Lekiu: SUV Konsep Daripada Proton

Proton Lekiu.05

Beberapa bulan lepas Proton dan Lotus Engineering telah dilantik oleh Youngman Europestar untuk membina sebuah SUV bagi pasaran China. Memandangkan Proton sudah mempunyai platform Exora, projek ini lebih mudah dan yang menariknya menurut Dato’ Syed Zainal jika permintaan pasaran tempatan kuat kenapa tidak SUV ini dijenamakan sebagai Proton.

Lekiu adalah kereta konsep untuk menerima maklum balas daripada orang ramai, dan jika direliasasikan rekabentuknya mungkin berbeza dari yang dipaparkan ini. Begitu juga dengan kereta konsep Proton lain seperti Tuah. Lekiu cantik tetapi tidak muda dan saya yakin pereka Proton boleh buat lagi true daripada ini.

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nissan Teana: Sedan Mewah

Nissan Teana 2010.07

Sedan mewah, Nissan Teana serba baru yang dilancarkan baru-baru ini menandakan bahawa Nissan telah kembali bersaing dalam segmen sedan eksekutif. Aspek utama model ini adalah berkonsepkan sebuah sedan yang dinamik dan berkuasa, di samping gaya mewah moden, keselesaan pemanduan yang menakjubkan serta ciri-ciri lain yang tidak dilupakan.

Nissan Teana 2010.17

Sejak pelancarannya di peringkat global, Nissan Teana serba baru telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan di pasaran dunia. Daya tarikan Teana yang mewah telah berjaya menarik minat ramai pelanggan. Ia kini menjadi kenderaan paling laris dalam kelasnya di China. Sarat dengan ciri keselamatan aktif dan pasif, Nissan Teana serba baru telah dianugerahkan penarafan enam bintang dalam aspek keselamatan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (Japan New Car Assessment Program, JNCAP).

Nissan Teana 2010.08

Nissan Teana serba baru dikuasakan oleh enjin 2.5L VQ25DE V6 Nissan yang telah memenangi anugerah dan enjin aluminium sepenuhnya yang ditambah baik iaitu enjin 2.0L MR20DE. Enjin-enjin ini dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT (Continuously Variable Transmission) Nissan dan Adaptive Shift Control (ASC). Gabungan kedua-dua teknologi ini menawarkan pecutan yang responsif dan penjimatan bahan api yang menerajui kelasnya. Pada masa yang sama membolehkan penumpang menikmati pemanduan yang selesa tanpa berlaku sebarang senggukan pada semua tahap kelajuan kenderaan.

Sumber: Teks & foto rasmi ETCM

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Subaru WRX STI

Subaru Impreza WRX STI 2011.11

Walaupun peminat Subaru Impreza tempatan tidak seramai peminat Mitsubishi Evolution tetapi statistik GT menunjukkan yang model ini memang popular. Yang membuatkan peminatnya asyik dan tidak lena tidur ialah gegaran enjin boxer yang memang tiada pada kereta Jepun lain. Jika khabar angin Subaru kongsi platform dengan Toyota untuk generasi baru AE86 jadi kenyataan maknanya kaki kereta seluruh dunia boleh rasa hachibaru, Toyota dengan enjin boxer. Kereta prestasi dengan kualiti terbaik.

Subaru Impreza WRX STI 2011.09

Di UK, memandangkan WRX STI begitu popular maka nama Impreza digugurkan dan hanya dikenali dengan nama ringkas Subaru WRX STI. Model sedan ini menyertai model hatchback yang terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum. Walaupun luaran model hatchback tidak agresif tetapi mengikut pengalaman saya menonton rali, model ini lebih senang dikawal, dan lembut serta lancar pada selekoh dan terbukti kejaguhannya apabila menang juara keseluruhan APRC 2009.

Subaru Impreza WRX STI 2011.10

WRX STI telah diuji dipelbagai litar terkenal seluruh dunia termasuk Nurburgring, Jerman. Dan untuk info, rangka WRX STI lebih tegar dan sistem suspensinya ditala semula berdasarkan model Spec C.

Enjin yang menggerakkan Subaru ini bersaiz 2.5 liter boxer berkuasa 300ps pada 6,000 rpm dan tork 407Nm pada 4,000 rpm, walaupun outputnya sama seperti STI lama tetapi enjin baru ini mempunyai tork yang lebih menyeluruh menjadikan kereta ini lebih responsif sewaktu memecut dan untuk mencapai kelajuan 62 bsj [99.7km/j] daripada pegun hanya mengambil masa 5.2 saat.

Harga Subaru WRX STI dalam RM selepas ditukar dari pound sterling lebih kurang 157,000.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Kia Koup, Memori Silam Proton Putra

Kia Koup 2010.03

Apabila mata bertemu dengan Kia Koup ini memori silam zaman 90 an dulu mesti menjelma, konsepnya saling tak tumpah dengan Proton Putra. Bahagian depan macam Wira tetapi belakang coupe. Sama juga dengan Kia Koup, pandangan hadapan memang Kia Forte tetapi bila tengok dari tepi terserlah badannya yang sporti. Koup adalah adik beradik Forte dan mempunyai beberapa saiz enjin seperti 1.6 liter dan 2.0 liter. Paling menarik ada gear manual yang mana zaman sekarang ini orang dah berapa tak ingat, silap-silap boleh pupus.

Naza mungkin membawa masuk Koup dan harganya pula boleh jadi lebih mahal dari Forte, bergantung kepada varian yang dibawa masuk sama ada enjin 1.6 atau 2.0. Yang pasti kereta jenis coupe mempunyai ramai peminat sama ada muda remaja atau otai yang berjiwa muda.

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda CR-Z: One Motion Wedge

Honda CR-Z 2010.01

Berdasarkan keghairahan Honda dalam meluaskan potensi kenderaan hibrid dan membolehkan pelanggan merasai keseronokan baru, CR-Z dibina dengan tiga nilai teras iaitu Emotional (penampilan dan perasaan emosional), Exciting (keseronokan memandu) dan Smart (bertanggungjawab kepada persekitaran).

Honda CR-Z 2010.02

Gaya CR-Z berkonsep baji dalam satu gerakan (one-motion wedge) dengan garisan bonet yang rendah menjadikannya kereta dua pintu yang sporti dan aerodinamik. Sebagai kereta hibrid sport manual enam kelajuan pertama dunia, CR-Z bermaksud “Compact Renaissance Zero” dan menunjukkan komitmen Honda dalam cabaran mencipta sebuah kereta kompak baru tanpa terikat kepada nilai coupe tradisional.

Honda CR-Z.09

Baru-baru ini, CR-Z dianugerahkan Japan Car of The Year 2010/2011 oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Japan Car of The Year. Digerakkan oleh enjin i-VTEC 1.5-liter dan sistem Integrated Motor Assist™ (IMA®) kecekapan petrolnya ialah seliter untuk perjalanan sejauh 25 kilometer.

*Angka untuk versi CVT, berdasarkan hasil 10 hingga 15 ujian kecekapan petrol yang dilakukan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.

Sumber: Teks rasmi HMSB

Foto: HMSB/GT

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Model-Model Chery

Chery Storm-2.03

Pakar industri meramalkan pembuat kereta dari China bakal menguasai masa depan industri automotif dunia. Walaupun pembuat China banyak mengupah konsultan dan membeli syarikat automotif luar tetapi masa depan siapa yang tahu. Dahulu pun tiada siapa yang menjangka syarikat automotif gergasi dari barat bakal tersungkur dan diterajui oleh pembuat Jepun. Ironinya sewaktu mula-mula ke pasaran global, pembuat Jepun juga dikutuk sakan oleh pasaran barat dan kini perkara serupa dialami oleh pembuat China. Bukan setakat barat tetapi boleh kata satu dunia tidak yakin dengan produk China. Tetapi lama-kelamaan ilmu dan pengalaman ini sifatnya makin bertambah dan mustahil mereka tidak akan menjadi lebih baik dari sekarang. Tambahan pula pasaran domestik mereka sangat luas dan keuntungan yang diperolehi boleh dilabur semula untuk produk yang lebih baik.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Lekir: Lotus Europa

Proton Lekir.04

Pernah dengar Proton Sepang? Kereta sport yang pernah dirancang untuk dikeluarkan oleh Proton. Walau bagaimanapun projek ini tidak menjadi dan baru-baru ini Proton Lekir yang diambil daripada Lotus Europa ditayangkan di KLIMS. Dari situ kita boleh andaikan yang projek Proton Sepang dahulu adalah Lotus Europa. Bila ditanya oleh pemberita model manakah yang menjadi kegemaran Dato’ Syed Zainal jawapan beliau ialah Lekir selepas Proton Tuah. Menarik. Tambah DSZ lagi, Proton perlukan produk yang menarik bila mana persepsi awam mengenai barisan kereta Proton adalah biasa-biasa saja. Selepas KLIMS di buka kepada orang ramai, DSZ memaklumkan kepada wartawan yang kemungkinan Lekir akan diproduksikan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

U3-X, oleh Honda

Honda U3-X.02

U3-X ciptaan Honda adalah peranti mobiliti panduan satu roda yang berkonsepkan “keharmonian dengan manusia”. Dengan teknologi kawalan keseimbangan yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid), peranti mobiliti peribadi baru ini mempunyai beberapa fungsi seperti pelarasan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: