Minat Jadi Penulis Automotif?

Ada orang kata jadi jurnalis automotif ni memang best, dapat rasa macam-macam kereta dan berita yang orang tak tahu lagi dia dapat dulu. Terpulang pada minat juga sebenarnya, kalau minat betul memang tak ada masalah sebab bila dah bertahun menulis kadang-kadang fikiran jadi tepu. Asyik mengadap benda sama saja. Dan kalau salah bagi info silap-silap kena suara [sound] percuma dengan pembaca.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua Myvi L.E Laku 2,800 Unit!

Perodua Myvi Limited Edition004

Sejak mula dijual pada 7 Julai lepas, Perodua Myvi Limited Edition dah terjual sebanyak 2,793 unit dan daripada jumlah tersebut 70% daripadanya adalah pembeli wanita [Bernama].

Saya rasa faktor utama Myvi ini laku adalah warna merah jambu yang kita sedia maklum warna kegemaran wanita. Suzuki Alto yang baru dilancarkan 2 hari lepas pun ada warna merah jambu, senang kata warna ini memang pelaris.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Sami Yusuf: You Came to Me

httpv://www.youtube.com/watch?v=z2_2cFityc4

Salam dan selamat pagi. Hari ini hari kedua kita berpuasa dan saya poskan klip video keagamaan. Untuk pengetahuan sekutu, brader Sami Yusuf ini dari Britain dan dia memang popular gila. Album dia berjuta-juta laku seluruh dunia dan paling bagus sekali dia suka buat kebajikan, dari yang saya baca dia dah berjaya kumpul derma sebanyak $100 juta dan dibahagikan kepada mereka yang memerlukan.

Saya selalu cakap kita mesti maju, maju untuk kita kuat. Supaya kita dapat sebarkan kebaikan dan kebajikan.

Entri auto macam biasa, pukul 12 nanti. Ada cerita pasal Perodua Myvi Limited Edition.

Silakan kongsi:

IIMS 2010: Proton Exora President Rp 350 Juta!

Proton Exora President.002

Rasanya sekutu ingat lagi saya ada tulis mengenai Proton Exora President di Indonesia International Motor Show [IIMS] 2010. Exora ini memenangi anugerah modifikasi terbaik MPV oleh majalah Car & Tuning Guide. Cuma info yang saya tidak masukkan ialah harganya dan untuk pengetahuan sekutu jika ada yang mengeluh Exora 25 tahun yang berharga lebih dari RM 90 ribu dah mahal anda rasa berapa harga Exora ini?

Setakat ini, Exora President adalah Exora paling mahal di dunia. Berharga Rp. 350 juta untuk gear manual dan Rp. 360 juta untuk automatik. Sekitar RM 123 ribu.

Walaupun tinggi tetapi pada hari pertama pameran sahaja 15 unit sudah ditempah.

Sumber: Proton Edar Indonesia

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Selamat Berpuasa!

Salam Ramadan kepada semua sekutu. Harapnya sihatlah hendaknya. Hari ini adalah hari pertama bulan Ramadan dan sebelum apa-apa eloklah kita baca sebarang-dua tazkirah.

Walaupun GT blog automotif tapi ini tidak bermakna kita tak boleh bercerita hal lain. Senang cerita kita berpesan-pesan mengenai benda yang elok.

Ada masa jemput baca tazkirah puasa dari Ustaz Zaharuddin: klik!

Pukul 12 nanti ada entri mengenai Proton Exora President.

Silakan kongsi:

Baii: Suzuki Alto, Chedet Style!

Suzuki Alto

Gua sekarang tengah usha awek, kat DRB Hi-com, boleh tahan dia punya ramai. Yang kerek macam Mat Kacau pun tidak kurang lagaknya. Kejap lagi, Suzuki Alto akan dilancarkan, terer betul. Reuters pun tak boleh lawan gua. Tak launch lagi gua dah taip story. Seperti biasa. Chedet Style

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Baii: Suzuki Alto Launching!

Suzuki Alto

Gua kucar-kacir Baii telefon masa gua tengah sedap layan bawah meja. Nak suh gua post benda alah ni.

____________________________________________

Suzuki Alto Launch

Gua sekarang tengah usha awek, kat DRB Hi-com, boleh tahan dia punya ramai. Yang kerek macam Mat Kacau pun tidak kurang lagaknya.

Kejap lagi, Suzuki Alto akan dilancarkan, terer betul. Reuters pun tak boleh lawan gua. Tak launch lagi gua dah taip story.

-Baii-

____________________________________________

Dah tu je gua post. Gua nak sambung layan bawah meja.

-Matpon-

Silakan kongsi:

MMER 2010: Lotus 2-11 Terbakar!

httpv://www.youtube.com/watch?v=WR2owjo2_84&feature=player_embedded

Dalam entri MMER pagi tadi saya ada tulis pasal kereta kereta Lotus 2-11 tim Empire terbakar. Ini videonya, memang kelam kabut jadinya.

Klik untuk satu lagi video >>

Silakan kongsi: