F1: Vitaly Petrov – Gua Boleh Bayar 15 Juta Euro!

Vitaly Petrov

Ini entri ringkas tapi menarik. Vitaly Petrov menawarkan kepada bakal bos dia €15 juta untuk F1 musim 2010. Petrov yang berusia 25 tahun dari Rusia ni bukan calang-calang pemandu.

Tahun lepas dia dapat nombor 2 dalam kejuaraan GP2 di belakang Nico Hulkenberg dan khabarnya bakal memandu untuk Renault ataupun Campos.

Mengikut suratkhabar Jerman, Bild, firma di belakang Petrov adalah dari Rusia iaitu Sberbank dan Gazprom.

Pengurus Michael Schumacher dan Hulkenberg, Willi Weber cakap soal bayar-bayar ni biasa dalam F1.

“Hanya 6 atau 7 pemandu top saja yang betul-betul buat duit, yang lain tu semua bawa duit untuk tim diaorang. Siapa-siapa yang mula macam tu maknanya dia akan terus buat macam tu sepanjang karier melainkan dia betul-betul berbakat,” kata beliau.

Sekutu jangan tak tahu, Schumacher bayar Eddie Jordan [Jordan - Ford] lebih kurang $200,000 semasa penampilan GP sulung beliau di Spa, Belgium pada tahun 1991.

Sumber: Motorsport.com Sumber gambar: Wikipedia

-Mak Uia-

Popularity: 9% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. F1: Michael Schumacher: Gua Tak Nak No. 4!
  2. F1: Michael Schumacher Resing Balik Jo!
  3. F1: Trulli, Kovalainen, Fairuz Pemandu Lotus F1 Racing!
  4. Lotus Exige S Type 72!
  5. MRC 2009: Karamjit dan GSR Pennzoil Juara!

7 Komen lu orang:

  1. tak berapa la pulak gua nak kena bayar kalau gua pun nak apply sama..

  2. jalan tar kampung

    jgn xtau pulak,skrg dlm dunia semua berbayar..ahhaa..

  3. byk duit beliau….gua tak ckup lgi 1 paun je nak bayor…..nasib…

  4. mana nak cekau duit bebanyak….masuk MLM belum tentu masyuk…

  5. kisah ni macam ala2 @lex y**ng je..

  6. duit duit dimana kau duit

  7. duit kat bank la….mane lagi….huhuhuhu

Lu komen kat sini: