Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2005!

191205-1-per-

Sedang sibuk mencari bahan untuk GT, tidak semena-semena saya terjumpa dengan siaran akhbar Perodua di Negara Jajahan Bersatu [United Kingdom]. Berita pasal seorang Jururawat Daerah yang bernama Karen Young berlumba rali dengan Perodua Kelisa. Kita baca sikit siaran akhbar ni, maafla kalau ayat artikel ni skema. [Kalau Matpon dia salin sebiji-sebiji macam artikel Toyota Ahad lepas.]

_____________________________________________

Perodua Kelisa telah membuktikan versalitinya sekali lagi dengan memperolehi kejayaan semasa Lombard RAC Revival Rally. Jururawat Daerah, Karen Young, yang sebelum ini cemerlang di World Cup Rally dan Welsh Endurance Rally, memandu Kelisa hingga ke tempat 28 keseluruhan dengan suaminya sebagai jurupandu arah. Karen juga berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam kelas walaupun berhenti semasa berlumba untuk membantu pelumba lain yang cedera!

Lombard Revival Rally 2005 mengimbas kembali Lombard Rallies yang terkenal dulu dengan lebih dari 50 ujian dan tiada krew servis dibenarkan. Perlumbaan ini bermula di Oxford pada Khamis, 24 November bergerak ke Chester sebelum tamat di Llandudno pada Ahad, 27 November dengan jarak keseluruhan merangkumi 1250 batu. 300 batu dari jarak ini adalah di tanah persendirian, rumah-rumah dan lapangan terbang. Pada satu Special Stage [SS] di Silverstone, Kelisa tersebut mendapat tempat kedua terpantas dari keseluruhan 140 buah kereta.

Kelisa tersebut telah mengharungi pelbagai laluan termasuklah di dalam hutan dan bukit dan kadangkala dalam ais dan salji. Pada hari pertama perlumbaan lagi Karen berjaya mendapat tempat ke 17 keseluruhan selepas bermula dari tempat ke 119. Menurut Karen, Kelisanya sangat ekonomikal dan hanya perlu mengisi minyak 2 kali sehari dengan kos separuh dari kereta-kereta lain. Kemahiran Karen sebagai Jururawat juga terbukti bila seorang pemandu lain mengalami kecederaan di kepala. Selepas merawatnya, Karen kembali ke Kelisanya dan terus berlumba.

“Saya sangat teruja dapat melakukannya dengan sangat bagus.” kata Karen. “Kelisa adalah kereta kecil yang menakjubkan dan tidak ketinggalan rentak walaupun dengan keadaan yang sangat mencabar”.

Karen dan suaminya berkeyakinan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada tahun 2006 dengan pengalaman yang mereka peroleh pada tahun ini.

____________________________________________

Pemilik Kelisa dan bekerja sebagai Jururawat mesti bangga baca berita ni. Agaknya Puan Karen dah pakai kereta apa sekarang? Dan sebelum Jeremy Clarkson letupkan Perodua Kelisa patut dia jumpa dulu dengan Puan Karen minta nasihat.

Sumber: Newspress/Perodua

-Mak Uia-

Muhammad

16 Comments

  1. nurse rilek je bw kelisa main rali..kt sini beli kelisa bw pg pasar pn kena kutuk..adoi

  2. perghhh aku memang bangga ngan kelisa……buat terkedu siap rawat org dl pastu lumba lg perrrggghhhhhh….dpt no 3 lg tu…mmg hebat lah

  3. kelisa masuk ralli pun hebat… tabik kat nurse nih….
    yang jeremy clarkson tuh… nak kutuk kelisa masuk ralli la tengok…

  4. matpon..
    ni kelisa 850 kn?? sbb kt malaysia kelisa bumper flat black cmni cc die 850 je… bpak gua ade sjibik…tpi xwat rally aa…

    kalau la gua dgil nak wat gak..sia2 je gua nti kene sumbat ngn smbal belacan gaul ngn wasabi kat idung gua nti… hahahaengkogilematpon…

  5. kelisaaa…kat malaysia champion,kat uk champion…dah boleh duk 1 line ngan neo rs2000 nih..tepuk tepuk…

  6. sape kata kete buatan malaysia xde kualiti!!!!
    Puan Karen dh bukti kn…
    aku ckup pns bile tgok kete kelisa kne boom kt topgear…..

  7. apis…yang anti Kelisa dalam Topgear tu Jeremy sorang jer…pendek kata dia memang anti kereta Asia Kelas B

    Tapi sorang lagi pengacara TG, James May memang suka ngan Kelisa. Tak caya? try belek youtube..

  8. sorg lg org putih yg sedar kelebihan kelisa…
    bl la gamaknya mamat topgear 2 nk tobat n kutip balik part2 kelisa yg die kasi letop hr 2…

  9. kelisa memang best utk pulangan modal n performance,aku pernah tapau caldina gt4=high boost dan lancer gt singapore,masa ke genting highland dgn 4 org penumpang,time tu ada function speed master, panas gak la acai gt4 tu,tp apesal kat uk harga kelisa scond hand x sampai 5 ribu,evo 7 pun x sampai 50 ribu,apasal msia x camtu,panas tul aku dgn org yg buat dasar bodoh yg menindas ni, hanya menguntungkan org kaya jahillyah je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *