Takuma Sato & Lotus IndyCar

Takuma Sato & Lotus IndyCar

Dalam entri Lotus IndyCar baru-baru ini, kita tak dapat tengok gambar kereta Lotus yang dah siap, saya hanya paparkan gambar virtual sahaja. Semalam masa saja-saja layari laman web Lotus terjumpa pula poster Taku dengan Lotus IndyCar. Ada 4 keping sahaja, tapi ok lah dari tiada langsung.

Warna Lotus IndyCar ini memang skema sekolah lama!

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Dato’ Sri Tony Dapat Ijazah Doktor Kehormat Dari UTM!

Tony Fernandes - Team Principal-6862a0ee

Dato’ Sri Tony Fernandes dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Inovasi Bisnes daripada Universiti Teknologi Malaysia sempena Majlis Konvokesyen ke 44 di Skudai, Johor pada Sabtu. Ijazah yang julung kali diwujudkan ini disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, YMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kerana sumbangan Tony kepada negara, kecemerlangan akademik dan masyarakat. Universiti memuji peranannya dalam merubah industri penerbangan dan memberi faedah kepada pelancong dan ekonomi setempat dan di rantau ini. Tambahan pula, penglibatan Tony dalam F1 dengan penubuhan Lotus Racing menunjukkan inovasi dengan kelas berlainan.

Naib Canselor UTM, Professor Datuk Ir Dr. Zaini Ujang pula berkata, “Kami menganugerahkan Dato’ Sri Tony dengan ijazah kedoktoran ini kerana pencapaiannya dengan AirAsia, pelopor tambang murah di Malaysia. Beliau dengan jayanya menukar syarikat penerbangan yang bermasalah kepada keuntungan dan menjadikan syarikat tambang murah terkenal di dunia melalui kepimpinan berwawasan dan pendekatan bisnes inovatif. Kami juga memujinya kerana menjadi penyumbang pembangunan akademik di UTM, melalui penglibatan beliau dalam Global Outreach Program, menyediakan graduat kepada pendedahan akademik termasuklah latihan dan peluang penyelidikan di luar negara.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

F1: Shell Taja Ferrari Sampai 2015!

293345_52959-a-ferFerrari tiada bajet promosi untuk iklan komersil skala besar di media cetak dan elektronik sebab duit yang ada dibelanjakan untuk sukan permotoran dan itulah definisi promosi untuk Ferrari. Dan di belakang Ferrari ada Shell. Gandingan kedua-dua firma tersebut dibantu faktor-faktor lain menjadikan keduanya gergasi yang dihormati dalam bidang masing-masing.

Pada Khamis lepas, Ferrari mengumumkan penyambungan kerjasama teknikal dan komersil dengan Shell sehingga tahun 2015.

Setingga kini, kerjasama Ferrari-Shell sudah merangkumi 450 perlumbaan dengan 154 kemenangan.

Sumber Teks: motorsport.com Sumber Bruno Senna: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni

httpv://www.youtube.com/watch?v=LxQ7GP3Q49c

Video kedua untuk hari ini adalah Motortrend memandu uji Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni.

Wajib tonton, pure hardcore dan tak puas tengok!

Sumber: Youtube/MotorTrend

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Tanner Foust: Street Drift Mulholland

httpv://www.youtube.com/watch?v=5Kaj0QyAUoo

Saya agak sibuk sebenarnya hari ini, tiada entri seperti biasa tapi saya gantikan dengan 2 video yang agak berbaloi untuk ditonton. Video pertama adalah Tanner Foust mengapungkan kereta Scion V8 [!] di Mulholland. Biasa layan drift Jepun kali ini kita layan Mat Saleh pula.

Tapi… kalau AS maknanya efek suntingan mesti wajib.

Sumber: Youtube/TannerFoustRacing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

LUXGEN Lagi Laku Dari Hyundai!

Luxgen

Ingat lagi entri LUXGEN, jenama Taiwan yang saya paparkan baru-baru ini? Sedikit perkembangan untuk sekutu, jualan LUXGEN MPV di Taiwan telah mengatasi jualan keseluruhan pelbagai kenderaan Hyundai.

Sangat impresif memandangkan LUXGEN hanya ada 1 model sahaja.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Honda Jazz Si

356395_230310-b-hon

Apa khabar Honda Jazz di Malaysia? Kenapa tak banyak di atas jalan? Dalam menjual produk ada 2 strategi harga, sama ada anda menjual dengan margin keuntungan besar tetapi kuantiti kecil ataupun margin kecil dengan kuantiti besar. Dan saya fikir sebab itu Proton Savvy dijual lebih mahal dari Saga, Gen.2 dan Neo lebih mahal dari Persona, Toyota Yaris lebih mahal dari Vios dan Honda Jazz lebih mahal dari City. Mungkin untung dua buah kereta sama dengan untung sebuah kereta dengan kuantiti kecil. Yang penting titik pulang modal atau return on investment samada sesebuah firma mahukan pulangan cepat atau lambat.

Dalam kes Honda Jazz, Honda Malaysia menetapkan harga premium dan berbeza di Indonesia, Jazz adalah mobil sejuta umat sebab harganya rendah berbanding di tempat kita. Tetapi untuk makluman sekutu, Honda City di sana dipasarkan dengan harga premium, terbalik dari kita.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [14]

Keh keh keh. Confirm lu orang tak boleh teka.

-Matpon-

Silakan kongsi: