Galeri Gambar Toyota C-HR

toyota-c-hr-2016-01

Toyota C-HR, telah dilancarkan di Jepun pada 14 Disember lepas dan di pasaran antarabangsa lain seperti Eropah, Asia dan Amerika pada awal Januari 2017. C-HR dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan menggunakan platform yang sama dengan Prius generasi keempat.

Ia telah diuji di pelbagai negara dan bentuk permukaan jalan. Ujian suspensi misalnya dibuat di jalan raya awam Eropah bagi mendapat talaan yang baik. Prestasi pemanduan pula dibentuk berdasarkan tiga konsep iaitu Response, Linearity dan Consistency.

Sekali pandang, sukar untuk menafikan rekabentuk C-HR yang agresif. Sememangnya SUV kompak ini dibina dengan tumpuan khusus pada rekabentuk yang diberi nama Sensual Speed-Cross.

Sensual merujuk kepada perincian yang menarik perhatian, Speed merujuk kepada modulasi (boleh ubah), langsing dengan badan dan kabin yang anggun. Cross pula bermaksud suspensi yang berkuasa untuk SUV.

BACA: Toyota C-HR: SUV Kompak Dengan Rekabentuk Coupé

toyota-c-hr-2016-02

Gaya bahasa C-HR menggunakan tema struktur sebentuk berlian. Bentuk tiga dimensi berlian diterjemahkan melalui rekaan badan yang berbentuk-bentuk dan kontra di antara permukaan lain. Paling menyerlah ialah arca roda yang mengembang dan menarik perhatian.

Untuk pasaran Jepun, Toyota C-HR ditawarkan dengan enjin 1.2 Turbo dan 1.8 Hybrid sama seperti model Prius. Berdasarkan maklumat yang diberikan Toyota, versi 1.2 Turbo boleh bergerak sejauh 15.4km dengan seliter petrol manakala model hibrid pula sejauh 30.2km per liter.

Pengeluaran emisi kedua-dua model juga 75% lebih rendah berbanding Piawaian Emisi Ekzos 2005 di Jepun dan melayakkan SUV ini menerima pelepasan cukai seterusnya menjadikannya sebagai kenderaan mesra alam.

Di pasaran Jepun, harga varian 1.2 Turbo 4WD bermula dari RM96,593.14 manakala varian 1.8 2WD Hybrid pula dari RM101,532.29.

Berikut ialah 14 keping gambar Toyota C-HR, singkatan kepada Coupé High Rider.

Silakan kongsi:

Toyota C-HR: SUV Kompak Dengan Rekabentuk Coupé

Toyota C-HR, SUV kompak dengan rekabentuk baharu Toyota yang lebih agresif telah dilancarkan di Jepun pada 14 Disember lepas. C-HR dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang merupakan sebahagian dari program Toyota dalam transformasi rekaan kenderaan bagi mencapai matlamat syarikat untuk menghasilkan kereta yang lebih baik. Toyota C-HR menggunakan platform yang sama dengan Prius generasi keempat.

Memandangkan kereta ini untuk pasaran global, ia telah diuji di pelbagai negara dan bentuk permukaan jalan. Ujian suspensi misalnya dibuat di jalan raya awam Eropah bagi mendapat talaan yang baik. Prestasi pemanduan pula dibentuk berdasarkan tiga konsep iaitu Response, Linearity dan Consistency.

Lebih mengujakan apabila Gazoo Racing yang merupakan jabatan talaan Toyota menyertai dan menamatkan perlumbaan 44th 24 Hours Nürburgring menggunakan C-HR pada Mei 2016.

Sekali pandang, sukar untuk menafikan rekabentuk C-HR yang agresif. Sememangnya SUV kompak ini dibina dengan tumpuan khusus pada rekabentuk yang diberi nama Sensual Speed-Cross. Apakah definisi tiga konsep tersebut?

Sensual merujuk kepada perincian yang menarik perhatian, Speed merujuk kepada modulasi (boleh ubah), langsing dengan badan dan kabin yang anggun. Cross pula bermaksud suspensi yang berkuasa untuk SUV.

Secara umumnya, gaya bahasa C-HR menggunakan tema struktur sebentuk berlian. Bentuk tiga dimensi berlian diterjemahkan melalui rekaan badan yang berbentuk-bentuk dan kontra di antara permukaan lain. Paling menyerlah ialah arca roda yang mengembang dan menarik perhatian.

Untuk pasaran Jepun, Toyota C-HR ditawarkan dengan enjin 1.2 Turbo dan 1.8 Hybrid sama seperti model Prius. Berdasarkan maklumat yang diberikan Toyota, versi 1.2 Turbo boleh bergerak sejauh 15.4km dengan seliter petrol manakala model hibrid pula sejauh 30.2km per liter.

Pengeluaran emisi kedua-dua model juga 75% lebih rendah berbanding Piawaian Emisi Ekzos 2005 di Jepun dan melayakkan SUV ini menerima pelepasan cukai seterusnya menjadikannya sebagai kenderaan mesra alam.

Ciri-ciri Utama Toyota C-HR

  • Prestasi pemanduan yang responsif susulan teknologi TNGA.
  • Gayaan yang menyerlah di bawah bahasa rekaan Toyota yang unik iaitu Keen Look dan Under Priority.
  • Rekaan dalaman yang menarik perhatian dengan permukaan canggih dari segi tekstur, bentuk dan warna. Panel kawalan pula mempunyai pelbagai meter di tengah dan dipaparkan menghadap pemandu di mana susunannya diletakkan selari bagi memudahkan operasi pemanduan.
  • Toyota Safety Sense P – teknologi penghindaran pelanggaran untuk kesemua varian.

Pengeluar Jepun sememangya cenderung untuk menamakan SUV mereka dengan huruf singkatan dan C-HR adalah merujuk kepada Coupe High Rider. Nama yang berterus-terang dan merujuk terus kepada rekabentuk SUV kompak ini.

Untuk pasaran tempatan, masih belum ada pengesahan dari UMW Toyota Motor (UMWT) namun khabarnya mereka sedang membuat kajian untuk model ini. Untuk makluman, UMWT sedang membina kilang baharu di Bukit Raja, Klang yang bernilai RM 2 bilion. Kilang ini menggunakan teknologi moden dan produksi pertama dijangka pada awal 2019.

Di pasaran Jepun, harga varian 1.2 Turbo 4WD bermula dari RM96,593.14 manakala varian 1.8 2WD Hybrid pula dari RM101,532.29.

Silakan kongsi:

WD-40 – 7 Fungsi Lain Kenapa Pelincir Ini Wajib Disimpan Di rumah

wd-40-2016-06

Kebiasaannya setiap rumah mempunyai satu tin WD-40® yang kadang-kala tersembunyi atau tersimpan di suatu sudut dalam rumah atau stor barangan. Kita mungkin menyimpannya untuk melincirkan kereta atau engsel lama, tetapi adakalanya, tin WD-40 hanya terbiar begitu sahaja.

Selain dari fungsi biasa tin biru kuning ajaib ini sebenarnya boleh diggunakan untuk pelbagai penyelesaian yang mudah dan cepat dan tidak terhad kepada skop kerja mekanikal sahaja. Yang menariknya ialah WD-40 turut boleh disembur pada zip pakaian yang tersekat dan melincirkannya.

Di bawah disenaraikan 7 masalah harian yang boleh diselesaikan oleh pelinciri WD-40.

1. Tiada masaalah gula-gula getah lagi

Gula-gula getah yang melekat di atas permaidani anda, atau lebih teruk lagi, pada rambut anak anda. Jangan keluarkan gunting lagi! Semburkan beberapa kali WD-40® di atasnya dan lihat betapa mudahnya ia dapat mengeluarkan gula-gula getah itu.

2. Mengeluarkan tanda-tanda kotor dari pen penanda dan  krayon

Adakah anak-anak anda sering menganggap dinding rumah anda sebagai buku mewarna besar mereka? Jika begitu hanya semburkan sedikit WD-40® atas tanda-tanda dan lapkan dengan kain buruk yang bersih. WD-40® tidak akan merosakkan cat atau kebanyakkan kertas dinding (uji dengan kain atau kertas dinding dahulu). Ia juga dapat mengeluarkan tanda-tanda kotoran pen penanda dan krayon dari perabot dan peralatan rumah.

BACA: Tips Menggunakan WD-40 – Teman Di Rumah dan Tempat Kerja!

BACA: Informasi Ringkas Mengenai WD40

wd40-2016-01

3. Mengeluarkan pelekat dari beg bagasi, peti simpanan dan bekas-bekas

Mengeluarkan pelekat lama yang terperangkap pada beg bagasi, pelekat label pada peti simpanan dan bekas-bekas dengan menyemburkan sedikit WD-40® seterusnya gosok keluar pelekat itu.

4. Membersihkan tanda kopi atau cawan teh atas meja

Meja dicemari oleh bekas bawah cawan? Jangan bimbang, hanya semburkan sedikit WD-40® dan lapkan bekas cawan dengan kain yang bersih.

5. Mengasingkan cawan gelas yang  tersekat

Jangan memaksa keluar cawan gelas yang rapuh ini. Jika gelas anda terperangkap di antara satu sama lain, semburkan sedikit WD-40® antara cawan-cawan gelas tersebut dan kemudian tariknya secara perlahan-lahan. Kemudian cuci cawan gelas itu sebersih yang mungkin sebelum menggunakannya.

wd-40-2016-05

6. Melonggarkan paip atau engsel pintu yang berkarat

Paip dalam dapur atau bilik mandi dan pintu engsel yang berkarat adalah sukar untuk dipusingkan. Cuba longgarkan bahagian-bahagian yang berkarat ini dengan menyembur WD-40®, kerana ia dapat menembusi bahagian bahagian yang sukar dicapai dan membersihkan karat di dalamnya. Ia juga dapat memberikan kepala paip dan pintu anda wajah yang bersih di samping melindungi ia daripada karat.

7. Melonggarkan zip yang tersekat pada jaket

Pernahkah anda mendapati zip jaket anda tersangkut? Semburkan sedikit WD-40® dan ia dapat melonggarkan zip dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya apabila anda mencari alat-alat yang serbaguna untuk membantu anda di rumah, atau menghadapi masalah di atas sila cari semula WD-40® yang tersorok atau tersimpan dalam rumah anda!

Silakan kongsi:

KidZania KL Jalin Kerjasama Dengan Volvo Car Malaysia dan Volvo Trucks Malaysia

volvo-kidzania-2016-02

KidZania Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama dengan Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd. dan Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks Malaysia). Selari dengan pendekatan unik KidZania yang menekankan skil kemahiran hidup untuk kanak-kanak, inisiatif terbaru ini bakal membuka ruang kepada pendedahan yang lebih besar untuk Volvo. Kanak-kanak bukan sahaja dapat mengalami suasana pekerjaan seorang pereka dan pengedar kereta bahkan turut mempelajari kepentingan dengan cara duduk yang betul dan selamat dalam kereta.

Volvo telah memainkan peranan penting dalam inovasi keselamatan kanak-kanak sejak syarikat itu membangunkan kerusi kanak-kanak hadap belakang dan memperkenalkan kusyen lapik tambahan. Ini adalah selari dengan visi syarikat yang mana menjelang tahun 2020, sesiapa pun tidak terkorban atau tercedera dengan serius dalam kereta baharu Volvo.

volvo-kidzania-2016-04

“Di Volvo, kami berusaha untuk menjadikan dunia yang lebih selamat untuk kesemua pengguna jalan raya di mana sebahagian besar mencapai usaha ini ialah melalui pendidikan. Kami sedar masih terdapat kekurangan dalam memahami kepentingan menggunakan kerusi kanak-kanak yang betul di Malaysia,” ujar Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

“Dengan usaha ini, kami berharap untuk mendidik kanak-kanak dan mereka akan menyampaikan mesej ini kepada ibu bapa dengan impak yang lebih berkesan.” tambah Stegland.

volvo-kidzania-2016-01

Selain itu, kerjasama KidZania dengan Volvo Trucks Malaysia pula untuk mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya melalui simulasi keadaan jalan yang sebenar terutama sekali apabila berhadapan dengan lori besar. Program ini mengandungi kempen ‘Stop, Look and Wave’ Volvo Truck yang dibuat khusus untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak dalam mempraktikkan tingkah laku selamat melalui penggunaan alat latihan khusus.

Kanak-kanak yang menyertai program ini dapat merasai pengalaman dalam trak Volvo FM440 dan menyertai sesi kelas dalam treler Pameran Volvo Truck di mana mereka akan didedahkan mengenai kepentingan mengenal pasti titik buta dan mengamalkan etika di jalan raya yang betul.

volvo-kidzania-2016-03

KidZania Kuala Lumpur menawarkan lebih dari 100 kerjaya yang merentasi 60 bandar yang menggalakkan kanak-kanak untuk mengamalkan sikap dan kelakuan positif supaya dapat membimbing mereka untuk menguruskan cabaran kehidupan seharian. KidZania Kuala Lumpur juga merupakan rakan rasmi aktiviti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Silakan kongsi:

DISKAUN TOL ELEKTRONIK 10% DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (KLK & LPT 1) PADA HARI NATAL

christmas-tta_anih-berhad

Sempena menyambut perayaan Hari Natal bakal tiba, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan diskaun tol sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT 1.

Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Ahad, 25 Disember 2016.

Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein dalam satu kenyataan berkata, insiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Syarikat terhadap komuniti, selain bertujuan memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada musim perayaan.

christmas-tta_anih-berhad-2

Selain daripada itu, ANIH Berhad juga turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim perayaan Hari Natal.

“Pengenalan jadual TTA sempena Hari Natal pula bertujuan untuk membantu menyuraikan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekali gus membantu pengguna yang ingin ke pantai timur untuk menikmati perjalanan yang selesa,” katanya.

Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.

christmas-tta_anih-berhad-3

Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ia dirangka berdasarkan kepada analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun sebelumnya.

Pengenalan TTA bertujuan untuk membantu menyuraikan pergerakan trafik di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Silakan kongsi:

PROTON IRIZ DINOBATKAN SEBAGAI KERETA MAMPU MILIK DI ACOTY 2016

Proton Iriz R3 Touring

PROTON Holdings Berhad menerima satu lagi anugerah sebelum menutup tahun ini, apabila Proton Iriz dinobatkan sebagai “Budget Car of The Year 2016” di anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY). Iriz diperkenalkan pada September 2014 dan menandakan kehadiran PROTON dalam segmen kereta kompak.

Model ini mendapat penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dari segi keselamatan dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang ada dalam semua varian termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR).

“Dengan anugerah yang diterima di “Malaysia Car of the Year Award 2016” baru-baru ini, kami sekali lagi berasa amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini, terutamanya kerana Iriz dilancarkan 2 tahun lalu. Kami telah memuatkan pelbagai ciri di dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ASEAN ini merupakan pengiktirafan kepada usaha kami selama ini,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

PROTON juga merupakan satu-satunya syarikat permotoran di ASEAN yang menggunapakai teknologi Jerman, dipanggil, Hot Press Forming (HPF) untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini seterusnya menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik,” tambah Dato’ Fuaad.

photo-of-the-award

“Secara keseluruhannya, Iriz direka dan dihasilkan bukan sahaja untuk menyediakan perlindungan optimum kepada penumpang tetapi ianya juga sebuah kereta yang seronok dipandu dengan ciri-ciri keselesaan yang moden, penggunaan minyak yang ekonomi dan pelbagai ciri-ciri kemudahan lain,” tambah Dato’ Fuaad.

Proton Iriz dikuasakan dengan enjin VVT empat silinder dengan lima pilihan kelajuan, sama ada kotak gear manual atau transmisi CVT. Varian 1.3 liter didatangkan dalam pilihan Standard dan Executive, manakala 1.6 liter mempunyai pilihan Executive dan Premium, berharga dari RM41,520 ke RM62,030.

Bagi bulan Disember ini, PROTON menawarkan rebat antara RM2,200 hingga RM4,000 dan juga perkhidmatan percuma 2 tahun atau 40,000km, yang mana yang terdahulu untuk semua varian.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.

Silakan kongsi:

Galeri Gambar Nissan Teana NISMO Performance Package


Nissan Teana NISMO Performance Package menampilkan pelbagai aksesori direka khusus untuk para pembeli Teana yang mahukan imej dan gaya khusus buat mereka. Lebih istimewa apabila pakej ini adalah yang pertama untuk dunia dan dilancarkan oleh pelumba NISMO sendiri iaitu Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu di Pusat 4S ETCM Glenmarie. Terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu NISMO Performance atau NISMO Aero.

Berikut ialah informasi mengenai pakej NISMO yang ditawarkan.

Pakej NISMO Performance – RM16,900.00

  • Spoiler bampar depan dan belakang
  • Skirt sisi
  • Spoiler but
  • Spring sport
  • Tip peredam bunyi
  • Roda aloi LMX6 18 inci
  • Tayar Michelin Pilot Sport

Pakej NISMO Aero – RM6,201.00

  • Spoiler bampar depan dan belakang
  • Skirt sisi
  • Spoiler but
  • Tip peredam bunyi

Di bawah ialah 16 keping gambar Nissan Teana Nismo Performance Package

Silakan kongsi:

Nissan Teana NISMO Performance Package Diperkenalkan – Pelancaran Pertama di Dunia!

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-05

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan pameran perdana model Nissan Teana NISMO Performance Package baharu. Jentera tersebut diperkenalkan oleh pemandu pasukan perlumbaan NISMO, Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu majlis prebiu media di Pusat 4S ETCM Glenmarie.

Nissan Teana NISMO Performance Package menampilkan pelbagai aksesori yang direka khusus untuk para pembeli Teana yang bijak menilai di Malaysia. Tempahan akan diterima mulai 18 Disember 2016 dengan penghantaran rasmi dijadual pada Januari 2017.

Ketika memperkenalkan model baharu itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemandu pasukan perlumbaan NISMO kami, Matsuda-san dan Ronnie kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini. Nissan Teana NISMO Performance Package ialah sebuah kereta yang mencabar status quo, serta menjadi pencetus revolusi segmen yang menawarkan sofistikasi sebuah Teana dan gaya sporty NISMO.”

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-06

NISMO merupakan salah satu jenama sukan bermotor yang terkenal di dunia. Ia menawarkan teknologi sukan bermotor termaju, keupayaan prestasi dinamik dan reka bentuk sporty yang tersendiri. Dengan teknologi inovatif dan ciri-cirinya yang berprestasi tinggi, ia mampu memenuhi kehendak audien yang luas untuk kegunaan di atas jalan.

Naik taraf Nissan Teana NISMO Performance Package hadir dalam dua pakej iaitu NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan kepada semua varian Nissan Teana yang hadir dalam lima warna – biru (Storm Blue), putih (Brilliant White), hitam (Diamond Black), perak (Tungsten Silver) dan emas (Bronze Gold).

Diinspirasikan oleh kepakaran sukan bermotor NISMO, Nissan Teana NISMO Performance Package dihasil berdasarkan kepada standard NISMO yang ketat. Ia dilengkapi Spoiler Bampar Hadapan untuk penampilan yang lebih garang. Jentera itu juga dipertingkatkan dengan Spoiler Bampar Belakang, Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler. Sekali gus memberikan sedan utama Nissan itu profail yang bergaya bersama perincian yang menjelaskan lagi sofistifikasinya.

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-04

Konsep rekaan NISMO diserlahkan lagi dengan Rim Aloi NISMO LMX6 bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat dan kemasan krom yang dibalut dengan tayar MICHELIN Pilot Sport 4. Kombinasi itu ditambah dengan NISMO Sport Springs yang direndahkan sebanyak 30mm untuk memberikan cengkaman lebih baik dan Kemasan Ekzos Sports NISMO yang menyempurnakan lagi tarikan estetik bersama sentuhan elegan.

Menurut Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli, “Memandu Nissan Teana NISMO Performance Package benar-benar membawakan ‘NISMO-ness’. Ini kerana ia menampilkan aksesori-aksesori seperti aerokit yang direka untuk mengurangkan masalah seretan dan terangkat, hasil daripada aspek aerodinamik yang telah ditambah baik dan pegas gegelung yang meningkatkan cengkamannya.”

Nissan Teana ialah sedan bersaiz besar global buat Nissan. Ia diterima baik oleh pengguna kerana prestasi, kemewahan, kualiti premium dan keselamatan yang mendahului kelasnya. Baru-baru ini, Nissan Teana dianugerahkan Best Overall Car dalam acara ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dengan penarafan lima bintang untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan penarafan lima bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-10

Teana 2.5XV menawarkan kuasa maksimum 173hp dengan tork 234Nm. Manakala varian 2.0XL dan 2.0XE mampu menjana kuasa 136hp dan tork 190Nm. Ia dilengkapi enam beg udara SRS dan sistem Electronic Stability Control Nissan, dikenali sebagai VDC (Vehicle Dynamic Control), TCS (Traction Control System) dan AUC (Active Understeer Control).

Nissan Teana NISMO Performance Packages dipasang di kilang, mematuhi Standard Kualiti Global Nissan dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Galeri Gambar Pelancaran Nissan Teana NISMO Performance Package

Silakan kongsi: