Diskaun Sehingga RM16 Ribu Sempena Ulangtahun Ke-10 Volkswagen Di Malaysia

vw-10th-anniversary

Sempena ulangtahun ke sepuluh Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan kempen “Jualan Ulangtahun Volkswagen”. Kempen ini bermula dari November hingga 31 Disember 2016.

Penjimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

VW Polo Hatchback: RM4,000

VW Golf: RM10,000

VW Beetle: RM16,000

VW Vento: RM10,000

VW Jetta: RM2,000

Mereka yang berhajat untuk membeli kereta baharu sebelum tahun baharu boleh menimbang tawaran dari VW ini.

Silakan kongsi:

Harga Minyak November 2016 – Naik 15 Sen Untuk Kesemua RON dan Diesel

Sudah sampai masanya pada permulaan setiap bulan, harga minyak akan diumumkan susulan pelarasan harga tanpa subsidi. Untuk bulan November 2016, harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak lima belas sen. Harga baharu minyak adalah seperti berikut:

RON 95/l: RM1.95 (naik dari RM1.80)

RON 97/l: RM2.30 (naik dari RM2.15 – Termasuk 6% CBP)

Diesel/l: RM1.90 (naik dari RM1.75)

Diesel Euro 5/l: RM2.00 (naik dari RM1.85)

Silakan kongsi:

Isuzu D-Max Facelift 2016 Dilancarkan – RM83,000 hingga RM128,000

isuzu-d-max-2016-01

Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan varian model trak pikap D-Max yang diperbaharui yang menyasarkan segmen gaya hidup dan pada masa yang sama, memperkukuhkan kedudukannya sebagai pakar trak pikap.  Pilihan lapan model dalam tiga varian yang berbeza iaitu Standard, Premium dan  Z-Prestige ini melibatkan pengubahsuaian besar yang pertama sejak D-Max diperkenalkan pada tahun 2013.

Varian yang diperbaharui ini dilengkapi penambahbaikan yang banyak di bahagian luaran dan dalaman termasuklah pelbagai ciri-ciri lain yang baru. Bagaimanapun, pilihan powertrain enjin diesel VGS turbo Intercooler 2.5 atau 3.0-liter yang dipadankan dengan transmisi automatik atau manual lima kelajuan telah dikekalkan kerana ia terbukti dari segi kebolehpercayaan, prestasi dan ekonomi.

Penambahbaikan yang besar pada bahagian luaran dan dalaman direka untuk penampilan kontemporari

  • Ciri-ciri dan aksesori untuk kemudahan dan pemandu bagi pengalaman pemilikan yang hebat
  • Barisan lapan model baru dalam tiga varian yang nyata berbeza untuk kegunaan gaya hidup dan komersial
  • Varian Z-Prestige baru yang terbaik dalam kelasnya untuk segmen gaya hidup

Harga atas jalan (termasuk GST, cukai jalan dan insurans) adalah dari RM83,000 bagi D-Max 2.5L Standard dengan transmisi manual hingga RM128,000 bagi D-Max 3.0L Z-Prestige dengan transmisi automatik, iaitu yang terbaik dalam kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Kenji Matsuoka berkata bahawa barisan D-Max yang diperbaharui ini akan membolehkan syarikat itu memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan.

“D-Max telahpun menjadi pilihan mereka yang mahukan kenderaan kerja yang boleh diharap, tahan lasak dan ekonomi.  Terdapat potensi pasaran yang besar bagi trak pikap yang diubahsuai dan diberi kemasan oleh pengeluar seperti varian tetap Z-Prestige kebanggaan Isuzu yang baru, yang begitu berbeza dari yang lain, tetapi didatangkan dengan waranti penuh untuk ketenangan fikiran,” katanya.

isuzu-d-max-2016-02

Varian Z-Prestige baru didatangkan dalam pilihan tiga model dengan koordinasi warna eksklusif serta  dilengkapi aksesori dan ciri-ciri yang mesra pengguna jelas menggambarkan hasrat Isuzu untuk menyasarkan segmen gaya hidup yang kian berkembang.

Rekaan barisan Z-Prestige adalah berunsurkan model-model edisi terhad sebelum ini yang telah mencatat kejayaan mereka yang tersendiri dalam pasaran. Unit Silky White Pearl direka untuk eksekutif yang sentiasa sibuk dengan penekanan kepada penampilan dan gaya mewah. Bagi yang rugged dan sukakan cabaran, varian eksklusif Velvet Red Mica direka khusus untuk mereka. Akhir sekali, pilihan varian Stallion Black bertemakan kehidupan ‘urban underground’ yang provokatif.

Menurut Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Hajime Machimura, penambahbaikan dan ciri-ciri yang baru ini adalah untuk mempersiapkan D-Max ke arah memenuhi permintaan mereka yang inginkan kenderaan yang bergaya dan boleh diharap untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka yang berbeza.

“Varian Z-Prestige kami yang terbaik dalam kelasnya ini jelas menunjukkan bagaimana D-Max yang baru ini mampu mengalami transformasi kepada 4X4 premium yang begitu menonjol walaupun dalam persekitaran bandar yang mewah dan masih mengekalkan keupayaan mengendalikan laluan yang paling sukar,” katanya.

Ciri-ciri baru dalam varian Z-Prestige termasuklah ‘Passive Entry and Start System’ (PESS), rim aloi 18”, lampu depan projektor dengan lampu pencahayaan siang LED (daytime running lights), pemain DVD dengan skrin sentuh 8 inci beserta sistem bunyi keliling dengan 8 speaker, panel meter electroluminescent (e-LUMAX) rekaan baru dengan ‘Multi-Information Display’ (MID), port multimedia dan ruang untuk telefon pintar, tempat duduk kulit dan tempat letak tangan (armrest).

Rekaan D-Max baru ini adalah berasaskan konsep kekuatan, emosi dan gaya sporty. Bentuk kenderaan ini yang menyerupai ikan paus orca menampilkan bahagian depan yang tinggi dan rugged dengan bahagian belakang berbentuk spoiler.

price-list-d-max-2016

Semua varian termasuklah model yang mempunyai spesifikasi paling rendah didatangkan dengan kelengkapan keselamatan, antaranya Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Mendaki (HSA).

Ketika pelancaran, SUV tujuh tempat duduk Isuzu mu-X Type S edisi terhad yang diasaskan kepada platform D-Max turut dipamerkan.

SUV mu-X Type S ini ditambahbaikkan dengan ciri-ciri premium seperti ‘Passive Entry and Start System’ (PESS), sistem audio dengan paparan 8 inci, panel meter e-Lumax baru, tempat duduk dan tempat letak tangan kulit berwarna “Ivory”, antena berbentuk sirip yu, papan pemuka (dashboard) berwarna hitam, perapi pintu dan sirip penyaman udara, skirting depan dan belakang dalam tona yang sama dengan badan, bumper garnish di bahagian belakang dan lencana Type S. Bantuan Mendaki (HSA) turut disertakan dalam ciri-ciri keselamatan kenderaan.

Waranti bagi Isuzu D-Max yang diperbaharui ini juga telah dilanjutkan daripada 3 tahun atau 100,000km kepada 5 tahun atau 150,000km. Di samping itu, sebagai tanda penghargaan kepada pemilik mu-X sedia ada, barisan Isuzu mu-X, termasuklah edisi terhad terkini,  mu-X Type S, juga telah melanjutkan waranti kepada 5 tahun tanpa had kilometer.

Silakan kongsi:

SHELL BAHARUI TAJAAN UTAMA MOTOGP™ MALAYSIA HINGGA 2020

shell-advance-global-brand-manager-vivek-pareek-l-and-ducati-sporting

Shell dan Dorna Sports telah mengumumkan perlanjutan selama empat tahun bagi penajaan utama syarikat tenaga itu dalam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berita yang dibawakan sebelum pusingan perlumbaan di Kuala Lumpur ini mengesahkan komitmen Shell terhadap sukan bermotor peringkat tinggi dan juga rantau Asia, setelah menjadi penaja utama acara tersebut bagi tujuh daripada lapan musim yang lalu sejak 2009. 

Sempena sambutan ke-125 tahun Shell di Malaysia, SIC dilihat begitu sesuai bagi syarikat tersebut untuk memperkukuhkan hubungannya dengan MotoGP, di mana ia juga mempunyai Kerjasama Teknikal yang baik dengan Ducati Corse.

Hubungannya dengan pengeluar Itali yang berada di barisan hadapan perlumbaan motosikal ini bermula sejak 2003, dan pada tahun lepas, Shell telah mula membekalkan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus kepada jentera di bawah jenama tersebut. Di samping bahan api perlumbaan Shell V-Power, kedua-duanya dihasilkan dalam dunia permotoran yang penuh cabaran untuk dimanfaatkan oleh pelanggan di seluruh dunia.

the-malaysian-motogp-provides-excellent-exposure-to-shell-brands-such-as

Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia, berkata: “Tatkala kami menyambut warisan kami di Malaysia yang menjangkau 125 tahun, kerjasama dengan SIC menguatkan lagi komitmen kami bukan sahaja terhadap masa depan sukan ini, tetapi juga terhadap negara dan rantau ini. Harapan kami ialah untuk menjadikan Malaysia lebih daripada tempat untuk acara sukan, tetapi sebagai hab bagi aktiviti permotoran bertaraf dunia. Acara MotoGP Shell Malaysia telah menarik rakyat Malaysia dan menaikkan taraf acara sukan di Malaysia – bagi saya tiada cara lain yang lebih baik untuk memulakan 125 tahun yang akan datang, dan juga yang seterusnya, selain menerusi sumbangan kami ke arah kecemerlangan sukan permotoran di negara ini.”

Pau Serracanta, Pengarah Urusan, Bidang Komersial, Dorna Sports: “Saya gembira kerana Shell kembali sebagai penaja utama GP Malaysia dan melanjutkan tempoh kerjasama kami untuk empat tahun lagi. Hujung minggu MotoGP di Sepang sentiasa merupakan sambutan sukan permotoran jentera dua tayar yang istimewa dan hebat, dan kembalinya sebuah syarikat global seperti Shell sebagai penaja utama adalah suatu yang hebat bagi Shell, MotoGP dan Dorna Sports.”

Silakan kongsi:

Tim Ducati Buat Lawatan Mengejut ke Bengkel Motosikal di Jalan Sentul – Program Penghargaan Daripada Shell Advance

the-autograph-signing-session-was-a-hit-with-the-jalan-sentul-crowd

Shell Advance pada 27 Oktober lepas memberikan kejutan dramatik kepada pemilik dan pelanggan bengkel di Jalan Sentul dengan membawakan kehebatan pasukan Ducati dalam lawatan VIP mengejut dari Pengarah Sukan Rakan Teknikalnya itu, Paolo Ciabatti serta penunggang utama pasukan itu Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone.    

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka, lapan pemilik bengkel bertuah yang telah membantu menjadikan Shell Advance jenama minyak enjin motosikal yang utama di Malaysia dapat merasai pengalaman yang mengujakan itu bersama pelanggan mereka di sepanjang ‘golden mile’ yang popular di kalangan penunggang di Lembah Klang.

Ciabatti, Dovizioso dan Iannone yang ditemani Pengurus Jenama Global Shell Advance Vivek Pareek dan pasukan Shell Lubricants Malaysia, meluangkan masa di setiap satu daripada lapan buah bengkel terpilih untuk berbual dengan pemilik dan juga untuk bergambar. Mereka juga menyerahkan cenderamata sebagai tanda terima kasih kerana menyarankan minyak enjin motosikal premium Shell Advance yang dihasilkan bersama Ducati di lapangan ujian yang ekstrem iaitu MotoGP™ supaya dapat membawa manfaat kepada penunggang di seluruh dunia.

Ciabatti, Dovizioso dan Iannone juga mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan hadiah kepada tiga mekanik yang mendapat tempat teratas dalam cabaran khas ‘penukaran minyak motor terpantas’ yang dianjurkan sempena lawatan tersebut.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim berkata: “Ia amat mencabar kerana jadual yang ketat tetapi kerana Kerjasama Teknikal yang telah terjalin sekian lama antara Shell Advance dan Ducati Corse, serta rancangan perjalanan yang dibuat khas, lawatan pasukan tersebut ke Jalan Sentul yang sukar untuk dibayangkan itu dapat menjadi kenyataan.”

MotoGP™ Shell Malaysia 2016 yang bakal berlangsung ini akan menjadi sebuah acara yang hebat. Sempena acara premier perlumbaan motosikal antarabangsa di rantau ini, Shell Advance juga akan mengadakan penukaran minyak percuma bagi 500 buah motosikal dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu, 29 Oktober dan Ahad, 30 Oktober 2016 di tempat letak kereta P1 di Litar Antarabangsa Sepang.

Penukaran minyak enjin percuma untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc yang pertama seumpamanya ini akan diberikan kepada pemenang peraduan Shell Advance baru-baru ini dan juga kepada pemilik yang membeli satu pek minyak enjin Shell Advance pada 29 dan 30 Oktober 2016.

Silakan kongsi:

REBAT PROTON IRIZ UNTUK PERKHIDMATAN PERKONGSIAN PERJALANAN DI BAWAH BAJET 2017

Proton Iriz R3 Touring

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri pada Bajet 2017 sesuatu yang agak mengujakan PROTON Holdings Berhad kerana ini adalah rebat kali pertama yang ditawarkan Proton untuk kerjasama dengan syarikat perkhidmatan perkongsian perjalanan (ride-sharing).

PROTON mengalu-alukan langkah ini dan gembira dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkongsian perjalanan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan pendapatan B40 (mereka yang berpendapatan sehingga RM3,855). Selaras dengan Bajet 2017, rebat sebanyak RM4,000 akan diberikan untuk individu yang membeli Proton Iriz sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menjadi pemandu perkhidmatan perjalanan perkongsian.

PROTON menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan dengan objektif yang jelas untuk menyokong Syarikat kereta nasional dengan usaha untuk merangsang industri automotif dan inisiatif ini menyediakan pertumbuhan ketara dan peluang ekonomi. PROTON memuji kerajaan Malaysia kerana bajet yang mengutamakan keperluan rakyat masa kini.

PROTON teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri perkongsian perjalanan kerana langkah itu dilihat sebagai visi untuk memacu Malaysia ke hadapan melalui inovasi teknologi dan mewujudkan peluang ekonomi bagi ramai rakyat di negara ini.

Silakan kongsi:

DISKAUN TOL 10% DI KLK DAN LPT 1 SEMPENA DEEPAVALI

deepavali-2016-01

Sempena menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan insiatif berikut:

1. Diskaun tol sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT 1. Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Sabtu, 29 Oktober 2016.

2. Mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim perayaan Deepavali.

Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein dalam satu kenyataan berkata, pemberian diskaun tol sempena Deepavali ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan.

“Pengenalan jadual TTA sempena Deepavali pula bertujuan untuk membantu mengagihkan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekali gus secara tidak langsung membantu pengguna yang ingin ke pantai timur untuk menikmati perjalanan yang selesa,” katanya.

Jadual TTA untuk perayaan Deepavali kali ini menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Pahang pada 28 Oktober untuk memasuki KLK dan LPT 1 antara jam 1 petang hingga 4 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibu kota bermula 30 Oktober ini, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.
Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

deepavali-2016-02

Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.
Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia dirangka berdasarkan kepada analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun sebelumnya.

Pengenalan TTA bertujuan untuk membantu menyuraikan pergerakkan trafik di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Silakan kongsi:

Aksesori Ironman 4X4 Kini Ditawarkan Di 38 Buah Cawangan Tan Chong Ekspres Auto Servis

ironman-4x4-navara-2016-01

Rustcare Sdn Bhd, pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4 kini menawarkan kelengkapan tersebut di 38 buah cawangan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS). Aksesori itu menawarkan pelanggan Navara sedia ada untuk meningkatkan tahap keselamatan, prestasi dan gaya hidup kenderaan 4×4 mereka dengan mudah.

Pelanggan kini boleh menghantar kenderaan 4×4 mereka untuk proses naik taraf suspensi di 38 buah TCEAS. Manakala perkhidmatan naik taraf bagi Ironman “Challenger Pack” dan aksesori-aksesori lain boleh disiapkan di 12 pusat perkhidmatan TCEAS terpilih.

Menjadi syarikat automotif pertama yang memperkenalkan aksesori 4×4 sebenar kepada TCEAS, Ironman 4×4 nyata menyerlahkan lagi penampilan garang Nissan Navara. Pelanggan boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan merangkumi Kit Suspensi, Pemijak Sisi dan Rails atau Bar Tunda Perlindungan di Belakang (Rear Protection Tow Bar). Pakej Challenger Pack, Challenger Pack PRO, Suspension Pack dan Suspension Pack Pro boleh didapati pada harga bermula RM5,000 hingga RM19,000.

Kami percaya bahawa dengan memperluaskan aksesori-aksesori ini untuk TCEAS, ia menyediakan lebih banyak peluang kepada pelanggan Navara yang sedia ada. Sama ada ia untuk kegunaan rekreasi atau komersial, kami di Ironman 4X4 boleh menyatakan ini adalah produk bertaraf dunia.” kata Pengarah Rustcare Sdn. Bhd., NicholasLing.

ironman-4x4-navara-2016-02

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Bukan itu sahaja, bull bars turut meningkatkan sudut mendekat dan perlindungan bahagian hadapan trak dengan signifikan. Manakala pemijak sisi dan rail dengan salutan serbuk besi 4×4 bukan sahaja memberi perlindungan kepada kenderaan anda. Malah memudahkan proses keluar masuk dari kenderaan.

Rear Protection Tow Bar Ironman 4×4 pula direka untuk memberi perlindungan terbaik dan gaya kepada Nissan Navara. Pada masa yang sama menawarkan kemudahan high light jack points, penyangkut tunda bersepadu dan memaksimum jarak kelegaan tanah.

Sempena pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4, TCEAS akan memberikan tawaran pengenalan dengan diskaun ke atas semua pakej Ironman 4X4 termasuklah kos buruh dan aksesori. 

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman (suspensi sahaja) layak menerima jaminan produk selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km. Manakala aksesori lain hadir dengan jaminan selama setahun.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, kami berharap untuk terus berkembang untuk meningkatkan perkhidmatan kami. Dengan ini, kami percaya bahawa para pelanggan kami akan rasa lebih lega apabila menghantar kenderaan Nissan dan Infiniti mereka untuk Pusat 4S Nissan Glenmarie, serta perkhidmatan naik taraf untuk Nissan Navara yang sedia ada. Kami komited untuk berkhidmat para pelanggan kami dengan menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih menarik dan berkualiti,” kata Pengurus Besar Kanan Selepas Jualan, Alat Ganti & Bengkel TCEAS, Michael Yao.

Nissan Navara Ironman.2016.03

Selain pengenalan ini, TCEAS juga mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengedaran SUPAGARD yang pertama di Malaysia. Salun kereta dengan konsep ‘bilik Kaca-Cermin dan pendingin hawa’ di pusat 4S Nissan Glenmarie itu menawarkan perlindungan bertaraf dunia serta lebih nilai kepada para pelanggan Nissan.

Sebagai tambahan, Pusat 4S Nissan Glenmarie kini menawarkan khidmat servis, pembaikan dan diagnosis ke atas semua model Infiniti melalui Hab Servis serta Lounge Pelanggan yang baru.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838, atau Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Infiniti di talian 1800-88-3330.

Silakan kongsi: