Proton Emas Country & Emas3!

Proton Emas Country

Entri kali ini adalah lanjutan entri utama Proton Emas yang disiarkan kelmarin. Seperti yang kita sedia maklum, varian Emas ada 3 iaitu Emas, Emas Country & Emas3. Dalam entri ini, saya akan bercerita secara ringkas tentang Emas Country dan Emas3.

Proton Emas Country

Seperti yang ditulis dalam laman web Italdesign, Emas Country adalah sebuah SUV urban. Tetapi jika diterjemahkan ke bahasa kebangsaan Emas Country bermaksud Emas Desa. Emas Country berkongsi dimensi dengan Emas iaitu sepanjang 3550 mm, yang berbeza adalah ianya mempunyai 3 pintu berbanding 5 pintu pada Emas. Konfigurasi kerusinya turut berbeza, Emas mempunyai 4 kerusi bebas manakala Emas Country boleh memuatkan 5 penumpang. Kerusi belakangnya boleh memuatkan 3 penumpang disamping fungsi gelongsor dan boleh lipat. Apabila kerusi belakang dilipatkan, saiz bonet belakang semakin besar, dari 320 kepada kira-kira 780 liter.

Proton Emas3

Proton Emas3 pula adalah kereta yang benar-benar dicipta untuk bandar. Panjang keseluruhan kereta telah dipotong sebanyak 550 mm menjadikan panjangnya hanya 3 meter. Pintunya adalah sama seperti Emas Country dan memudahkan pergerakan masuk keluar walaupun untuk penumpang belakang. Saiz yang pendek bermakna jumlah penumpang juga sedikit. 2 di hadapan dan hanya 1 penumpang di belakang.

Proton Emas3

Proton Emas3

Proton Emas Country

Proton Emas Country

Proton Emas Country

Impak model konsep ini begitu besar dengan pelbagai reaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Antara ketiga-tiga model saya fikir Emas dan Emas Country lebih bersesuaian untuk ditawarkan pada pasaran. Konsep Emas3 adalah suatu yang luarbiasa untuk pasaran tempatan.

Nantikan entri lain mengenai Emas dalam entri berikutnya.

Sumber: Italdesign.it

-Mak Uia-

ps: Lebih gambar di mukabuku GT

Silakan kongsi:

13 comments

1 ping

Skip to comment form

    • basikal on 04/03/2010 at 8:12 AM
    • Reply

    pertama tama …..kali nye saya mengucapkan TAHNIAH!! kpd ceo proton..inilah inovasi terbaek…selamat maju jaya proton..harap kete nih betul2 kuar sbg production car..thn dpn..terima kasih huhuhuhu

    • g-mie on 04/03/2010 at 8:19 AM
    • Reply

    menyinggah ke blog ini, untuk memberikan komen..

    kalau encik basikal (basikal..??) berharap model ni akan menjadi production car, saya sokong laa.. sebab saya minat model ni.. kalau ia boleh dijadikan sebagai replacement model utk Savvy, bagus juga.. memandangkan ramai yang tidak berminat dengan rekabentuk savvy, walaupun pada hakikatnya Savvy mempunyai kemampuan yang tinggi.. cuma design nya je yang memungkinkan ramai yang tidak berminat..

    sekian~

    • on 04/03/2010 at 9:24 AM
    • Reply

    Ah balik-balik ikan emas dibawa belayar, lu orang tunggu apa gua post jap g.. jeng jeng jeng

    • on 04/03/2010 at 9:38 AM
    • Reply

    Ini bukan ikan emas dibawa belayar la Mat…
    Ini kete emas dibawa beresing…
    Kete ni gua rasa bagus dan akan memartabatkan Proton dimata antarabangsa…cuma gua risau apabila full production nnt regenyer yg tak mesra rakyat…Harap2 Proton bakal meletakan EMAS ini pada harga yg munasabah…bkn munasarawak…Ape barang buat kete nasional cantik2 …last2 cuma dpt renung jer…Lu pikir la sendiri Proton…

    • ad on 04/03/2010 at 12:56 PM
    • Reply

    kete ni target utk oversea kalo nak dpt yg ful spec mcm concept tu…so mmg mahal..sblm ni diorg fokus mesia dulu sbb tu kualiti kurang sbb org mesia nak byr murah..so mana leh wat kualiti power2 mcm kete mahal2.bila masuk pasaran luar terus tak laku sbb spec yg rendah.so skrg proton nak fokus pasaran luar dulu..spec mesti power n ikut taste europe.dah dpt smbutan baru dorg sesuaikan ngan market mesia.so,myb akan ada versi murah utk org msia sbb org mesia xmampu pon nak pkai kete yg spec power2 ni sbb mahal

    • chaoul on 04/03/2010 at 2:46 PM
    • Reply

    HARI TU AKU BACA ADA TULIS KETA NI BOLE JALAN 50KM LEPAS FULL CHARGE….X BEST AR CAM TU…. DARI MELAKA KE KL…. BELUM SAMPAI SEREMBAN DAH BERENTI TEPI JALAN…. KARAN DAH ABIS…. NAK TOMPANG CAS BATERI KAT UMAH ORANG…. KAT TEPI HI WAY MANA ADA UMAH…..

  1. aku rasa nanti bila keluar tak rupa dia macam ni laa.. mesti diroang adjust lagi utk kurangkan rege ..

    ps- nanti mesti petronas ada genset beso kat setiap stesen minyaknya utk generate power ke keter2 ni.. dah buat duit lagi..

    • azwan nbs on 04/03/2010 at 4:03 PM
    • Reply

    CANTIK…

    • selipar karat on 04/03/2010 at 5:40 PM
    • Reply

    pd gua konsep EMAS mcm ni la org nak…nak wat keta tgk market ler…wahai org2 kuat Proton..jika nak rakyat sayang kamu..cuba next time onwards…design mesti kaw2 jgn jdik mcm juara..spec mmg power tp design kantoi…sama gak ngn savvy..spec baguih giler..tp awat wat atap blakang savvy tu rendah.???cuba wat sama rata mcm proton emas laaa niiii…berderet org nak…Gua pun pakai proton..sebab tu gua sayang ngan proton…gua harap jdik la kenyataan bila kete ni kuar production besor-besoran…spec mcm kt dlm interior tu..dpt sebijik seiras pun jdla..x yahla penoh ngan alat elctronic…rosak pening nak baiki…luaran tuh kalu kekal ngn ubah skit make-up pun x per…yang paling2 kita org malaysia ni..harga hrp leh dlm target…jgn la letak sampai 80k sebijik…..dapt tgk jer….apepun ni gua punya komen…lantakla korang nak kondem per pun…tp gua sokong ngan mantan Tun Mahathir tu yang nak keta ni kuar secepat mungkin…persaingan semakin sengit…

    • shappawi_2012 on 04/03/2010 at 5:48 PM
    • Reply

    Lepas ni Viva dgn Myvi dah xda can la nak compete

  2. bagi sesiapa yg tau pasal function2 dalaman proton Emas ini kongsikan info2 anda di sini…. http://prodas.wordpress.com/ banyak persoalan yg tak terjawab dan kepada sesiapa yg tau info2 function tersebut boleh lh kita kongsi sama2 di blog ini atau blog prodas…

    • Han on 05/03/2010 at 3:43 PM
    • Reply

    bagus proton ni sebenarnya..
    cuma tang design je yang kena perbaiki..
    sebab aku tengok savvy ok dari segi spec..
    design je kena perbaiki..

    • Ayeek on 08/07/2010 at 9:44 AM
    • Reply

    Spatotnye da lama proton kuarkan versi yg sporty mcm ni, baru r blh bersaing..Harga belakang kira, org Malaysia skrg ni da mampu la. Lg satu tlg r wat kete sports ada turbo ke, supercharge ke baru r btol sports car. Mixed design europe n japanese.

  1. […] di peringkat global dan di situlah syarikat anak-beranak ini akan berkerjasama. Kemungkinan besar Proton Emas [5 pintu] akan dipasarkan sebagai Proton manakala Emas3 dan Emas Country pula sebagai Lotus. Emas […]

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.