Lotus Racing Guna Kotak Gear & Hidraulik Red Bull!

Lotus Racing Singapore 2010.01

Walaupun Lotus Racing sedang berkrisis dengan Grup Lotus tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus merancang program musim depan. Terbaru mereka mengumumkan pembekal kotak gear dan sistem hidraulik baru iaitu Red Bull Technology. Kita semua tahu sistem hidraulik Lotus Racing sekarang memang tak boleh pakai, asyik rosak dan kita juga tahu di mana kedudukan Red Bull sekarang. Saya rasa keputusan ini memang padanan yang sesuai cuma satu lagi masalah ialah enjin Cosworth tu tak berapa nak ngam.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.