Informasi Ringkas Mengenai WD40

wd-40-2016-06

Kata-kata bijak dalam kehidupan, anda memerlukan dua barang penting dalam hidup anda – pita saluran (Duct Tape) dan WD-40® Multi-Use Product. Jika sesuatu benda yang tidak seharusnya begerak tetapi bergerak, gunakan pita saluran (Duct Tape). Jika sesuatu benda yang sepatutnya bergerak tetapi tidak bergerak, gunakanlah WD-40® Multi-Use Product.

Tin biru dan kuning ini merupakan barang keperluan harian yang penting untuk penyelenggaraan cepat dan mudah di rumah, pejabat, bengkel kereta, kilang dan di mana-mana sahaja. Ia telah diiktiraf sebagai “toolkit-in-a-can” dan WD-40® Multi-Use Product kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.

WD-40® bermaksud Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40. Jenama ini diperolehi dari buku-makmal yang digunakan oleh ahli kimia – Norm Larsen yang mencipta formula WD-40® pada tahun 1953. Norm Larsen cuba mereka formula anti karat dengan menghilangkan kelembapan (Water Displacement). Kegigihan Norm Larsen berhasil apabila beliau berjaya menyempurnakan formulanya pada percubaan ke-40.

63 tahun kemudian, WD-40® kekal sebagai product yang tidak ternilai, dijumpai di dalam 176 buah negara.

WD-40® Multi-Use Product sesuai digunakan pada pelbagai jenis permukaan seperti logam, getah, kayu dan plastik. Ia juga boleh digunakan pada permukaan cat. Produk berasaskan petroleum seperti WD-40® Multi-Use Product adalah tidak sesuai untuk permukaan seperti Polikarbonat dan plastik polistirena.

WD-40® Multi-Use Product terkenal dengan fungsi melindungi logam daripada karat dan hakisan, menembusi bahagian tersekat, menghilangkan kelembapan dan melincirkan hampir apa-apa juga. Ia juga dapat menghilangkan gris dan kotoran daripada pelbagai jenis permukaan.

wd-40-2016-03

Formulasi ini menawarkan enam fungsi utama, iaitu:

  1. Menghilangkan kelembapan – WD-40® menghilangkan kelembapan, ia dapat mengeringkan sistem elektrik dengan cepat untuk mengelakkan litar pintas.
  2. Perlindungan dari Karat – WD-40® melindungi permukaan logam dengan ramuan pencegah hakisan untuk melindunginya daripada kelembapan dan elemen hakisan yang lain.
  3. Penetrasi – WD-40® melonggarkan ikatan logam yang berkarat dan membebaskan bahagian logam tersekat dan beku.
  4. Membersihkan – WD-40® dapat menembusi gris, kotoran, dan minyak yang melekat.
  5. WD-40® boleh mengeluarkan label, pita, pelekat, dan sisa pelekit yang berlebihan dengan mudah.
  6. Pelinciran – Ramuan pelincir WD-40® akan berserak luas dan berpegang kuat pada semua bahagian yang bergerak
Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.