Selepas kerjasama antara VW dan Proton gagal nampaknya penggemar kereta dari Jerman ini mempunyai satu lagi peluang untuk memiliki produknya dengan harga yang lebih murah, DRB-Hicom akan memasang 3 model secara terurai [CKD] di kilangnya di Pekan, Pahang.
VW baru-baru ini melancarkan 3 model baru di pasaran lokal iaitu Polo, Golf dan Scirocco. Masing-masing berharga sekitar RM 110 ribu, RM 160 ribu dan RM 180 ribu.
Untuk pengetahuan sekutu, jenama Jerman lain yang dipasang dalam negara ialah BMW di Kulim, Kedah dan Mercedes di Pekan, Pahang.
Model MPV Touran pula dipasang di Indonesia.
Foto: VW
-Mak Uia-