Mazda5 2011: RM150,000!

Mazda5 2011.04

Mazda adalah kereta yang bagus, saya boleh cakap begitu sebab Baii sendiri beli Mazda, jual Mazda dan beli Mazda balik. Sekarang ini dia pandu Mazda Premacy pula. Selain daripada Premacy dia baru beli Perodua Alza, jadi sekarang ini dia ada dua MPV.

Semalam Mazda5 dilancarkan, tidak berapa lama selepas ianya dipamerkan pada pameran kereta Geneva awal tahun ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 1999 hingga bulan Mei 2010 sebanyak 830,000 unit mpv sederhana ini diproduksikan dan menunjukkan bahawa mpv medium ini memang popular.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Gambar Risikan: Perodua Myvi 2011?

Perodua Myvi ke 2011.01

Rasanya pengganti Perodua Myvi dah tidak berapa lama lagi. Sekarang ini dengar kata ujian tengah giat dilaksanakan. Terkini gambar risikan lebih jelas dan walaupun bentuk lebih kurang sama dengan Perodua Myvi tetapi jika diamati betul-betul kita dapat tengok perbezaannya. Perodua Myvi baru katanya akan menerima enjin 1.5 liter, jika iya maknanya lebih berkuasa atas faktor nisbah berat dan kuasa.

Klik untuk lebih gambar >>

Silakan kongsi:

Minyak Naik, Saman Kurang!

Amacam tajuk entri gua? Ada rasa nak pikat kerajaan tak? Ekekekekekek. Ok la der sapa pakai minyak RON 97 lu orang standby lagi 15 sen yer sebab minyak sudah naik jadi RM2.30 seliter. RON 95, diesel dan sejenis dengannya tak naik jo. Kan gua dah cakap nak meniaga bateri hibrid skim MLM.

Kerajaan mesti suka gua cakap ni, saman kurang yer jo. Tapi kalau lu orang kena saman mula hari ni lah. Lu orang setel dalam masa 15 hari dapat diskaun 50%, kalau setel dalam masa sebulan dapat diskaun 30%, kalau setel lepas tu tak ada diskaun. Ok kerja gua setel sudah. Sekian.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Selingan Mata [23]

Pagar.02

Kali ni dah 23 puluh kali selingan mata gua buat. Kalau lu orang terer apakebenda gambar kat atas tu. Gua jamin puas lu orang nak memikior ni.

Selamat mencuba. Kekekekekek.

Babai.

-Matpon-

Gua bagi can lu tengok gambar, kasi klik >>

Silakan kongsi:

Nissan Leaf: 2011 European Car of the Year

Nissan Leaf.02

Semalam merupakan hari bersejarah buat Nissan apabila model 100% elektrik mereka, Leaf, memenangi 2011 European Car of the Year. Model tersebut mengalahkan 40 pesaing lain dan pertama kali dalam 47 tahun sejarah kereta elektrik memenangi anugerah itu. Pesaing lain ialah Alfa Romeo, Citroen, Dacia, Ford, Opel/Vauxhall dan Volvo yang diadili 57 jurnalis daripada 23 negara-negara Eropah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Ken Block Kemalangan Di Rali Britain

httpv://www.youtube.com/watch?v=qlbFDe6-K2I&feature=player_embedded

Walaupun Ken Block terkenal dengan skil pemanduan yang hebat dalam video gymkhana tidak bermakna beliau imun dengan kemalangan. Dalam video pengarah boleh mengulang semula rakaman yang tidak memuaskan hati, dalam rali sebenar salah percaturan tergoleklah jawabnya.

Video di atas ialah sewaktu Ken Block menguji Ford Focus sebelum WRC Great Britain. Kereta memang jahanam dan Encik Ken berlumba dengan kereta gantian.

Sukan permotoran adalah merbahaya tetapi merbahaya lagi orang yang lumba haram.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

PAS: Mazda2 R Grade

Mazda2 Spec R.10

Sebelum tajuk entri ini jadi kontroversi, PAS merujuk kepada pandu uji singkat yang mana pandu uji yang dibuat dalam jarak pendek. Ini Matpon punya idea. [Matpon: Tipu!]

_____________

Mazda2 adalah kereta terbaik dunia pada tahun 2008 dan bermula April lepas rakyat tempatan boleh memilikinya. Kereta ini comel – sifat wajib kereta masa kini dan sesuai untuk kedua-dua jantina sama ada lelaki atau wanita. Setelah masa agak lapang, beberapa minggu lepas baru saya dapat pandu uji kereta ini selepas berbulan janji dengan Wan, eksekutif jualan Mazda.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Motor: Yamaha Nouvo LC GP

Yamaha Nouvo LC GP.01

Gambar motor Yamaha Nouvo LC GP ini sebenarnya dah lama dalam simpanan. Memang cun dan setakat ini dah dua orang kawan saya beli, edisi terhad dan mula dijual sejak MotoGP baru-baru ini.

Harganya lebih mahal dari Nouvo LC biasa tetapi nilainya tinggi sebab Valentino Rossi pun dah tunggang dengan Ducati tahun depan. Kira edisi penamat musim sebelum dia berhijrah.

Yamaha Nouvo LC GP berharga dalam lingkungan RM6,800 – RM7,000 bergantung kepada kedai mana yang sekutu tanya. Ada sebuah lagi edisi terhad iaitu Yamaha R1 Rossi Edition, harganya tak payah cerita, boleh beli rumah sebuah.

Klik untuk layan lebih gambar >>

Silakan kongsi: