Bugatti 16C Galibier Concept!

Bugatti 16C Galibier concept

Gua saja nak tarik perhatian lu orang sebab asyik layan Proton Emas je. Gua pun rasa jaki je dengan Emas ni, kalau ikan emas tu boleh makan dah lama gua suruh goreng kicap lambang tak puas hati. Kalau lu orang nak tau, Bugatti pun layan kereta konsep juga kat Geneva. Kereta apa lagi yang gua reti tulis kalau tak Bugatti. Heh Heh Heh. Baii dengan Amid mana ada tulis kereta mahal macam ni.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Emas Country & Emas3!

Proton Emas Country

Entri kali ini adalah lanjutan entri utama Proton Emas yang disiarkan kelmarin. Seperti yang kita sedia maklum, varian Emas ada 3 iaitu Emas, Emas Country & Emas3. Dalam entri ini, saya akan bercerita secara ringkas tentang Emas Country dan Emas3.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [10]

G-Klasse

Gua tau lu orang sibuk pasal Proton Emas tapi kalau lu orang terer cuba teka teki tekuk jip apa ni?

-Matpon-

ps: Janji kuota gua kerja minggu ni cukup. Heh heh heh.

Silakan kongsi:

Proton Emas!

Proton Emas

Emas atau nama panjangnya Eco Mobility Advanced Solutions adalah hasil daripada penyelidikan yang memakan masa bertahun lamanya. Dibangunkan untuk Proton, ianya direka untuk mengoptimumkan ruangan dalaman dan ergonomik masuk dan keluar kereta. Keluasan dalamannya adalah setara dengan kereta sedan dengan saiz luaran kereta supermini. Emas dijanakan oleh kuasa bateri dan enjin ‘range extender’ hasil kejuruteraan Lotus. Keluarga Emas terdiri dari 3 varian iaitu Emas, Emas Country dan Emas3.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Panas: Proton EMAS!

Proton Emas

Untuk negara kita berada pada tahap ini bukan mudah. Ulasan penuh dan gambar dalam entri akan datang.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Majalah KERETA 123!

Majalah KERETA 123

Majalah KERETA paling baru sekali dah keluar! Sedar tak sedar dah edisi 123 rupanya, one..two..threee…two and three.. I love you.. You Love Me?! Teringat pula gua Salleh Yaakop nyanyi lagu dalam cerita apa tah. Macam bulan lepas gua bagi down payment sket apa Baii tulis…

___________________________________________________

Kisah Pembakar Roti Saya

Masa mak saya kawin dengan bapak saya dulu, mereka telah membeli TV bewarna jenama Sharp. Masa tu saya belum lahir, TV bewarna memang gempak habis kat Kem Askar Tambun, Ipoh. Sehingga beberapa tahun lepas, kebanyakan perkakasan elektrik di rumah kami adalah dari generasi sewaktu bapak saya seorang askar. Itu adalah peralatan tahun 70-an dan 80-an yang mana termasuklah sebuah kipas meja dan sterika National, dapur memasak dan peti sejuk Zanussi dan pembakar roti National. Selain daripada TV yang rosak tak menghasilkan warna selepas 30 tahun digunakan, hanya kipas dan peti sejuk sahaja yang terpaksa ditamatkan perkhidmatannya. Bukan kerana bahagian elektrikalnya rosak, tapi kerana fizikal karat besi. Encik kipas meja itu pula bergoyang tak ingat sebab casisnya yang semakin lemah. Motornya? Boleh hidup lagi sampai hari ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua: Myvi 1.5, SE Baru & Enjin Hybrid!

Perodua Myvi

Dalam entri sebelum ini saya menulis perkembangan terkini Proton dan pada hujung minggu lepas Perodua mendedahkan perancangan jangka masa pendek dan sederhana mereka. Seperti yang didedahkan akhbar Utusan Melayu kelmarin, Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkongsi serba sedikit perancangan mereka, antaranya:

Perodua MyVi 1.5 liter

  • Sebelum ini kita mendengar khabar angin sahaja dan nampaknya sudah disahkan oleh bos Perodua. MyVi 1.5 liter akan tampil dengan beberapa perubahan terhadap model sediada. Tarikhnya? Kemungkinan pada April 2011.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Panas: Gambar Mazda2 di Malaysia!

Mazda2

Pada kebiasaannya, gambar kereta yang baru diimport masuk ke Malaysia dirakam di parkir JPJ Putrajaya sana. Kali ini lari dari kebiasaan, kita dapat melihat gambar kereta yang baru diimport dalam bilik pameran terus. Kereta Mazda2 yang sekutu dapat lihat ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Desainnya memang kacak tak ingat dan buat mereka yang sedang hilang punca memilih Vios TRD, City, Latio ataupun Swift apa kata cuba pertimbangkan Mazda2 ini.

Menurut sumber, harganya adalah dalam lingkungan Vios atau City.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi: