Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Lotus Racing Factory

Sepanjang lawatannya, beliau diberi taklimat terperinci tentang pelbagai aspek kilang Formula 1. Beliau juga turut diberi peluang untuk duduk didalam kokpit Lotus T127 semasa enjin dihidupkan. Tun Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan sukan permotoran skala besar dalam negara dengan pembinaan Litar Sepang dan penganjuran pelbagai sukan permotoran antarabangsa.

Lotus Racing Factory

Tony Fernandes dan pemegang saham Lotus Racing lain, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin berbangga dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. “Ianya sangat mengujakan untuk kami dan tim bila mana Tun Dr. Mahathir dapat datang ke Norfolk dan merasmikan kilang kami. Beliau adalah Bapa sukan permotoran di Malaysia, dengan visinya melahirkan Litar Antarabangsa Sepang dan Grand Prix Malaysia dan menginspirasikan kami untuk menggapai langit dan mencapai impian – dan ini satu penghormatan yang hebat untuk kami menyambutnya di sini dan kami sangat berbangga beliau telah membuka kilang kami hari ini,” katanya.

Lotus Racing Factory

Lotus Racing Factory

Tim Lotus Racing menghabiskan ujian rasmi minggu lepas di Jerez dan sekarang ini bergerak ke Barcelona untuk ujian terakhir sebelum pusingan sulung F1 di Bahrain daripada 12 hingga 14 Mac kelak.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • bunta889 on February 24, 2010 at 12:06 pm
    • Reply

    adui..ade manfaat pada teknologi keta mesia ke ni?..

    • on February 24, 2010 at 12:56 pm
    • Reply

    Harap2 akan ade peluang untuk jurutera2 terbaik m’sia untuk menfaatkan ilmu dorg kat sini…

    • azint on February 24, 2010 at 2:13 pm
    • Reply

    power la…bangga aku jd rakyat malaysia…mcm plik plak aku ble org pikir xde mnfaat pada teknologi keta malaysia..mesti la ade..malaysia terlibat dgn f1 yg merupakan pusat perkumplan kereta2 termaju..msti ade manfaat..ape daa..otak sempit!

    • gdont92 on February 24, 2010 at 2:18 pm
    • Reply

    apelah bunta889….ko ptt nye bngga…bkn ktok…laen r ko ni pendtng asing…malaysia msok f1…tu pon nk ktok…

    • azwan nbs on February 24, 2010 at 4:31 pm
    • Reply

    tul tu…

    aku setuju sgt….

    sedar la skit…masok f1 nie pon kire nasib…

    • on February 24, 2010 at 4:38 pm
    • Reply

    Rileks2…Jgn mare2…
    Kawan kite sekadar bertanya jer tu…
    Bnyk bersabor yek kengkawan…

    • speed on February 24, 2010 at 4:53 pm
    • Reply

    erm yg pelik nya bukan kerjaan ckp dia nak bukak lotus racing kat sepang ke? and sepang dijadikan trek rasmi lotus f1???

    mcm kena tipu je…

    • azliskacinta on February 24, 2010 at 6:14 pm
    • Reply

    mesti dibongkarkan…

    • Sekeru Longgaq on February 24, 2010 at 6:45 pm
    • Reply

    kena panggil aduan rakyat ni buat liputan

    • ala lingkup on February 24, 2010 at 7:04 pm
    • Reply

    campro turbo kuar ujung taun ni paling cepat x pun awal taun depan

    • mugenRR on February 24, 2010 at 7:30 pm
    • Reply

    campro turbo???
    cam baek je….

  1. mimpi la campro turbo…

    dengar cite nak kuar enjin baru plak…campro 2.0

  2. salam…. mak uia..saya baru sahaja join blog ni… so kite leh kongsi2 info automotif…layari juga blog saya…

    http://prodas.wordpress.com/

    • Joule on February 25, 2010 at 12:43 am
    • Reply

    Barangkali Campro 2.0 Turbo..
    Amacam..

  3. tabik respek Tun M…HAITTTTTTTTTTTT!!!

    p/s : once upon a time, Ku Li said,”Malaysia has no capacity to make cars”

  4. tak ahh…kalau Proton kompom kuar enjin Turbo dah lama diorang keluarkan dah…

    masih ingat lagi projek ‘Proton Sembilu’?

    • jual air soya on February 25, 2010 at 12:24 pm
    • Reply

    tul 2 gdont92..bunta889 kne open sket otak 2..klu kete mlysia dpt serpihan2 technology f1 pn da alhamdulillah..bkn technology pd kete je yg dorg tgok,ada nyer tim f1 sendiri ni supaya sng ank2 muda kite leh study cmner nk jd enggineer f1…automotif tech termaju,bkn stakat kje kilang proton je..

    • saripdol on February 25, 2010 at 3:16 pm
    • Reply

    ade 1.6 campro turbo dlm thn ni gak.engin mitsubshi 2.0 @1.8 utk sedan baru yg tk lme lgi kluar

    • shafiqalias on February 27, 2010 at 7:11 pm
    • Reply

    kt brita de la diorang ckp psl campro turbo
    x hujung taun ni,awl taun dpn

    • bawang on February 27, 2010 at 7:37 pm
    • Reply

    bagi aku..enjin turbo nih…x brapa praktikal untuk kegunaan harian…pasal enjin turbo lebih banyak parts dari n.a enjin..jadi kos untuk maintenance mesti lagi lebih banyak..baik proton hasilkan enjin yang praktikal buat masa skrng nih…enjin yang menjimatkan minyak..!!

    • speed on February 28, 2010 at 1:37 am
    • Reply

    mmg confirm proton keluar turbo utk ezora cps tahun depan lepas dia keluarkan dua model kereta ganti waja and perdana tahun ni.tp turbo tu utk org yg mintak sahaja dia keluar secara kecil2.

    and sapa kata turbo x praktikal?? turbo lg efisien dr na, sbb dgn cc rendah leh generate lg byk power.

    • bunta889 on March 1, 2010 at 12:41 am
    • Reply

    maksud aku keta on d road kat mesia..kalu diorg invest kat rally kan lagi baik..belanja tak besar..keta pun mmg kita guna..cth keta F1 guna gear paddle shift..keta proton takde lagi pun..enjin v10..mane ade keta proton v10..jauh lagi nak sampai teknologi F1 ke keta proton..cuba matpon bgtau berapa belanja untuk menyertai F1(sukan termahal di dunia) ni dalam RM..dalam sibuk2 team honda, toyota tarik diri tetiba malaysia boleh masuk lak..banyak sangat ke duit mesia ni..cukup kaya sangat ke rakyat malaysia ni..bukan tak bole nak invest dalam F1..cuma aku rase belum sesuai lagi..layan WRC la..hehe

    • nohara shinosuke on March 3, 2010 at 2:58 pm
    • Reply

    setuju dengan bro bunta. Hidup Mahathir

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.