Che Det: Cerita Pasal M.V Agusta Lagi!

Mv Agusta

Sekali lagi, Tun Dr. Mahathir a.k.a Che Det bercerita pasal penjualan M.V Agusta. Kali ini seperti biasa beliau mempersoalkan penjualan syarikat motosikal Itali tersebut yang pernah menjadi milik Proton sebelum ianya dijual dengan harga 1 Euro [RM4].

Di bawah ini adalah salinan entri Che Det dari blognya, chedet.co.cc

1. Robb Report – the magazine for the rich and famous reported in its February 2010 edition the following under “Front Runners”;

“A new MV Agusta that lives high off the hog… Since acquiring MV Agusta for more than US$100 million in 2008, Harley-Davidson has helped revitalise the 65-year-old Italian brand. The new 2010 MV Agusta (www.mvagustausa.com) which debuted in November….”

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Pipi: Selingan Mata [7]

Ford Cortina Mark 3

Bukan senang nak ejas Pakcik Keropok suruh jual kereta ni. Dah ramai yang cuba. Memang tak jalan. Semuanya kecewa dan pulang dengan tangan kosong, lalu beli KE70 bawah pokok pisang. Nantikan ulasan penuh gua setelah sekian lama tak mendalami dunia automotif.

-Pipi-

Silakan kongsi:

Kereta Racing Mazda RX-8!

Gambar di atas adalah 7 buah Mazda RX8 yang bertanding dalam perlumbaan Rolex 24 di Daytona, Amerika Syarikat pada 30-31 Januari 2010 lepas. Siaran media yang Mazda bagi tak banyak sangat spesifikasi, cuma dia tulis RX-8 dengan 500 kuasa kuda.

Kacak juga corak resing kereta ni. Macam kereta mainan Mattel pun ada.

Klik gambar untuk imej skala hypermarket.

Sumber: Mazda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Nissan Juke: Paling Baru Dari Nissan!

Nissan Juke

Nissan Juke, produk terbaru dari Nissan, pembuat  GTR dan Murano. Setakat ini, saya tak reti nak tafsir bahasa desain Juke ini.

Sumber: Nissan

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: Vitaly Petrov – Bapa Gua Bagi Duit Racing!

Vitaly Petrov

Ingat lagi tak kisah Vitaly Petrov dari Rusia yang menawarkan kepada bakal bos dia €15 juta untuk F1 musim 2010? Mengikut suratkhabar Bild dari Jerman, firma di belakang Petrov adalah dari Rusia iaitu Sberbank dan Gazprom.

Nampaknya laporan tu semua gosip macam majalah Mempelam. Dari mulut Vitaly sendiri dia cakap, “Bapa gua yang bagi duit untuk gua berada di sini”.

Vitaly kini satu tim dengan Robert Kubica yang bakal memandu untuk Renault. Dan dengar kata ada pemandu lain yang sanggup bayar 2 kali ganda kepada Renault, tapi mereka memilih Vitaly kerana yakin dengan kebolehannya dan beliau merupakan pintu kepada Rusia.

Sumber gambar: Wikipedia

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Panas: Imej Pertama Lotus F1 Racing!

Lotus F1 Racing

Berita pertama tentang penubuhan tim 1Malaysia F1 sebenarnya dilaporkan oleh GT dahulu berbanding blog lain pada pagi 15 September 2009. Kali ini saya bawakan kepada sekutu semua imej pertama Lotus F1 Racing pula! Gambar ini dirakam semalam di litar Silverstone sewaktu ujian pertama yang dipandu oleh Fairuz Fauzy. Logo penaja seperti Tune Group, Proton dan Naza jelas kelihatan pada badan kereta Lotus F1 Racing.

Apa yang saya boleh komen ialah kereta ini nampak macam kereta F1 sekolah lama!

Klik : Fairuz Fauzy pandu uji kereta Lotus F1 Racing!

Sumber: Autosport.com Sumber Logo: Lotus F1 Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

SUZUKI GSX-R750: Kita Layan Superbike!

180110-1-suzm-

Saya tahu GT lebih kepada entri kereta tapi kalau siapa yang dah lama baca blog ini, mesti perasan entri yang diterbitkan tidak terhad kepada kereta sahaja, bahkan entri pasal kereta kebal pun skru pernah buat. Oleh itu hari ini saya nak cerita pasal motosikal sebabnya saya tengok sekarang ini di atas jalan, geng-geng superbike semakin menjadi-jadi. Dengan R1, R6 ataupun ER-6N bersepah merembat atas jalanraya memanglah kecur air liur. Ada sekali tu minggu lepas saya tengok ada brader ni naik superbike apa entah dekat Damansara sana, fuh! Dengan full face dan jaket memang bergayalah. Rasa macam nak turun kereta cakap “Brader, tukar motor ni dengan kereta gua nak?”

Apapun, jom kita layan Suzuki GSX-R750 ini!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2005!

191205-1-per-

Sedang sibuk mencari bahan untuk GT, tidak semena-semena saya terjumpa dengan siaran akhbar Perodua di Negara Jajahan Bersatu [United Kingdom]. Berita pasal seorang Jururawat Daerah yang bernama Karen Young berlumba rali dengan Perodua Kelisa. Kita baca sikit siaran akhbar ni, maafla kalau ayat artikel ni skema. [Kalau Matpon dia salin sebiji-sebiji macam artikel Toyota Ahad lepas.]

_____________________________________________

Perodua Kelisa telah membuktikan versalitinya sekali lagi dengan memperolehi kejayaan semasa Lombard RAC Revival Rally. Jururawat Daerah, Karen Young, yang sebelum ini cemerlang di World Cup Rally dan Welsh Endurance Rally, memandu Kelisa hingga ke tempat 28 keseluruhan dengan suaminya sebagai jurupandu arah. Karen juga berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam kelas walaupun berhenti semasa berlumba untuk membantu pelumba lain yang cedera!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: