Motor: Topi Keledar SHARK

Shark Helmets.01

Biasa cerita pasal motor kali ini pasal topi keledar pula. Topi keledar muka penuh zaman sekarang memang lawa, bermacam desain grafik dan sememangnya kelengkapan wajib untuk penunggang motor berkuasa tinggi. Bukan setakat topi keledar muka penuh tapi wajib pakai sut perlumbaan sekali, tengok geng-geng rider lari berdesup kecut perut juga kita dibuatnya.

Shark Helmets.02

Bercakap pasal topi keledar dalam entri ini, jenama dari Perancis iaitu Shark memperkenalkan koleksi 2011 dan pelumba tajaan iaitu Michael Laverty, James Westmoreland dan juara British Supersport Sam Lowes. Koleksi topi keledar diberi warna baru untuk model sedia ada iaitu RSI dan Evoline. Selain dari itu dua model baru iaitu Race-R Pro dan Race R dilancar bagi menggantikan model RSR2.

Shark Helmets.04

Model Race-R Pro diperbuat dari gentian/aramid kaca dan dibangunkan untuk penunggang dalam MotoGP, WSBK, BSB dan pada masa yang sama membolehkan penunggang awam turut berpeluang memiliki topi keledar berkualiti tinggi. Manakala perbezaan antara model Race-R dengab Race-R Pro ialah ianya mempunyai dua bilah spoiler untuk tujuan aerodinamik semasa kelajuan tinggi.

Shark Helmets.03

Turut baru diperkenalkan ialah model Vision-R dengan kelebihan pada bukaan visor iaitu 25% lebih pandangan vertical dan 10% lebih pandangan horizontal berbanding biasa. Kalau itu tidak cukup, Shark juga menawarkan teknologi yang dipaten iaitu Rapid Anti Fog Sytem yang menghalang bukaan visor dari berkabus dan senang digunakan dengan sarung tangan.

Hujung minggu ini sah ramai rider berkumpul di SIC. Dua penunggang kita pun turut sama berlumba nanti.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • najeep on 04/10/2010 at 2:34 PM
    • Reply

    terbaik…majalah kereta maner bai?maner…tak sampai2 kat tempat gua…

    • azwan nbs on 04/10/2010 at 4:59 PM
    • Reply

    mahal

    • cb400vtec on 04/10/2010 at 5:00 PM
    • Reply

    haha…gua pn nk komplen majalah kereta xsmpi2 lg tempat gua BANTING..
    da 4hb da ni..mcm org sangap je g kdai buku xjumpe2..hilang punca tul..

    • pendita_gila on 04/10/2010 at 9:15 PM
    • Reply

    gua pon dok tggu ni

    • ala lingkup on 04/10/2010 at 9:19 PM
    • Reply

    gua 1 hari 3 kali g kedai tya sampai kali ke4 x sempat turun keta tokey dah signal x sampai lg ke lu orang dah bungkus

    • 5ruz on 04/10/2010 at 9:52 PM
    • Reply

    Nak helmet mcm cite Wall Street siap ada bluetooth headset, mane majalah keta ni kat JB dok tunggu je ni

    • najeep on 05/10/2010 at 12:07 AM
    • Reply

    ai maner tokey majalah?
    senyap tak berbunyi….kehkehkeh…

  1. helmet cantik….tp…MANA MAJALAH NI…..BILA NK SAMPAI…aku kt kedah….nmpk gaya 1malaysia la x da.salah sapa ni….tlg jwb sat..?

    • madee on 05/10/2010 at 7:17 PM
    • Reply

    dah pat kali aku gi kdai x dak gak majalah ni..

    • Jamil Butang on 06/10/2010 at 2:35 PM
    • Reply

    Ni harga confirm macam shark jugak nih. kah3!~

  2. hari tu gua ada nampak ikan shark. serius gua tak tipuuu

    • g-jan on 13/10/2010 at 3:08 PM
    • Reply

    dekat uum sintok 12hb baru sampai ape cite? dah dekat 10 kali aku peci tengok smlmbaru ada.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.