WRC Sweeden: Hirvonen Juara!

Mikko Hirvonen

Pemandu Mikko Hirvonen dan jurupandu arahnya dari BP Ford Abu Dhabi World Rally Team memulakan pusingan pertama FIA World Rally Championship 2010 dengan menjuarai Rally Sweeden hujung minggu lepas. Perlumbaan ‘atas ais’ yang berlangsung selama 3 hari tersebut merupakan kemenangan ke 74 Ford dalam sejarah WRC.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Tahukah Anda, Kereta Pasaran Tempatan Mahal Dari Pasaran Amerika?

Tahukah anda kereta di pasaran domestik [tempat asal kereta] lebih mahal daripada pasaran Amerika Syarikat? Contohnya adalah seperti berikut:

  • Hyundai Genesis 3.8l
  • Harga di Korea: 45,893.09
  • Harga di AS: 31,203.82
  • Lexus GS350
  • Harga di Jepun: 45,458.49
  • Harga di AS: 37,635.81
  • BMW 550i
  • Harga di Jerman: 85,093.43
  • Harga di AS: 49,804.43

*Harga dalam Dolar Amerika Syarikat

Antara faktor perbezaan harga ialah jenis aksesori dan faktor paling utama adalah kerana struktur cukai. Saya harap sekutu semua faham kenapa harga Proton dan Perodua lebih murah dipasaran luar.

Sumber: joongangdaily.joins.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Selingan Mata [9]

Honda Type R

Kekuatan Impian. The Power of Dreams.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Daihatsu Sirion: Perodua Myvi!

Daihatus Sirion

Cuti yang panjang bermakna pembaca pun tak ramai. Saya nak menulis pun tak berapa nak sedap sebabnya yang baca pun sikit saja. Senang cerita saya buat entri bergambar sajalah. Saya sebenarnya nak cari gambar Toyota Passo terbaru tapi jumpa Daihatsu Sirion pula. Tapi tak apalah sebab kereta ini pun memang kembar tak seiras dengan Perodua Myvi dan eloklah juga kita layan gambar-gambar ini. Paling koman pun boleh cerita pada kawan-kawan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Hyundai i-flow!

59786hyu-

Gua rasalah Pameran Kereta Geneva ni macam nak raya bagi syarikat kereta. Semua pakat sibuk nak tunjuk kereta konsep masing-masing. Kalau Geneva tu macam nak pergi Singapura gua syak mesti Baii dah ajak gua pergi. Mat Kacau tak bayar PTPTN jadinya selamat tinggal lah dia. Yang ini pula kereta konsep Hyundai yang dinamakan dengan nama i-flow, nasib tak letak i am handsome.

Gua nak tulis panjang pun tak reti, i-flow ni desain di studio Hyundai di Russelsheim, Jerman dan ikut konsep fluidic sculpture. Benda apa pun gua tak tau.

Babai.

Sumber: Newspress/Hyundai

-Matpon-

Silakan kongsi:

Jualan Perodua Meningkat di UK!

Perodua Myvi

Perodua United Kingdom [UK] memulakan tahun 2010 dengan jaya nya apabila mencatatkan peningkatan pendaftaran kereta 67.6% berbanding Januari tahun lepas dalam pasaran yang juga meningkat 29.8% berbanding tahun lepas. 2009 juga merupakan tahun yang elok buat Perodua walaupun dengan kesuraman ekonomi. Pendaftaran keseluruhan Perodua pada tahun 2009 meningkat 4.2% dan ini dicapai dalam kejatuhan pasaran sebanyak 6.4%.

Model yang membantu peningkatan jualan tidak lain tidak bukan ialah Perodua Myvi. Pada tahun 2009 jualan Myvi meningkat 44.3% berbanding 2008 dan pada Januari 2010 pendaftaran Myvi meningkat mendadak dengan 121% lebih tinggi berbanding 2009 dan ini merupakan permulaan yang baik untuk Perodua.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Imej Lotus Racing!

Lotus Cosworth T127

Lotus Racing semalam melancarkan secara rasmi kereta F1 nya, Lotus Cosworth T127 di Royal Horticultural Hall, London. Majlis tersebut dihadiri oleh Prinsipal tim, Tony Fernandes, Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne dan barisan pemandu iaitu Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan pemandu tunggal negara, Fairuz Fauzy. Majlis juga turut disertai oleh 500 penonton.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Audi A1: Kereta Kecil Warna Merah!

Audi A1

Tajuk kereta kecil warna merah ini datangnya dari lagu klasik sekolah rendah “Bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah..bla..bla..bla” Sebabnya kereta ini adalah kecil atau kompak dan warna dia terang. Biasanya orang Jerman tak suka warna yang menyerlah macam ini sebab diaorang tak suka kereta yang seolah menjerit agresif, stail Jerman adalah cool dan tajam dalam lembut. Itulah definisi cantik pada kebanyakan orang Eropah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: