Daihatsu Sirion: Perodua Myvi!

Daihatus Sirion

Cuti yang panjang bermakna pembaca pun tak ramai. Saya nak menulis pun tak berapa nak sedap sebabnya yang baca pun sikit saja. Senang cerita saya buat entri bergambar sajalah. Saya sebenarnya nak cari gambar Toyota Passo terbaru tapi jumpa Daihatsu Sirion pula. Tapi tak apalah sebab kereta ini pun memang kembar tak seiras dengan Perodua Myvi dan eloklah juga kita layan gambar-gambar ini. Paling koman pun boleh cerita pada kawan-kawan.

Daihatsu Sirion

Sebelum itu biar saya cerita sikit pasal Daihatsu Sirion. Model ini adalah edisi istimewa [SE] atau nama betulnya Daihatsu Sirion SE+. Enjinnya 1000 cc DVVT dan paling bagus sekali ialah aksesorinya. Ada cermin suria [sunroof] Webasto, sensor hujan, side moulding pintu, stereng dan tombol gear balut kulit.

Daihatsu Sirion

Aksesori standard lain ialah penyaman udara, ABS dengan EBD, dua beg udara, radio dengan pemain CD, 4 tingkap kuasa dan kunci berpusat. Selain dari itu rupanya model UK ini suspensi belakangnya sudah ditala untuk pemanduan yang lebih mantap.

Daihatsu Sirion

Daihatsu Sirion

Harganya pula? Kalau model standard kapak atau Sirion 1.0S ialah GBP 8,320 dan untuk model Sirion SE+ ialah GBP 9,670.

Sumber: Newspress/Daihatsu

-Mak Uia-

Muhammad

21 Comments

  1. “suspensi belakangnya sudah ditala untuk pemanduan yang lebih mantap”<—kelakar ayat ni..mantap mcm mane tu sirion se ni?sama je out xbleh bla..bwk mak g mkn cendol boleh la..

  2. WALAUPUN stendet je rupe dia,tapi dilengkapi banyak aksesori yg best..sunroof tu..

  3. Perodua kalo berani kuarkan la MYvi baru aksesori same cam SIRION ni….baru la bawak anak kat tepi pantai leh jenguk pala ikut sunroof…Amacam ade bran..??

  4. aku pernah nampak org singa pura2 pkai kete ni….
    kwn aku leh ckp ni model myvi se paling latest kt pasaran…
    padahal dah jelas terpampang logo daihatsutun….
    japgi ade la myvi versi sunroof pnye…
    harge jgn cakap r, lbih kurang sama ngn persona m line…
    kot2 lebih…

  5. tp aku rase myvi lg bgus dr persona utk jgka pjg.
    cuba bndingkn skrg cmna market wira sconhand dgn produa sconhand
    nnti cmtu lh persona ngan myvi haaaa

  6. pesona dgn myvi…
    laju g persona…. cc 1.6 bonet bsr… bro…
    myvi bru cc 1.3.. bonet kecik..
    ssh bwk brg klau nk blk kg…

  7. ok laaaa tu….persona entah enjin china ke korea ke kg gong ke…oklah tampal lmbg pro2…….dashboard pon ok wat…kualiti plastik ok wat…..oklah..hrp pro2 kuarkan cpt2 model baru tu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *