ini memberi peluang untuk pemilik tunggal kereta Proton yang paling lama untuk berkongsi kisah indah mereka. Saya percaya bahawa kisah-kisah seperti ini semestinya berkait rapat dalam kehidupan rakyat Malaysia yang lain. Ini sudah pastinya menguatkan objektif Syarikat untuk terus menghasilkan kereta mampu milik yang memberi nilai terbaik serta berkualiti kepada pelanggan.”

Para pemenang telah dipilih oleh panel juri profesional yang menilai penyertaan mereka berdasarkan kedua-dua bahagian teknikal dan juga cerita atau video ringkas yang dikirim. Para juri terdiri daripada Ketua-ketua di pelbagai jabatan di PROTON, dan diketuai En. Azhari Che Hassan, Pengurus Besar Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan Kenderaan PROTON serta juri-juri jemputan, Hezeri Samsuri dan Salihin Rahim dari rakan media permotoran dalam talian, Careta.my.

Pusingan pertama penghakiman melibatkan proses saringan berdasarkan borang penyertaan yang lengkap mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam borang penyertaan. Setiap penyertaan kemudiannya dibahagikan mengikut tahun kereta dikeluarkan dan jumlah tahun pemilikan kereta.

proton-saga-orion-1985-03

Selepas penapisan awal dilakukan, juri-juri juga kemudiannya menyemak cerita atau video ringkas yang menyentuh perasaan dan kemudiannya para peserta disenarai pendekkan. Setelah itu, para juri membuat kunjungan dari rumah ke rumah pemilik yang telah disenarai pendek untuk mengesahkan keadaan kereta mereka bagi memastikan kereta tersebut masih dalam keadaan baik. Untuk tujuan ketelusan dan kesahihan, proses pemilihan telah diaudit oleh Jabatan Audit Dalaman PROTON.

Para pemenang juga diberi peluang untuk melawat ke kilang dan melihat kemudahan yang ada di Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan PROTON yang terdiri daripada Studio Reka Bentuk serta makmal ujian dan akhirnya mereka cuba memandu uji serta menaiki kereta-kereta Proton di trek pandu uji PROTON.

Silakan kongsi:

ISUZU D-MAX BEAST MENANG ‘Best Dressed-up Pick-up Truck’ DI ANUGERAH PILIHAN PENGARANG CARSIFU

isuzu-d-max-beast-2016-01

Isuzu D-Max BEAST edisi terhad telah muncul juara dalam kategori ‘Best Dressed-up Pick-up Truck’ di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu yang pertama kali dianjurkan oleh Star Media Group.

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Hajime Machimura menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong dengan disaksikan oleh Pengerusi Star Media Group Datuk Fu Ah Kiow, ketua pegawai operasi Calvin Kan dan ketua pegawai hasil Lim Bee Leng pada majlis makan malam gala yang gilang gemilang kelmarin.

Menurut editor Carsifu Hong Boon How, kategori anugerah tersebut menunjukkan segmen yang semakin berkembang di mana trak pikap menjadi kian popular sebagai kenderaan gaya hidup.

“Model-model yang diberi kemasan istimewa oleh pengeluar ini begitu menarik kerana mereka mempunyai kelainan berbanding model standard tanpa menjejaskan waranti. Isuzu D-Max BEAST memenangi undian dengan bodykit yang sporty dan begitu menyerlah, warna-warna terang dan bahagian dalaman yang elegan yang dipasang pada platform 4X4 yang terbukti tahan lasak,” katanya.

Dilancarkan pada Mei tahun ini, Isuzu D-Max BEAST edisi terhad direka bentuk mengikut tema ‘street rugged’ dengan kemasan berani berwarna kelabu gelap atau hitam yang nyata kontras dengan warna dasarnya iaitu Magnum White Solid atau Titan Silver Metallic, yang membuatkan kenderaan ini tampak gagah dan macho.

Lengkungan tayar diberi kemasan hitam ‘matte’ yang menonjolkan rim aloi 17 inci berwarna hitam ‘matte’ dengan rekaan eksklusif, sementara pelekat eksklusif di badan trak menyerlahkan identiti sebenar BEAST. Ia juga dilengkapi dengan ‘Claw Bar’ dengan penutup yang boleh dikunci, aero spoiler yang bergaya dan bed liner.

isuzu-d-max-beast-2016-02

Di bahagian dalam, tempat duduk dibaluti kulit premium dari Itali dengan sulaman logo BEAST dan diberi kemasan dua tona warna yang menarik. Karpetnya juga mempunyai sulaman eksklusif manakala panel pemijak kaki besi tahan karat diterangi logo LED Isuzu bila pintu dibuka. Kemasan dalaman digantikan dengan warna kelabu gelap untuk membangkitkan rasa premium.

Untuk mengekalkan penampilannya yang agresif, sistem audio kenderaan ini telah dinaik taraf dengan pemain multimedia Kenwood dengan skrin sentuh bersaiz 6.2-inci, lengkap dengan kamera undur. Amplifier digital Bongiovi yang berkuasa menambahkan lagi kehebatan sistem audio ini kerana ia membolehkan anda mendengar setiap perincian lagu kegemaran anda menerusi sistem bunyi keliling dengan enam unit pembesar suara.

Silakan kongsi:

Mazda3 MazdaSports – Pakej Kit Badan Untuk Mazda3

mazda3-mazda-sports-edition-2016-02

Bermaz Motor telah melancarkan pakej kit badan yang bergaya untuk Mazda3 SkyActiv di bawah nama MazdaSports. Model ini dijangka menarik perhatian peminat Mazda dan menyerlahkan lagi penampilan Mazda3.

Pakej Mazda3 MS MazdaSports merangkumi Kit Badan MS Highlight, Spoiler belakang MS, Cermin Sisi Signatur MS berwarna Merah, Muncung Ekzos MS, roda aloi MS saiz 18″ dengan kemasan gentian kaca dan Interior Sporti MS. Pakej MS Sports buat masa ini hanya ditawarkan untuk model Mazda3 Hatchback.

Harga jualan Pakej Model MS MazdaSports ialah RM9,880.00 termasuk CBP dengan waranti Aksesori Tulen Mazda apabila dipasang dengan pembelian kereta baharu. Pakej itu memerlukan sela masa sebulan tambahan daripada tempoh menunggu Mazda3 Hatchback.

Jenama MazdaSports dibangunkan untuk pasaran tempatan oleh Divisyen MazdaSports Bermaz dan ianya bakal diperluaskan untuk model akan datang di bawah jenama MS.

Silakan kongsi:

Galeri Gambar Toyota Vios 2016

toyota-vios-2016-07

Toyota Vios Facelift 2016 baru sahaja dilancarkan dan kini ianya didatangkan dengan harga yang lebih murah susulan penerimaan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Toyota Vios 2016 didatang dalam enam varian dan lebih istimewa dibekalkan nadi kuasa baharu iaitu enjin 2NR-FE Dual VVT-i dengan padanan transmisi CVT yang turut digunakan pada Toyota Corolla Altis. Selain dari itu akhirnya, Toyota Vios dilengkapi dengan Vehicle Stability Control yang menjadikannya setara dengan pesaing di dalam segmen sama dan dibawah.

Berikut ialah 15 keping galeri gambar Toyota Vios Facelift 2016. Harga pada gambar yang terakhir.

Silakan kongsi:

SUV ISUZU MU-X SERTAI BORNEO SAFARI 2016 BUAT KALI PERTAMA

isuzu-mu-x-2016-04

SUV gaya hidup tujuh-tempat duduk Isuzu mu-X kini sedia untuk ujian yang paling hebat menerusi cabaran paling menggentarkan – dengan mengambil bahagian dalam Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari 2016 yang akan diadakan di Sabah dari 30 Oktober hingga 6 November 2016.

Buat pertama kalinya, sebuah Isuzu mu-X `Monster’ yang telah diubah suai akan mengetuai sepasukan empat buah kenderaan Isuzu Malaysia Sdn Bhd untuk menjalani cabaran getir di hutan belantara Sabah dalam acara 4X4 edisi ke-26 yang terbesar dan terkemuka di Asia. Tiga buah kenderaan Isuzu lain yang menyertai acara ini ialah trak pikap D-Max ‘Monster’.

Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Faez A Nordin menyampaikan ucapan penghargaannya kepada Isuzu kerana menjadi Penaja Berlian (Diamond Sponsor) bagi  Borneo Safari 2016.

“Kami berterima kasih kerana Isuzu masih terus menyokong acara ini selama 10 tahun berturut-turut.  Sokongan kuat mereka adalah salah satu sebab utama kami dapat mengembangkan acara ini hingga tahap ini. Tahun ini mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah Borneo Safari, iaitu sebanyak 400 kenderaan. Jumlahnya semakin meningkat setiap tahun!” katanya.

isuzu-mu-x-2016-02

Borneo Safari tahun ini akan menjadi cabaran yang paling sukar setakat ini. Jalan yang dipilih oleh penganjur adalah laluan di kaki Gunung Kinabalu menjangkaui daerah Ranau dan Kota Marudu, yang meliputi laluan sukar sepanjang hampir 40 km yang terdiri daripada laluan balak yang sudah tidak digunakan dan merentasi beberapa batang sungai.

Pengubahsuaian yang dibuat ke atas Isuzu mu-X adalah terhad kepada bahagian luarannya sahaja kerana enjin diesel 2.5-liter VGS turbo Intercooler yang dipadan transmisi automatik lima kelajuan dengan sequential shift adalah kekal standard.

isuzu-mu-x-2016-01

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Hajime Machimura yakin dengan kebolehan Isuzu mu-X untuk menyerlah walaupun dalam laluan sukar dan cuaca yang  berbahaya yang dijangka akan dihadapi semasa Borneo Safari 2016.

“Walaupun ia merupakan SUV gaya hidup, Isuzu mu-X mempunyai DNA yang kukuh, sama seperti trak pikap Isuzu D-Max, yang telah berkali-kali membuktikan kemampuannya dalam setiap edisi Borneo Safari sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2005.  Ia sememangnya bersedia untuk lebih banyak lagi cabaran,” katanya.

Silakan kongsi:

PROMOSI JALANAN PEK EDISI TERHAD SHELL ADVANCE DI SERATA SEMENANJUNG

free-bike-steamwash-with-every-purchase-of-shell-advance-ultra

Shell Advance telah memulakan pertunjukan jalanan di serata Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan minyak enjin motosikalnya yang terlaris yang baru diperkenalkan dalam pek edisi terhad yang direka bentuk khas.

Dari 3 Oktober hingga November 2016, trak bergerak Shell Advance akan melawat lebih daripada 100 lokasi di serata Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan empat variasi minyak enjin motosikal Shell Advance yang kini dibawakan dalam pek edisi terhad – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Pertunjukan jalanan ini akan membuat lawatan ke bengkel motosikal terpilih, stesen minyak Shell dan juga tempat-tempat kegemaran penunggang motosikal untuk mempromosikan minyak tersebut. Mereka yang membeli minyak Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dalam pertunjukan jalanan tersebut akan mendapat cucian stim percuma untuk motosikal mereka. Mereka juga boleh mencuba simulator perlumbaan realiti maya dan berpeluang memutar roda untuk mendapatkan hadiah.

Di samping pertunjukan jalanan ini, anda juga boleh menjadi salah seorang daripada 500 pelanggan bertuah yang akan memenangi dua tiket Grandstand Utama bagi Shell Malaysia MotoGP™ 2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Dari hari ini hingga 15 Oktober 2016, beli mana-mana dari empat variasi Shell Advance atau Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau Edisi Terhad semasa pertunjukan jalanan tersebut atau di stesen minyak atau bengkel Shell kegemaran anda. Lengkapkan borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, lampirkan resit pembelian Shell Advance dan hantarkan salinan bercetak ke cawangan yang mengambil bahagian. Anda juga boleh menghantar penyertaan beserta gambar resit anda secara atas talian di www.shell.com.my/motogp.

Pek edisi terhad dalam empat reka bentuk baru untuk menarik penunggang motosikal tegar ini diperkenalkan sempena sambutan ke-125 tahun Shell di Malaysia, kepimpinan teknologinya dan kaitannya yang rapat dengan dunia perlumbaan motosikal.

Reka bentuk Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, khususnya, adalah sebagai simbol perkongsian antara Shell dan Ducati di trek perlumbaan selama 18 tahun. Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus yang sintetik sepenuhnya adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran pada hari ini yang menggunakan minyak asas ultra bersih yang dibuat daripada gas semulajadi.

shell-advance-limited-edition-packs-on-sale-at-the-roadshow

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses revolusinari gas kepada cecair yang mengubah gas semulajadi menjadi minyak asas yang jernih. Minyak asas GTL yang digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik menghasilkan pembersihan yang lebih baik serta perlindungan yang lebih hebat dari kehausan dan hakisan.

Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan datang bakal menyaksikan Shell Malaysia sebagai penaja utama bagi tahun kedua, yang akan memperkukuhkan lagi penglibatan syarikat ini yang sudah sekian lama di barisan hadapan dalam dunia perlumbaan motosikal.

Penajaan utama dalam Grand Prix Motosikal Malaysia adalah amat penting. Ia dapat menjadi pentas global untuk Shell mempamerkan produk-produk inovatif termasuklah Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang ideal untuk berhubung dengan penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

Silakan kongsi: