Video: Honda Civic Baru?

httpv://www.youtube.com/watch?v=E7LLdBrzj2Y&feature=player_embedded

Baru-baru ini masa saya lepak minum teh [saya minum epal sebenarnya] dengan Baii dia ada cakap yang model gantian terbaru Honda Civic memang dirahsiakan betul oleh Honda. Rahsia sulit. Dan rasanya kita pun tak sedar yang Honda Civic dah nak sampai ke penghujung kitaran.

Tapi itulah dia, perisik kereta sekarang ini memang ramai dan memang pembuat tak boleh nak buat apa, saya juga syak kadang-kadang pembuat pun ambil kesempatan untuk menarik perhatian umum dengan menayangkan kereta mereka sebabnya dapat promosi percuma.

Video diatas katanya adalah model gantian Civic. Tapi tak pasti yang ini model Eropah atau Asia.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Paris: Mazda Pamer 3 Kereta

Mazda2.03

Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik.

Beberapa bulan lepas Mazda2 telah diperkenalkan di tempat kita tetapi macam biasalah, model hatchback tak laku berbanding versi sedan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW Race Touareg 3: Buat Rali Dakar!

VW Race Touarage 3.04

VW telah memperkenalkan kepada umum jentera rali Dakar terbarunya iaitu Race Touarag 3 menggantikan Race Touareg 2 yang dua kali menjadi juara pada tahun 2009 dan 2010 dan juga kenderaan diesel pertama menjadi juara. Model terbaru Touareg 3 dikatakan lebih pantas dan efisien di samping mengekalkan kekukuhan dan ketahanan model lama.

Ujian terowong angin banyak mempengaruhi perubahan pada bahagian gentian kaca dan kevlar badan kereta dengan fokus untuk memperbaiki sistem penyejukan pada bumbung dan meminimumkan gangguan aliran udara pada kelajuan tinggi. Ini juga menjadikan Touareg terbaru tampil dengan gayaan lebih segar seperti lampu LED, jeriji, garisan tingkap, bahagian belakang dan rim.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

RTWORKS: Cadillac Calais Ni Boh!

cadillac

“Gapo dio ni?”… ramai yang terpegun dan terlopong tatkala kereta ini memasuki Litar Go-Kart SC-TMKC, Gunong, Bachok Kelantan pada 23 Julai lalu sempena AWOKITO DRIFT CHALLENGE. Antik, besar, cantik dan pelik… umpama model fesyen sedang catwalk di atas pentas, semua mata terpaku menyaksikan kereta pelik ini. Masing-masing tertanya kereta apakah ini???

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

10 Penumpang Tak Boleh Blah!

382943_200810conti_sleeper

Hampir 4 juta pemandu di UK tak berapa selesa dengan penumpang mereka dan lebih selesa memandu berseorangan mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Continental Tyres. Kajian tersebut juga mendapati bila kita makin tua kita makin tak selesa dengan orang yang menumpang.

Yela bila dah tua-tua ni kita tak berapa selesa nak bagi orang tumpang, kadang-kadang kita perlukan ruang sendiri dalam kereta, nak smart-smart depan cermin atau nak buka radio kuat-kuat. Nak musim raya ni bila balik kampung nanti mungkin ada kawan-kawan yang menumpang balik sama tapi sebelum tu saya tuliskan dulu ringkasan jenis penumpang hasil kajian Continental Tyres. Mana tau boleh dijadikan panduan ke.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton PERT Dalam Kenangan!

Proton PERT.06

Kalau sekutu minat rali dari zaman kanak-kanak riang ria mesti kenal sangat dengan Karamjit Singh. Beliau berlumba dari zaman saya kecil sampailah sekarang ini dan kalau tanya sesiapa pun pasal rali perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah Karamjit. Bukan nak puji melangit tapi beliau yang membawa rali ke setiap rumah dan saya rasa itulah jasa beliau untuk sukan ini.

Selain dari Karam, perkara kedua mengingatkan kita pasal rali ialah barisan jentera rali yang digunakannya, dari Saga ke Iswara, Wira, Waja dan Evo. Semua beliau dah lanyak termasuklah juga Satria Neo S2000. Dan untuk pengetahuan sekutu kebanyakan kereta lagenda tersebut masih lagi wujud, tersimpan di Hicom Glenmarie.

Dan untuk entri ini saya terbitkan kepada anda sebahagian koleksi Proton PERT!

Klik untuk gambar >>

Silakan kongsi:

Porsche Panamera Petronas

Porsche Panamera Petronas01

Porsche Panamera ini ditaja oleh Petronas. Dan dalam perlumbaan baru-baru ini menjadi juara. Ada masa nanti saya tulis berita penuh. Ingat nak bagi pada Encik Matpon, tapi tak jadilah.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Motor: Suzuki V-Strom Expedition

Suzuki V-Strom 650 Xpedition.01

Dah lama kita tak bercerita pasal motosikal. Dan walaupun dulu GT ada berura-ura nak buat blog pasal motor dan sampai sekarang pun tak nampak apa lagi tetapi sebenarnya hajat tersebut masih lagi kami pegang. Cuma itulah dia, banyak kekangan daripada nak menjadi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: