Proton Emas!

Proton Emas

Emas atau nama panjangnya Eco Mobility Advanced Solutions adalah hasil daripada penyelidikan yang memakan masa bertahun lamanya. Dibangunkan untuk Proton, ianya direka untuk mengoptimumkan ruangan dalaman dan ergonomik masuk dan keluar kereta. Keluasan dalamannya adalah setara dengan kereta sedan dengan saiz luaran kereta supermini. Emas dijanakan oleh kuasa bateri dan enjin ‘range extender’ hasil kejuruteraan Lotus. Keluarga Emas terdiri dari 3 varian iaitu Emas, Emas Country dan Emas3.

Proton Emas

Emas seperti yang kita maklum adalah suatu yang mempunyai nilai tinggi dan setinggi itulah nilai projek ini terhadap Proton dan desain automotif tempatan. Memetik kata Giugiaro, Proton Emas adalah kereta yang mana kecantikan sama penting dengan fungsi, ergonomik, keselesaan dan tidak ketinggalan, impak terhadap alam sekitar. Platformnya, yang didesain khas oleh Italdesign untuk keluarga Emas mempunyai lantai 2 lajuran yang boleh memuatkan sistem hybrid ataupun bateri di tengah lantai. Pergerakan kerusi yang boleh dilaras secara elektronik membolehkan penumpang menikmati ruang dalaman dengan efektif. Gabungan dari kedua fasiliti ini membolehkan pergerakan masuk dan keluar kereta lebih mudah terutama sekali pada bahagian belakang.

Proton Emas

Sistem enjin hybridnya direka oleh Lotus Engineering. Ianya merangkumi enjin 3 silinder 1.2 liter berkuasa 51 kuasa kuda [38kW] pada 3500 rpm dan boleh diisi dengan petrol, ethanol dan methanol. Sistem baterinya pula mempunyai kuasa berterusan 45kW dan kuasa puncak 75kW, tujahan maksimum setinggi 280 Nm pula bermakna enjin ini tidak memerlukan kotak gear konvensional! Kelajuan dari pegun ke 100 km/j memakan masa 14 saat manakala kelajuan maksimum adalah 170 km/j! Baterinya pula boleh bertahan sehingga 50 km dan untuk mengecas kembali kuasanya memakan masa selama 3 jam menggunakan plag elektrik rumah sahaja!

Proton Emas

Pada bahagian dalaman, papan pemuka didominasi oleh dua panel TFT. Monitor sebelah kanan menempatkan meter kelajuan dan indikator sistem enjin. Meter sebelah kiri pula memaparkan maklumat sistem hi-fi, telefon dan internet serta informasi lain yang ditetapkan oleh pengguna. Terdapat lagi satu panel paparan iaitu di sentral konsol dengan kemudahan skrin sentuh untuk mengawal kesemua fungsi dalam kenderaan.

Proton Emas

Proton Emas

Pada bahagian luaran pula menampilkan bahasa desain baru Proton dan khabarnya model-model masa depan Proton akan digayakan mengikut konsep ini. Walaupun Emas direkabentuk oleh Italdesign tapi pengaruh Proton masih lagi kuat seperti arca roda yang menonjol, fascia depan dan garisan-garisan keras ala Proton Savvy.

Proton Emas

Akhir sekali, falsafah, teknologi dan desain yang terdapat pada Emas ini suatu yang sangat jauh dengan apa yang Proton ada sekarang. Walaupun kereta ini hanyalah konsep tapi ianya bukti ke mana Proton hendak pergi dan apa yang ingin dicapainya. Dan momen ini berjaya dicapai selepas 25 tahun penubuhannya, suatu perjalanan yang sukar, kontroversi dan jauh.

Tahniah Proton.

Sumber: Italdesign.it & Proton Concepts.com

Mak Uia-

Ps: Lebih gambar di mukabuku GT!

Silakan kongsi:

31 comments

Skip to comment form

    • basikal on 03/03/2010 at 8:09 AM
    • Reply

    pertamanye..no 1..shabas pada proton….moga konsep menjadi realiti…dgn harga yg kompetatif

    • amy 2zz1 on 03/03/2010 at 8:30 AM
    • Reply

    tahniah proton..try setup bg autocharge masa tgh gerak,xyah pakai plug kat umah..lg hebat…

    • hennet on 03/03/2010 at 8:53 AM
    • Reply

    tahniah…pencapaian yg bersesuaian dgn status proton sbg “sbg besar” dlm dunia automotif malaysia yg kecil tp still berkembang!

    • hennet on 03/03/2010 at 8:53 AM
    • Reply

    tahniah…pencapaian yg bersesuaian dgn status proton sbg “abg besar” dlm dunia automotif malaysia yg kecil tp still berkembang!

    • Joule on 03/03/2010 at 8:55 AM
    • Reply

    Langkah berani untuk menutup mulut2 meraka yg tidak memahami..
    langkah berisiko tp ak setuju ..
    walau keuntungan sederhana yang penting untuk orang kenal siapa protn dan tau apa proton boleh bt..

    • jelapangPadi on 03/03/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    estima + myvi + savvy = tadaaaaa….jadi la emas…

    tapi gua suke…

    • on 03/03/2010 at 9:25 AM
    • Reply

    Silap2 tahun 2020 baru masuk pasaran nih…Berape le plak regenyer nnt ekk…

  1. jangkaan dalam tahun 2012 kereta ni dikeluarkan, tapi Tun suruh dipercepatkan lagi..

    • Han on 03/03/2010 at 11:13 AM
    • Reply

    syabas proton..

    • Alan on 03/03/2010 at 12:24 PM
    • Reply

    Mcm mane nk modified ni?

    • slimershine on 03/03/2010 at 1:19 PM
    • Reply

    review camni baru best. padat berisi.

    syabas proton & geartinggi!

    • 6posen on 03/03/2010 at 3:20 PM
    • Reply

    kdai abang da mule wat design….hehe…..

  2. syabas Proton!!!! agak2 berape harga nye nanti??? terasa macam nak beli!! hahaha

    • pendita_gila on 03/03/2010 at 6:10 PM
    • Reply

    harga mesti gila nyer

    • pok mat on 03/03/2010 at 8:42 PM
    • Reply

    respek..respek

    • satria_standard on 03/03/2010 at 10:36 PM
    • Reply

    tabik spring…

    • kudeta on 04/03/2010 at 7:50 AM
    • Reply

    ok, not bad. tgk video promo lat paultan pun rasanya ok jugak. dari segi penggunaan bateri utk 50 km tu mngkin blh dipertingkatkan sama ada autocharge atau buatla sesuatu yg lain. klu blh at least bg keupayaan sehingga 500 km. so dari KL balik kelate, sampai rumah kat pasir mah blh cucuk plug.

    yes, tun nak keluarkan cepat. satu cadangan yang bagus. dulu design emas ni pernah keluar pada tahun 1993 utk pertandingan grafik, tapi model tu namanya sutera. lebih kurang saje bentuknye. any, congratos!

    • Jamil Butang on 04/03/2010 at 8:48 AM
    • Reply

    tapi bumbung dia mcm lutcahaya pulak. tak panas ke kalau guna kat malaysia? aha..

    • azwan nbs on 04/03/2010 at 3:55 PM
    • Reply

    cantik la sebab nie pon kira first time proton reka kete konsep nie kan..

  3. agak2 vendor mana dapat kontrak supply interior kete ni? aku harap jgn laa org yg sama supply brg utk savvy ker blm ker waja ker kang ada laaa tak sampai 2 bulan power window rosak lah, absorber bunyi laa (unless kete ni mmg takde tingkap aku tak tau laa plak huhu) apa pun tahniah proton.. (kalau perodua rawang ceo nampak aku ckp camni abis komisen aku!@)

  4. bagi sesiapa yg tau pasal function2 dalaman proton Emas ini kongsikan info2 anda di sini…. http://prodas.wordpress.com/ banyak persoalan yg tak terjawab dan kepada sesiapa yg tau info2 function tersebut boleh lh kita kongsi sama2 di blog ini atau blog prodas…

  5. perghhhhhhhh…
    dh siap rupenyeeee

    PERODUA ade ke natang cenggini
    xde harapanla joe!!!

  6. sedara prodas

    kalau nak promosi blog sedara kat sini mintaklaaa keizinan tuan rumah .. itu aje nasihat aku sekian

    • on 06/03/2010 at 2:20 PM
    • Reply

    sedara sepat

    kalau nak promosi myvtec tolong minta izin gua, gua pun nak merasa myvtec siam

    • Kuchiki Shiroyi(Kim Hyun Su)) on 06/03/2010 at 4:36 PM
    • Reply

    What a nice looking ride,it will lift proton’s image back.I’m anxious to c this concept model became a relity.Proton must send it as soon as possible to here Labuan cuz i’m definitely going to purchase one…

    • pendita_gila on 06/03/2010 at 4:37 PM
    • Reply

    sedar matpon

    klu nak promosi veyron leh wat kat opis gua

    • sport on 02/07/2010 at 9:57 PM
    • Reply

    weh… smart giler keter buatan proton kali ni… mcm nak memilikinya hehehe…. hrp2 harge berbaloi huhuhu

    • REEZ on 10/07/2010 at 12:00 AM
    • Reply

    HOW MUCH IT COST????????

    • wan on 10/07/2010 at 9:50 AM
    • Reply

    berapa harganya?

    • amer on 10/07/2010 at 10:49 AM
    • Reply

    design smart..enjin pun termaju..full electronic..bhgian dlm memang cantik..tpi..
    kerete msia..klu dh smua elok..harga mesti melambung mcm kete import..padahal buatan msia..cth : Perdana v6..
    bagi peluang rakyat msia menikmati apa seperti negara luar seperti jepun..
    kete berkualiti..harga pun murah..memang membeli..memang memakai..tak mustahil..atas deme belake..

  7. kate nak kuar 2012..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.