10 Penumpang Tak Boleh Blah!

382943_200810conti_sleeper

Hampir 4 juta pemandu di UK tak berapa selesa dengan penumpang mereka dan lebih selesa memandu berseorangan mengikut tinjauan yang dilakukan oleh Continental Tyres. Kajian tersebut juga mendapati bila kita makin tua kita makin tak selesa dengan orang yang menumpang.

Yela bila dah tua-tua ni kita tak berapa selesa nak bagi orang tumpang, kadang-kadang kita perlukan ruang sendiri dalam kereta, nak smart-smart depan cermin atau nak buka radio kuat-kuat. Nak musim raya ni bila balik kampung nanti mungkin ada kawan-kawan yang menumpang balik sama tapi sebelum tu saya tuliskan dulu ringkasan jenis penumpang hasil kajian Continental Tyres. Mana tau boleh dijadikan panduan ke.

382949_200810conti_the_fiddler

1. Backseat driver

Jenis yang tangan dan kaki tak boleh diam. Sebelum pemandu korner lagi dia dah brek dengan kaki dekat lantai siap-siap, letak tangan dekat papan pemuka dalam keadaan panik dan komen cara pemanduan pemandu.

2. The Fiddler

Yang ini pula gatal tangan bila dah bosan jalan jauh. Tangan dia akan pusing-pusing tombol, tukar stesen radio dan mana-mana butang dekat papan pemuka.

3. The Know It All

Asyik betulkan radio, atau pemandu sebab dia tau banyak benda daripada semua orang.

4. Sleeper

Yang ini memang jenis senyap. Bukan sebab apa, masuk kereta kejap je dah tidor, paling tak sedap sekali berdengkur dan asal nak sampai je dia sedar balik.

5. The Drone

Jenis banyak cakap. Masuk je kereta terus bercerita, terutama sekali waktu pagi masa orang nak privasi. Cerita habis pasal anak-anak, tekanan dan benda-benda yang tak perlu.

382942_200810conti_road_rage

6. Road Rage

Tak boleh tahan dengan pemandu lain, siap tunjuk isyarat tangan lucah.

7. Airhead

Rasa terkurung dalam kereta. Selalu nak buka tingkap walaupun penyaman udara berjalan dan letak kepala luar kereta sebab nak rasa udara segar.

8. The SatNag

Sentiasa nak pastikan pemandu ikut jalan yang betul, tunjuk jalan pintas dan tegur pemandu pasal arah.

9. The Leaker

Selalu nak ke tandas setiap 20 minit dan berhenti di stesen minyak.

10. The Crooner

Kerja dia asyik nak menyanyi je ikut radio je tanpa rasa hormat pada orang lain dan paling sedap sekali nyanyi tak kena tune.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

12 Comments

  1. …haha…klu kt msia, ape gaknye?….ke sme jek prangai….
    *bwk kete mkn doyan…nyum nyum nyum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *