Guy Wilks Sekarang Pandu Skoda!

Skoda Fabia S2000

Ingat lagi Guy Wilks? Pada musim Intercontinental Rally Challenge [IRC] 2009, Encik Guy lah yang memandu Proton Satria Neo S2000. Untuk musim 2010, beliau akan memandu untuk tim Skoda UK Motorsport dan akan menyertai Rally International de Curitiba, Brazil, pusingan 2 IRC dari 4 hingga 6 Mac dengan jentera Skoda Fabia S2000.

Memandangkan cuaca di Brazil panas, Encik Guy telah berlatih kecergasan dalam bilik sauna dan stim untuk simulasikan keadaan dalam kokpit kereta nanti. Encik Guy sekarang berada di tangga keenam dalam kedudukan kejohanan.

Saya bukannya nak cerita pasal Encik Guy tapi nak tunjuk kereta dia sebenarnya. Nampak ganas jugak Skoda ni. Tapi ada sekeping saja gambar yang diberi.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • on 27/02/2010 at 3:58 PM
    • Reply

    Gua 1st….
    Apsal kete ni tak masuk pasaran M’sia ek?

    • strokeboi on 27/02/2010 at 5:46 PM
    • Reply

    caparZo : skoda de juai kat m’sia.

    • bawang on 27/02/2010 at 6:29 PM
    • Reply

    ni model baru skoda fabia rasanya…kalau model dulu…enjin dia 1.4 fsi..sama macam volks polo..platform pon sama dgn polo…pasal skoda nih under vw group…republic chech munyer comp tp kena jual kat vw..skoda dibawa masuk oleh auto praha kat malaysia nih…aku penah lenjan skoda octavia 2.0 fsi main pick up dgn camry 2.4…kena titik camry tuh..

    • Joule on 27/02/2010 at 9:03 PM
    • Reply

    Ada jual tp lg ramai yg beli jazz..
    Harga pn lebih kurang je..
    Agakny memang nasib kete2 conti kecik mcm ni..
    Smpi m’sia xdpt jual banyak sbb harga..

      • on 27/02/2010 at 9:04 PM
      • Reply

      Joule

      Pagi Isnin nanti ada gambar kereta best!

    • NutzeyWagen on 27/02/2010 at 10:07 PM
    • Reply

    Bukankah pada penghujung musim IRC 2009, Wilks telah pun memandu bagi tim Skoda? Beliau telah tarik keluar dari tim Proton sebab tidak bersehaluan pendapat dengan tim mengenai cara perkembangan kereta Proton S2000.
    Kalau saya silap, tolong perbetulkan. TQ.

    • on 27/02/2010 at 11:19 PM
    • Reply

    Nutzeywagen

    Betul, memang Wilks berpatah arang dengan MEM. Dan lepas tu saya tak nampak nilai berita tentang dia. Cuma pagi tadi bila buka emel dan tengok kereta dia yang cun saya terus tulis entri ini.

    🙂

    • Alif on 28/02/2010 at 5:15 AM
    • Reply

    Apesal mcm suzuki swift je ni….?

  1. setuju benar dengan kata Nutzeywagen…

    Prestasi Guy Wilks dalam IRC ada peningkatan selepas beliau memandu Skoda. Ako rasa ranking dia setiap kali perlumbaan rali pun teratas berbanding Alistair Mcrae yang menggantikan tempatnya tahun lepas?

    Takkan masa tu dia takde nilai berita lagi kot?

    Just my 50sen…

    • on 28/02/2010 at 12:04 PM
    • Reply

    ex-Z2H

    Ada ramai pemandu rali, dan untuk berlaku adil GT perlu tulis kesemuanya. Kalau saya tulis pasal Wilks, perlu juga mengenai Loeb, Hirvonen dll.

    Dan begitu juga dengan pemandu dan aktiviti auto lokal. Saya yakin nilai beritanya adalah lebih tinggi.

    Memang menjadi impian GT untuk merangkumi kesemuanya tapi buat masa sekarang yang ini sahaja termampu.

    • on 28/02/2010 at 10:22 PM
    • Reply

    Gua sekali sekala layan perahu layar. Ada peluang gua main di Terengganu tahun depan!!!

    Baru lu orang suspek sama gua nanti.

  2. mak UIA

    itu hanya pendapat saya. terpulang, kalau saya silap saya minta maaf. jangan salah erti luahan kami, peminat GT. sebab setiap luahan atau pendapat tu kan bagus untuk memantapkan lagi kolum GT…

    peace!

    • bawang on 20/03/2010 at 4:59 PM
    • Reply

    mungkin skoda superb dgn octavia akan dibawa masuk…ke malaysia

    • hanzroid on 20/08/2010 at 12:18 PM
    • Reply

    Skoda Ocatvia VRS dah sampai Malaysia. spec sama dengan VW Golf GTi

    • hanzroid on 20/08/2010 at 12:19 PM
    • Reply

    Skoda Superb baru pun dah ada, RM200k
    Ocatvia VRS RM190k, tapi tak tau apsal diorang tak buat promosi.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.