F1 Jepun 2010: Keputusan Paling Baik Lotus Racing

Lotus Racing Jepun 2010.01

Perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka semalam memang menarik, drama bermula seawal pelepasan bendera bila mana Vitaly Petrov melanggar Nico Hulkenberg dan kemudian semasa selekoh pertama Felipe Massa pula menyapu Tonio Liuzzi sewaktu beliau hendak memotong Nico Rosberg. Beberapa babak kemudian Michael Schumacher pula ‘berlumba’ dengan Nico Rosberg sehinggalah pada babak terakhir perlumbaan iaitu pada pusingan 47 apabila roda kiri belakang kereta Rosberg tercabut dan melantun-lantun.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota Prius Laku Dua Juta Unit!

Toyota Prius.01

Toyota menyambut satu lagi batuan untuk Prius dengan jualan global sudah melebihi dua juta unit semenjak model ini dilancarkan pada 1997. Merentasi tiga generasi, dianggarkan 2,012,000 unit terjual di lebih 70 negara dan wilayah sehingga September tahun ini.

Berdasarkan jumlah tersebut, Toyota punya kiraan ialah sebanyak 11 juta tan emisi Co2 dijimatkan berbanding kereta enjin petrol dengan saiz dan kuasa sama hasil dari pembangunan berterusan teknologi hibrid mereka. Prius terbaru hanya melepaskan 89g/km Co2, dan misi Toyota ialah menjual sekurang-kurangnya sejuta unit kereta hibrid paling awal pada tahun ini.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

VW Eos Convertible Coupe

VW Eos Convertible.09

VW memperkenalkan rupa baru Eos Convertible Coupe mendahului kemunculan umum Pameran Kereta Los Angeles yang dijadual pada 17 November akan datang. Rupa baru ini adalah selari dengan bahasa desain terkini VW seperti yang kita boleh lihat pada model Polo, Passat dan Sharan. Garisan horizontal mendominasi bahagian depan kereta dan gril baru dengan penonjolan krom menghasilkan pandangan yang lebih lebar dan rendah berbanding model terdahulu. Pandangan depan dikemaskan lagi dengan lampu depan dengan bentuk sama seperti model Golf dan mempunyai lampu LED siang hari.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Merempit di Rusia

httpv://www.youtube.com/watch?v=XihQeZpwqpE&feature=player_embedded

Ye brader-brader semua jangan merempit di Rusia atau di kolumpo yer. Sekali tersembam gua tak jamin.

Ok lah. Babai. Gua nak cite lebih pun gua tak taw sebab sekali dia tulis dalam Rusia. Kang gua alih suara kang lu orang tak caye sama gua.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Lotus Racing Guna Kotak Gear & Hidraulik Red Bull!

Lotus Racing Singapore 2010.01

Walaupun Lotus Racing sedang berkrisis dengan Grup Lotus tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus merancang program musim depan. Terbaru mereka mengumumkan pembekal kotak gear dan sistem hidraulik baru iaitu Red Bull Technology. Kita semua tahu sistem hidraulik Lotus Racing sekarang memang tak boleh pakai, asyik rosak dan kita juga tahu di mana kedudukan Red Bull sekarang. Saya rasa keputusan ini memang padanan yang sesuai cuma satu lagi masalah ialah enjin Cosworth tu tak berapa nak ngam.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Majalah KERETA 130!

Majalah KERETA 13001

Keh keh keh. Gua tau lu orang sangap tak dapat lagi MK. Sebelum lu orang mengamuk kat gua ada baik gua bagi lu orang baca muka depan dulu. Kalau kedai rumah lu cakap tade lu kasi print jew tunjuk kat diaorang ok. Kalau nak beli direct dari gua jangan risau gua cas RM10 jew keh keh keh. Kalau lu orang nak taw lagi gua lari dari Bard ni dia interkom gua tak angkat.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Motor: Topi Keledar SHARK

Shark Helmets.01

Biasa cerita pasal motor kali ini pasal topi keledar pula. Topi keledar muka penuh zaman sekarang memang lawa, bermacam desain grafik dan sememangnya kelengkapan wajib untuk penunggang motor berkuasa tinggi. Bukan setakat topi keledar muka penuh tapi wajib pakai sut perlumbaan sekali, tengok geng-geng rider lari berdesup kecut perut juga kita dibuatnya.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Cosworth Impreza STI CS400 Pertama!

Cosworth Impreza STI CS400.01

Cosworth Impreza STI CS400 yang sekutu nampak di atas ada 75 buah sahaja dalam dunia, memang terhad gila. Encik Mark Edwards yang di sebelah pula adalah pembeli pertama yang dapat kereta ini. Sebab dia beli kereta terhad tak pasal-pasal dapat masuk dalam media pula.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: