Proton: Evora, Geneva, Rakan Strategik & Campro Turbo!

Proton Gen.2

Awal minggu ini terdapat beberapa berita menarik tentang Proton. Sewaktu lawatan Tun Dr. Mahathir ke kilang Lotus, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin berkongsi beberapa perkembangan Proton, antaranya:

Geneva

  • Selepas 25 tahun, Proton akan kembali serius dalam pasaran global. Penyertaan sulung di Geneva adalah langkah pertama ke arah objektif tersebut.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Guy Wilks Sekarang Pandu Skoda!

Skoda Fabia S2000

Ingat lagi Guy Wilks? Pada musim Intercontinental Rally Challenge [IRC] 2009, Encik Guy lah yang memandu Proton Satria Neo S2000. Untuk musim 2010, beliau akan memandu untuk tim Skoda UK Motorsport dan akan menyertai Rally International de Curitiba, Brazil, pusingan 2 IRC dari 4 hingga 6 Mac dengan jentera Skoda Fabia S2000.

Memandangkan cuaca di Brazil panas, Encik Guy telah berlatih kecergasan dalam bilik sauna dan stim untuk simulasikan keadaan dalam kokpit kereta nanti. Encik Guy sekarang berada di tangga keenam dalam kedudukan kejohanan.

Saya bukannya nak cerita pasal Encik Guy tapi nak tunjuk kereta dia sebenarnya. Nampak ganas jugak Skoda ni. Tapi ada sekeping saja gambar yang diberi.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Kereta Keselamatan F1 Paling Berkuasa!

Mercedes-Benz SLS AMG

Secara serius, perlumbaan F1 kalau tak ada aksi kejar mengejar dan drama lain-lain adalah membosankan. Terutama sekali bila mana kereta bakal juara berada paling depan sekali dan kereta lain jauh di belakang. Dan paling menarik sekali bila pengulasnya cakap Inggeris ala Matpon dengan loghat Yorkshire. Memang tak boleh nak tangkap langsung.

Apa pun selain dari perkara yang saya nyatakan di atas ada lagi yang menarik, contohnya kereta keselamatan F1. Dan untuk perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain pada 12-14 Mac kelak, Mercedes akan memperkenalkan kereta keselamatan baru menggantikan SL 63 AMG yang digunakan pada tahun 2008 dan 2009.

Kereta yang akan digunakan ialah Mercedes-Benz SLS AMG. Kereta dengan pintu buka ke atas.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Fairuz Fauzy Di Litar Barcelona!

Fairuz Fauzy

Fairuz Fauzy berjaya menamatkan 76 pusingan pada hari pertama ujian Lotus T127 di litar Barcelona. Pada cuaca yang panas dan litar yang kering tim Lotus Racing berjaya mencapai kesemua objektif dan kini menunggu Jarno Trulli untuk ‘memulas’ stereng hari ini dan esok.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Tengku Djan Masuk AC Di Sini!

Tengku Djan

Macamana gua nak kira ni? Nampaknya rancangan hiburan pun panggil orang motorsport masuk rancangan diaorang. Gua harap lepas ni anugerah Mempelam tak ada kategori pelumba lelaki/perempuan popular. Kucar-kacir nanti budak-budak nak ujibakat main drift.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Kereta Konsep Bandar Proton!

Logo Proton

Rumah desain Itali, Italdesign Giugiaro telah meriliskan imej terbaru kereta bandar konsep Proton. Model tersebut menggunakan chasis yang sama dengan kereta konsep sebelum ini cuma imejnya lebih ranggi dengan 2 pintu tanpa tiang B. Selain dari itu, turut disertakan adalah gambar dalaman kereta tersebut yang mana ruang kaki dikatakan setara dengan kereta segmen C, D dan SUV.

Satu lagi perkara yang menarik adalah kereta ini tarik belakang!

Klik untuk gambar: Kereta Konsep Proton!

Sumber: Autocar.co.uk

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!

MAM Kart Slalom Series

MAM Kart Slalom Series 2009 Rd 4 [27 Feb 2010]

MAM Autokhana Series 2009 Rd 4 [28 Feb 2010]

Pusingan Akhir, Kawasan Parkir Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh.

MAM Autokhana Series 2009

Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana sudah mula mendapat tempat di hati peminat-peminat sukan permotoran tanahair.

Sepanjang 3 pusingan yang telah dilangsungkan sebelum ini, MAM Autokhana telah Berjaya menarik minat & mengumpulkan peserta-peserta dari Lembah Klang, Perak, P.Pinang, Kedah & Perlis. Acara asas sukan bermotor yang mempunyai kos penyertaan paling murah ini turut menjanjikan cabaran litar yang sangat menarik di kawasan parkir kereta Giant Tambun Ipoh ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: