360 darjah kontra dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, Petronas kembali ke F1 dengan pasukan yang mungkin tidak terlintas di fikiran kebanyakan dari kita. Pasukan Brawn GP yang baru-baru ini dikenali sebagai Mercedes Grand Prix pada Isnin menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Petronas untuk menjadi penaja nama pasukan tersebut seterusnya mewujudkan nama baharu iaitu Mercedes GP Petronas F1 Team.
Perjanjian tersebut juga turut merangkumi kerjasama lain yang mungkin wujud antara dua syarikat ini.