Honda Jazz Si

356395_230310-b-hon

Apa khabar Honda Jazz di Malaysia? Kenapa tak banyak di atas jalan? Dalam menjual produk ada 2 strategi harga, sama ada anda menjual dengan margin keuntungan besar tetapi kuantiti kecil ataupun margin kecil dengan kuantiti besar. Dan saya fikir sebab itu Proton Savvy dijual lebih mahal dari Saga, Gen.2 dan Neo lebih mahal dari Persona, Toyota Yaris lebih mahal dari Vios dan Honda Jazz lebih mahal dari City. Mungkin untung dua buah kereta sama dengan untung sebuah kereta dengan kuantiti kecil. Yang penting titik pulang modal atau return on investment samada sesebuah firma mahukan pulangan cepat atau lambat.

Dalam kes Honda Jazz, Honda Malaysia menetapkan harga premium dan berbeza di Indonesia, Jazz adalah mobil sejuta umat sebab harganya rendah berbanding di tempat kita. Tetapi untuk makluman sekutu, Honda City di sana dipasarkan dengan harga premium, terbalik dari kita.

356401_230310-d-hon

Memahami kehendak pasaran, Honda [UK] memperkenalkan Jazz gred Si untuk disasarkan kepada pemandu muda yang mahukan kereta mereka berbeza dari ribuan Jazz lain. Opsyen Si akan ditawarkan dalam semua varian Jazz iaitu model 1.2 dan 1.4 liter dan kotak gear Si hanya ditawarkan dengan versi manual.

356396_230310-a-hon

Jazz Si menggunakan rim 16 inci Chronos, gril krom dengan logo bersayap dan spoiler belakang bagi menampilkan imej sporty. Karpet disulam dengan logo Si serta sebaran logo versi tersebut terdapat di bonet belakang dan glove box untuk membezakannya dari model standard.

356395_230310-b-hon

356406_230310hon

356404_230310-c-hon

Respons dari pelanggan muda menunjukkan bahawa mereka hendak sesuatu yang berbeza dari pemilik Jazz lain, mereka mahukan rim besar dan barangan bergaya atau dalam bahasa mudah nak bagi nampak cun dan cantik lah. Honda Jazz dipasang di Britain dan model Si 1.2 liter dipasarkan dengan harga GBP 12,835 manakala model 1.4 liter pada harga GBP 13,510.

Honda Jazz Si akan mula dijual pada 1 April 2010.

Sumber: Newspress/Honda UK

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. gua mula2…

    ubah le mcmana pun,regenye tetap mahal jgk,mmg xmmpu golongan yg ditindas mcm gua nie….

  2. jangan-jangan mat berniat nak tukar Jazz dia kepada model yang ni kot..

  3. CaparZo

    wa pakai myvi.. jgn mudah termakan fitnah mat… myvi… mobil jutaan remaja.. ohh yeaahhh

    wak hassan

    itulaa apasal myvi tak keluar SI version … aku berkenaan kat emblem ni… camne nak oder kat UK yea?? nak tampal kat myvi SI aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *